chapter 11

Romance Series 5107

Aifa turun ke dapur di awal pagi lagi.semuanya semata-mata demi puteri.

ruangan rumah dipenuhi dengan aroma yang mengiurkan anak tekak.
nafasnya ditarik dalam untuk menikmati bau yang betul-betul menaikkan nafsu makannya.

'mesti mama sedang sediakan sarapan'

rambutnya diikat tocang satu,dia masih lagi berbaju tidur berwarna biru muda dan bercorak beruang coala.

dia berjalan perlahan-lahan tidak mahu mengejutkan mama yang sedang sibuk berperang dengan kuali di dapur membelakangkan pintu masuk ke dapur.

dia berjalan menghampiri belakang mamanya.

"morning!!"pinggang mamanya dipeluk erat.

"ishh budak ni! mujur mama tak melatah tau,kalau tak...nasi goreng ni tak payah hidang dalam pinggan,masuk terus mulut aifa!"bebel datin kamalia

"ala...sampai hati mama,ingat mulut aifa ni besar ke apa?"suaranya bernada merajuk.dia memang suka manja-manja dengan mama,maklumlah..anak bongsu,huhu

"dah..cepat susun pinggan,nasi goreng dah nak siap..."

"ermm..sedap betul bau...thank you mama..always gemukkan anak you yang comel ni..."

ketawa datin kamalia berbunyi sakan.macam-macam hal lah anaknya yang satu ini.

"kenapa masih berbaju tidur ni? tak pergi rumah puteri ke?"

"awal lagi lah ma..."

"habis tu..kenapa tiba-tiba awal pagi turun ke dapur? selalunya nak kena berperang dulu baru nak turun.."perli mamanya

aifa ketawa sakan.
"mana ada lah ma..."

aifa membantu mamanya menghidangkan sarapan pagi.sebentar lagi mesti papa dan abangnya akan turun sarapan sebelum ke office.

sambil-sambil membantu,Aifa membuka rak penyimpanan segala jenis tepung dan bahan-bahan masakan pastri.dia mengeluarkan tepung,telur dan berbagai lagi bahan-bahan untuk dijadikan kuih yang bernama 'seri muka'.

"cari apa lagi tu? nak buat apa semua tepung ni?"

aifa memandang mamanya.kening sebelah kanan dijungkitkan sambil tersenyum lebar.

"ish..budak ni,main-main betul"

"ada apa ni ma?"tegur adam yang muncul ke dapur untuk mengintai menu sarapan pagi ini.sejak pagi lagi hidungnya dah tersumbat dengan bau wangian masakan enak oleh mama.

"Adik kamu ni...dia nak buat apa entah..dengan tepung bagai..."

adam tertawa nakal sambil membetulkan tali lehernya.
"dia nak buat eksperimen kot ma..."

"ish..abang! kau ni menyibuklah,pergilah bersiap dekat atas sana..."geram aifa.kejap lagi ada la yang usik-usik dia.

"cakaplah aifa nak buat apa...nanti mama boleh bantu"

"ehh..takpe ma..biar aifa yang buat,bab ni aifa pandai..."aifa tersengih saja.

pandangan mama dan abangnya tertumpu sepenuhnya pada dia.
"err...sebenarnya..aifa nak buat kuih seri muka untuk puteri.."jawab aifa akhirnya.

"ye ke...cuba cakap dari awal"kata datin kamalia

"untuk puteri ke...untuk papa puteri?"soal adam dengan nakal

"abang!!"

"aduhhh!!! berbisanya tangan!"adam mengurut lengannya akibat terkena tempias tangan aifa.

aifa menjeling abangnya tajam.
"padan muka!"

"kamu berdua ni...dalam sehari tak gaduh tak sah kan? adam...kamu pergi bersiap dekat atas...jangan kacau adik..."

"ye lah..."adam akhirnya mahu mengelah.

aifa menjelirkan lidah secara sembunyi pada abangnya.
mujur mama tak nampak.

"kirim salam dekat adik ipar ekk!!"kata adam dengan kuat di tangga.seisi rumah terdengar suara garaunya.

"mama!! tengok abang tu!"geram aifa,mukanya terasa panas membahang.

"abang tu memang macam tu..,cepat sambung buat tu,nanti lewat pulak"

aifa angguk saja.
'hilang sudah mood dia nak memasak..semuanya sebab abang dia.huhh!! tapi...relaks aifa...semuanya demi puteri...'

dia memulakan langkah-langkah penyediaan kuih 'seri muka' pulut dicuci dan dikukuskan atas api.
bancuhan tepung dibuat dengan berhati-hati.

"puteri suka ke dengan kuih ni?"soal datin kamalia yang memerhati anak daranya sedang bertungkus lumus menyiapkan menu kuih 'seri muka'

"ahha..dia cakap kuih ni favourite dia,dia cakap tok ma dia selalu sibuk,kadang-kadang je masakkan kuih ni untuk dia..."

"oo..jadi maknanya anak mama ni nak tunjuk prihatin lah ni...?"soal datin kamalia sambil tersenyum lebar

"mana ada lah ma...aifa kesian je dengan dia.lagipun dah favourite dia kan? kebetulan aifa pun tahu buat kuih ni...so apa salahnya"

"ye lah...betullah tu,kalau mama dekat tempat aifa pun..mama buat benda yang sama..tak salah kita nak ambil hati budak-budak ni,tunjuk contoh yang baik dan beri ajaran yang betul..."

"betul! betul! betul!"
kepalanya terangguk sekali.
.................
Fayad melangkah keluar dari bilik mandi dengan tergesa-gesa kerana dia sudah kelewatan untuk ke tempat kerja.

semuanya gara-gara dia tertidur lewat semalam.kebetulan pulak dia mahu menyiapkan sedikit kerja,sedar tak sedar jam dah ke angka dua pagi.
mujur subuh dia sempat terjaga namun dia terlelap seketika..rupanya masa dah berlalu.

fayad melangkah ke almari pakaian dia mencari-cari pakaian yang sudah siap diseterika dari kedai dobi semalam.

dengan tergesa-gesa pencariannya berakhir.dia membawa keluar baju kameja putih bersama seluar slack hitam.tiba-tiba matanya terlihat satu sut bajunya lagi yang masih belum diseterika.

"rasanya tak sempat aku nak singgah dobi untuk hantar baju harini...aduhh!!"dia berkata sendirian.

selalunya dia akan ke dobi untuk mencuci atau seterika baju kerjanya.setiap hari satu helai baju kameja akan dibawanya ke kedai dobi.
namun hari ini terlalu banyak kerja yang dia harus lakukan.

"ahh...nantilah fikir...nak iron sendiri..mana aku reti,nanti terbakar hangus semua..."dia mengomel sendirian.

selesai bersiap,dia melangkah ke arah ruangan khas yang agak besar di mana tempat untuk dia menyimpan segala aksesori miliknya.
jam,tali leher,cincin,vase dan segala macam baju bergaya tuxedo.dari baju sejuk hingglah ke cuaca panas.

dia membuka laci dan mencapai jam tangan kemudian melangkah ke arah rak pelbagai jenis wangian,di capai satu lalu disembur ke seluruh badan.
sampai di hadapan cermin dia membetulkan rambut dan tali leher.

dia melangkah keluar setelah selesai mendandan diri.
dia mencapai briefcase dan kaca mata dibetulkan supaya tidak terjatuh.
dia melangkah keluar dari bilik.
sebelum pintu ditutup dia menampal sehelai kertas berwarna putih betul-betul dia bahagian tengah pintu biliknya.

dengan langkah laju dia menuju ke bilik anaknya.
pintu diketuk beberapa kali.

"masuklah papa..."suara anaknya dari dalam terdengar.

pintu dibuka.tenang hatinya saat melihat anaknya sedang mendandan rambut dengan sendirian.

"anak papa bangun awal harini?"soalnya sambil tersenyum tenang.

"mestilah..kejap lagi kak aifa datang.."

fayad tersenyum.
"ermm..papa kena pergi kerja sekarang.maafkan papa sebab tak sempat siapkan sarapan,nanti puteri minta tolong kak aifa buatkan boleh?"

puteri tersenyum saja.dia melangkah ke arah papanya.tangan papanya ditarik untuk bersalam dan dia mencium belakang tangan papanya seperti setiap pagi sebelum papa berangkat ke tempat kerja.

"papa jangan risau..harini kak aifa buatkan puteri kuih favourite puteri..."wajah kanak-kanak itu bersinar keterujaan.

"seri muka?"

puteri terangguk-angguk.

fayad tersenyum lega.
"baiklah kalau macam tu..."

"tapi..papa macam mana? tak sarapan dulu?"

fayad tersenyum.sayang betul anaknya dengan dia.kepala anaknya diusap lalu dicium.

"papa is okay...nanti papa sarapan dengan hospital je..puteri tunggu dalam rumah elok-elok tau? selagi kak aifa tak datang jangan bukak pintu...papa rasa tak lama...kejap lagi mesti kak aifa datang"

"baik papa.."

"okay..papa pergi dulu"

puteri mengangguk saja.

sebelum fayad melangkah keluar dia memusingkan badan kembali menghadap anaknya.
"nanti...puteri suruh kak aifa baca tulisan dekat kertas yang papa tampal dekat pintu bilik papa boleh?"

wajah anak itu sedikit kebingungan.
"kertas?"

"err...ahha..kertas,nanti puteri bagitahu kak aifa tau?"

"okay papa..dont worry"

fayad tersenyum senang.dia melangkah keluar. sebelum turun ke bawah sempat dia menjeling melihat kertas bersaiz kecil yang ditampal pada pintu biliknya.dia tersenyum saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience