chapter 16

Romance Series 5107

Aifa melangkah masuk ke biliknya bersama secawan nescafe panas yang masih berasap tipis bersama piring kecil yang di dalamnya terdapat di sepotong kek.

bunyi angin yang agak ganas malam itu menyapa pintu kaca di beranda biliknya.
sengaja dia minta izin dari papa dan mama untuk masuk ke bilik lebih awal. untuk bersendirian dan tenangkan diri di beranda bilik.

dia membuka pintu kaca luas-luas supaya angin dapat menerpa masuk.

"kuatnya angin malam ni.. nak hujan agaknya.aku bukak tingkap luas-luas ni nak bagi angin masuk.. jangan benda lain masuk sudah lah... " rungutnya sendirian.

dia bersandar selesa di kerusi.kek dan minumannya diletakkan di atas meja.
dia menyapa pemandangan indah di hadapan mata.
warna-warni kota Kuala Lumpur dari jauh sudah kelihatan.
selain bukit dan juga jalan raya.

"SubhanAllah..cantiknya ciptaanmu ya Allah"
Aifa bersandar menyapa langit yang dipenuhi bingang-bintang dan juga kegemerlapan cahaya neon di jalan raya.
angin menyapa wajahnya membuatkan rambutnya yang panjang beralun lembut.

'Tokk!! Tokk!!

Aifa merengus apabila mendengar pintu bilik diketuk.siapa yang kacau masa healing dia ni?

"yes!?? " soalnya agak kuat sebab pintu dan beranda bilik agak jauh.

"do you want to make a snowmann.... "nada nyanyian lagu frozen kedengaran

Aifa sudah menggumam geram.matanya menjuling ke atas tanda geram
siapa lagi kalau tiba-tiba je ganggu orang tak pasal-pasal.

"angah nak apa? " soal aifa dengan malas.

"ala... ada la orang nak cakap. bagi masuk ke tak ni? " soal adam di luar sambil tersengih.
suka betul gangu adik bongsunya itu.

"masuklah tak kunci pun... " jawab aifa dengan malas.

pintu bilik terbuka dari luar.
Adam melangkah masuk bersama sengihan.

"kalau angah tahu tak kunci.. dah lama angah masuk curi-curi" kata adam mengambil tempat di kerusi satu lagi.

"banyak cantik muka... ada apa kacau orang tengah healing ni..? " soal aifa. memang dia terlupa kunci pintu tadi.

"elehh.. healing apa dekat rumah je. orang kalau nak healing.. pergilah panjat gunung kinabalu.. berenang merentasi lautan pasifik..itu baru healing" kata adam

"itu bukan healing.. itu hilang! " jawan aifa

tawa adam pecah di suasana yang sunyi itu.

"angah..kau ada apa nak cakap ni? baik bagitahu cepat! " kata aifa

adam berhenti ketawa.
"saja angah nak tanya hujung minggu ni kau keja tak? " soal adam

aifa termangu sendiri.
"hujung minggu...tak! kenapa? " soal aifa

"angah ingat nak pergi holiday la.. "

"holiday? naik gunung kinabalu? " soal aifa sambil tertawa

giliran adam pula menjeling adiknya.

"pergi holiday la..apa kata kita pergi 3 hari 1 malam? dekat...Pulau Tioman? "

aifa berfikir seketika.
'3 hari 2 malam.. macam best,dah lama tak pergi bercuti.rasa nak juga tenangkan fikiran dan hati'

"Ehh dia boleh termenung pulak bila orang bertanya.. " kata adam sambil mencapai minuman milik adiknya tanpa izin

Aifa yang terlihat situasi itu terus terjojol matanya.melirik ke arah angah yang sedang tenang menghirup minumannya tanpa sempat dia tahan.

"apa ni!! minum minuman orang.. kau pergi bancuh lain lah angah... " marah aifa tapi tetap bernada lembut. mana berani dia nak kuatkan suara.. nanti terdengar oleh mama siap mereka berdua kena marah.

"ala.. kau la pergi buat lain. angah rasa sedap air ni.. sebab tu angah minum. pandai kau buat air.. lepas ni kalau kau kahwin.. angah puji kau depan suami kau.. okay? "

Dengan pantas adam mendapat satu jelingan maut dari adiknya. dia ketawa sakan.
tahu adiknya itu cepat terpujuk. kalau marah pun tak lama-lama. sekejap je dah okay. kecuali... kalau benda tu dia betul-betul marah!

"adik tengah berfikir bukan termenung" jawab aifa

"so..?? "

"hujung minggu ni? " soalnya

Adam menganggukkan kepala.

"3 hari 2 malam? " soalnya

sekali lagi Adam terangguk-angguk

"hari apa? " soal aifa

"jumaat, sabtu and ahad. angah ingat nak cuti hari jumaat tu.. malaslah sekali sekali je nak bercuti.. apa salahnya" kata adam sambil menghirup lagi minuman panas itu. sedap pulak nescafe buatan adiknya itu!

"elehh.. mentang-mentang kerja syarikat keluarga.senang je nak bercuti.. bila pekerja nak ambil cuti macam-macam alasan kena bagi.. "

"ala.. mestilah.. angah kan boss" kata adam sambil tersengih sakan.

Aifa mencebir bibirnya.
'ni mesti berlagak ni... bila dekat office'

"sapa lagi yang pergi? " soal aifa

"angah dah tanya mama dan papa.. dia orang ada hal.. tak nak ikut.so.. kita dua je lah.. " jawab adam

"angah belanja.. adik on" kata aifa sambil tersengih sakan.keningnya dijungkit ke atas

adam menjeling adiknya.
"ye.. ye.. angah tanggung semua. cuma adik perlu teman angah je.. bosan la sorang-sorang.baru angah sedar yang single ni memang membosan dan membingungkan.. " kata adam dengan nada sedih

"elehhh.. hahahaha" Aifa tertawa terbahak-bahak.
memang poyo lah angah dia yang sorang ni.

"tu lah... mama suruh cepat-cepat cari calon tak nak. apa kata angah terima je.. menantu pilihan mama... apa susah? tak payah susah-susah bercinta... love after marriage is always wonderfull.. ahhh gitiewwww! " Aifa kembali ketawa

"pandai lah kau! malaslah... angah nak kahwin dengan pilihan hati sendiri.tak nak lah ditentukan.tak best arr.. "

Aifa mencebik. kek dicubit sedikit lalu dimasukkan ke dalam mulut.terasa cair coklat di dalamnya. sedapp!

"okay.. adik doakan moga-moga angah jumpa jodoh di dalam percutian 3 hari 2 malam.. "

"Aminn.. "

Aifa tersenyum.

"so.. jadi lah ni? " soal adam dengan ceria.

"adik kena tanya encik fayad dulu.mana tahu hari jumaat tu dia ada hal... kesian dengan puteri"

Senyuman Adam kemudian hilang.
"boleh rasanya... alaa.. jaga budak je, boleh je kan dia minta tolong dengan mummy dia? "

"senang je kau cakap...susah la, encik fayad tu jarang ada rumah. sentiasa sibuk di hospital"

"takpe.. macam ni.kau cuba minta dulu.. kalau on bagitahu angah"

"okay... "

"beress? "

Aifa angguk kepala.

"okay lah.. angah keluar dulu,jangan lupa tanya okay? "
adam bangun dari kerusi dia mencicip minuman yang tersisa sedikit.

Aifa angguk saja sambil melihat angahnya menuju ke pintu.
"ehhh cawan ni! cuba bawak turun sekali.. dah lah minum air orang! " kata aifa agak kuat kerana adam sudah dibalik pintu.

tiada balasan bermakna adam sudah turun.

Aifa merengus geram.

"buat suara manja masa minta cuti tu!! "

Aifa pantas memusing badan ke arah pintu bilik yang dibuka adam.tetapi belum sempat dia nak membalas adam sudah hilang. yang terdengar hanya tawa yang kuat dari luar bilik.

"pandai-pandai je... macam lah encik fayad tu cair dengar suara manja aku! " geram Aifa mengomel sendirian.

dia melihat cawan yang kosong. dia melepas keluhan.dia kemudian berdiri membawa piring yang masih tersisa sedikit kek dan cawan kosong.
pintu gelangsar ditarik rapat menutupi beranda.
dia melangkah keluar dari bilik untuk ke dapur.
....................

Aifa datang awal hari ini ke rumah puteri.suasana masih lagi berkabus. memang tempat itu selalunya akan berkabus setiap pagi.kalau pukul 8 pagi pun masih lagi berkabus.
so.. hati-hati di jalan raya.Eh! macam tak kena je!

Aifa melihat jam di pergelangan tangan tepat-tepat pukul 8 pagi.

Pintu pagar gergasi itu masih lagi tertutup rapi.
aifa tahu encik fayad masih di dalam. mungkin dalam beberapa minit lagi dia akan keluar ke tempat kerja.

dia serba salah, tak tahu macam mana cara nak bagitahu kepada encik fayad perihal dia mahu memohon cuti.
bukan dia saja-saja datang awal. semuanya sebab tawaran percuma dari angah.

Aifa masih lagi mencari-cari ayat yang sesuai untuk memulakan percakapan.
"macam mana nanti tiba-tiba encik fayad jerkah aku? ye lah.. baru kerja dah pandai minta cuti.. " dia berkata-kata sendirian.terus dia menggeleng pantas, membuang segala angannya itu.

"tapi... sehari je.. bukan sebulan kan!? "soal dia lagi

"Assalammualaikum.. "

"oppocott!! bulan!! " Aifa pantas menutup mulutnya yang tersangatlah laju melatah.

matanya dipejam rapat. tahu.. muka dia dah tebal berinci-inci!
depan encik fayad kau boleh melatah macam tu! mujur tak mencarut!

Fayad sudah menahan tawa.dia pura-pura tidak mendengar dan melihat ke sekeliling.. dengan tawa yang ditahan.

"Wa..waalaikumsalam encik fayad.. " jawab aifa sambil tersengih.

fayad kembali menatap aifa yang mukanya sudah merah.
"awak buat apa dekat luar ni? kenapa tak tekan loceng je? tak sejuk ke..? " soalnya

'amboii.. banyak soalan encik fayad? mana satu saya nak jawab ni'
Aifa tersengih.
"errr... saya... saya saja je nak ambil udara segar dekat luar ni.err... puteri dah bangun? " soal aifa itu je jawapan paling selamat.

Fayad melihat ke dalam rumah.
"dah... puteri dah bangun,saya pun dah nak pergi ni, ada kerja nak siapkan. masuklah.. " kata Fayad

aifa menuruti langkah kaki fayad ke halaman rumah.
ketika itu jantungnya sudah kembali normal.sudah mula mengepam darah ke otak untuk dia berfikir secara normal.

"morning kakak!!! rindunya.... "

Aifa tersenyum senang menyambut pelukan sayang dari anak kecil itu.
tubuh montel itu dipeluk erat.
"awalnya puteri bangun... good girl! " kata aifa mencuit hidung mancung milik puteri

Fayad tersenyum memerhati dari jauh. dia mencapai baju putih serta briefcase miliknya bersedia untuk pergi.

Aifa yang melihat fayad sudah seperti hendak berangkat ke kereta,lekas-lekas dia menarik nafas dalam-dalam dan hembus.
"puteri masuk dalam dulu.. nanti kakak masuk erkk? "

puteri hanya mengangguk. kemudian berlari ke dalam rumah.

"Encik fayad"

Fayad yang sudah mahu ke kereta terhenti langkah. dia memusing badan ke arah aifa.
"yes? "

Aifa melangkah perlahan menuju ke arah fayad.
dalam fikiran sudah bermacam-macam ayat dia merangka.

"saya nak minta sesuatu boleh? " soal aifa takut-takut.
dibuatnya mood encik fayad seperti apa yang dia bayangkan tadi mau dia terbang terus sampai rumah. sumpah! dia tak nak jumpa encik fayad dah!

"okay...apa? " soal fayad pelik
macam-macam lah penjaga anaknya itu. mujur comel! hatinya terasa berdebar bila tadi melihat aifa memakai baju kurung Kedah berwarna pink.ditambah dengan selendang yang menutupi kepala berwarna putih.sangat menaikkan seri.

"saya nak minta cuti boleh? hujung minggu ni... hari jumaat, sehari... je! tapi... tapi kalau encik fayad tak bagi pun tak apa! saya okay. " pantas dan tepat! terasa seperti melepaskan batu di bahu.

fayad sudah terkebil-kebil matanya mendengar penjelasan aifa yang sepantas angin berlalu itu.
masuk kiri keluar kanan!

"cuba... awak ulang balik,apa awak cakap tadi? "

Aifa sudah menggaru kulit kepala.
'dia tak faham pulak! '
"saya nak minta cuti hari jumaat ni boleh...? "

Fayad tersenyum saja.nak minta cuti je.
"cuti...? so maknanya awak cuti tiga hari? "

Aifa mengangguk dengan penuh harapan.

"awak nak pergi mana?"

'ala... sibuklah encik fayad ni! tapi tak apa lah.. demi percutian idaman ini'
"angah saya ajak bercuti ke pulau tioman... " aifa tersengih saja.

"holiday? camping?"

Aifa mengangguk sambil menjawab
"3 Days 2 night" buat apa dia nak tipu kan? baik cakap benda betul senang.

Fayad hanya mengangguk.
kemudian dia terus berlalu ke kereta tanpa memberi sebarang jawapan.

"Aikk!! tak nak bagi aku jawapan ke? boleh ke tak ni? " soal aifa sendirian.

"Encik fayad?? ma.. macam mana? " soal aifa dengan gugup. jantungnya kembali bergoncang.
maklumlah... separuh hatinya sudah terngiang-ngiang udara pantai di tioman.hihihi

Fayad melihat jam di tangan kirinya.
"saya balik nanti.. saya bagitahu, sekarang saya dah lewat" katanya terus masuk ke dalam tempat pemandu dan memandu keluar dari garaj terus meluru ke jalan raya. sempat dia tersenyum melihat wajah aifa yang bagaikan mahu menelan dia hidup-hidup.

"ishhh! geramlah encik fayad ni! kalau nak bagi jawab je bagi!.. kalau tak boleh!... jawab je tak boleh! kan senang... susah sangat ke soalan aku tadi? " aifa membebel sendirian.

"kakak... kakak buat apa lagi dekat luar tu? sejuk lah... " Puteri menyapanya

"ye sayang... kakak masuk lah ni" jawabnya dengan wajah kecewa.
'musnahlah... angan-anganku.... '

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience