chapter 9

Romance Series 5107

Fayad menghentikan kereta di garaj yang tersedia.
dia kemudian mematikan enjin dan melangkah keluar bersama briefcase dan baju putih miliknya.
kemudian dia bersandar di kereta.
kepalanya dipicit perlahan.

tugas hari ini begitu banyak yang perlu dia selesaikan.ada pula bila pesakit di bahagian kecemasan yang sangat-sangat perlukan bantuan.
dia melepaskan lelah sendirian.

beberapa minit kemudian kelelahannya kian berkurangan.mungkin dia memerlukan rehat yang secukupnya.
tapi apa boleh buat.tugasnya sebagai seorang perawat betul-betul memerlukan komitmen serta perhatiannya.

dia menekan alarm kereta sebelum melangkah menuju ke pintu rumah.rindu akan si comel yang sentiasa ceria menanti kepulangannya,melihat saja wajah si anak membuatkan segala masalah dan kelelahan hilang begitu saja.

"Assalam..."

"Encik Fayad dah balik!!?"

"Hahh!!"Fayad terlompat ke belakang bila tiba-tiba pintu rumah dibuka secara mengejut.salamnya pun belum sempat dihabiskan.

'apa kau dah buat ni Aifa?? mamposs kau!!'
Aifa hanya tersengih serba salah.

"siapa awak??"soal fayad kerana keadaan di situ agak gelap kerana hari sudah menginjak ke petang.

Fayad sudah berdiri agak jauh.
'macam mana boleh ada orang lain ni?'
Puteri!! fikirannya terfikirkan anaknya.

"puteri!!??? puteri!!???"fayad kuatkan suara memanggil anaknya di dalam tetapi dirinya masih berdiri di kejauhan yang sama.

"Encik....puteri ada dekat dalam"kata aifa sambil tersengih saja.

"awak siapa?? mana bibik??"soal fayad kalut

aifa mencebir mulutnya.
'geramnya aku..dia boleh buat-buat hilang ingatan pulak.aku ketuk dengan kuali besar dekat dapur dia tu..baru tahu!'

"Papa??"muncul puteri disebelah aifa bersama mainan patung di tangan.

"hah!! puteri datang sini...puteri kenal ke?"soal fayad kalut.dia mahu mencapai puteri supaya berdiri dekat dengannya.

"papa....ini kakak yang jaga puteri lah..tokma tak bagitahu papa ke..?"soal anak itu turut keliru dengan tingkah papanya.

fayad kemudian cuba mengingati.
tiba-tiba barulah dia teringat akan pesanan yang dibuat oleh mummy pagi tadi.dia yang tidak dengar disebabkan terlalu mengejar masa.

"papa!!?"panggil anak itu lagi.

"hah!! ye?"fayad tersedar semula

"papa ni...mesti terlalu sibuk kerja kan? cepatlah masuk..."kata puteri.dia keluar ke arah papanya lalu menarik tangan fayad supaya masuk ke rumah.

Aifa memberi laluan kepada anak beranak itu untuk masuk ke dalam rumah.dia pulak melangkah keluar.tidak mahu mereka bertiga di dalam rumah itu.
lagipun dia sudah mahu pulang.

"ohhh...papa ingat"jawab fayad perlahan.

Aifa mendengus geram.namun hanya dalam hati.
'nampaknya sel-sel otak dia dah mula berfungi balik'

"errr...encik fayad? saya balik dululah..memandangkan encik dah balik kan? semua makanan ada dekat dapur.dan..puteri pun dah makan.."kata aifa meminta diri

fayad hanya memandang ke halaman rumahnya.
"baiklah...dah ada kenderaan ke untuk balik?"soalnya.risau juga dia.mana tahu gadis muda yang berdiri agak jauh darinya itu hanya berjalan kaki ataupun sendirian pulang ke rumah.nanti dia jugak kena bebel dengan mummy.

"ye...dah ada orang datang ambil.terima kasih.Assalamualaikum"

"waalaikumsalam..."

aifa melangkah meninggalkan kawasan rumah besar itu.dia melambai tangan pada pak hamid yang berdiri di sisi kereta menantinya dengan tenang.

"maaf ye pak hamid..Aifa terlewat pulak,sebab papa puteri tu baru balik...dah lama ke pak hamid sampai?"soal aifa usai masuk ke tempat duduk belakang kereta.

"tak apa cik aifa,bukannya pak hamid ada kerja apa pun...macam mana kerja okay ka?"soal pak hamid semula.

pak hamid memang agak rapat dengan mereka adik beradik.selalu saja bertanya khabar dan bersoal jawab.selalu juga jika pak hamid pulang ke kampungnya di Perak,segala buah-buahan dari negeri Perak dibawa pulang oleh pak hamid ke KL,maklumlah...mereka mana ada kampung.

"biasalah..cuma penat jugak lah,tapi best juga jaga budak macam puteri tu,senang...semua yang dilarang dia akan ikut,semua yang disuruh dia akan buat"kata aifa

"Aikk...cik aifa dera anak orang ke?"gurau pak hamid

aifa tertawa perlahan.
"mana adalah..maksud aifa,bila time belajar,puteri akan belajar..bila aifa larang dia main permainan video terlalu lama dia akan ikut..."

pak hamid hanya ketawa.dia tahu mana mungkin seorang yang lemah lembut seperti aifa ini mahu mendera budak,silap-silap dia pulak didera oleh budak.

"mama dekat rumah ke pak hamid?"

"ye..."

aifa angguk saja.menala pandangan ke pemandangan luar cermin kereta.
..................

"kakak tu.....baik?"soal fayad teragak-agak kepada puteri yang sedang melukis di ruang tamu rumah mereka.

fayad bersandar tenang ke sofa sambil menghirup minuman 3in1 kegemarannya.

"baik"jawab puteri sepatah perkataan.dia hanya memfokuskan pandangannya pada lukisan yang dihasilkan.

fayad terangguk-angguk.
"puteri suka kakak tu jaga puteri?"soal fayad lagi

"suka..."

fayad menggaru kulit kepala yang tidak gatal.
sepatah di tanya sepatah di jawab! aishhh..budak ni.

"kenapa papa tanya?"soal anaknya pulak.

"saja...mana tahu puteri tak suka,kalau ada apa-apa bagitahu papa erkk?"

usai berkata sebegitu pandangan si anak menusuk tajam merenungnya.
fayad terdiam.
'aku ada salah cakap ke tadi'

"papa...tak baiklah buruk sangka.kakak tu baik...papa yang ajar puteri tak baik buruk sangka...sekarang papa pulak..."

fayad tersengih saja.
sedar kesalahan diri sendiri.
"ye..papa minta maaf okay? siapa nama kakak tu?"soal fayad

"papa ni...tokma tak bagitahu papa ke?"

"errr...ada..tokma ada cakap.tapi....papa lupa hehehe"

"nama kakak tu kak aifa..."

fayad terangguk-angguk lagi sekali.
"Aifa....nampak macam muda lagi,boleh ke remaja zaman sekarang jaga budak sebaya puteri? risau pulak..harap-harap mummy tak salah pilihlah..."
katanya sendirian.

fayad teringat lagi sekali kejadian petang tadi.raut wajah yang tenang dan tegas itu seperti pernah dia lihat sebelum ini.
dia cuba mengingat lagi dan tiba-tiba..

"hahh!!"

"papa!!!"geram si anak dengan sikap papanya.tiba-tiba saja papanya itu menjerit sakan.sampaikan pensil warna yang dipegang terjatuh.

fayad tersenyum serba salah.
"sorry...papa terkejut sesuatu,ingatkan ada lipas tadi..."

"okay..papa dimaafkan"kata puteri

fayad kembali ke ingatannya seketika tadi.
"dia perempuan yang aku hampir langgar minggu lepas,dia lah yang lantang bersuara waktu tu,betul...aku dah ingat"fikir dia.

"kecilnya dunia..nampaknya dia jadi pengasuh anak aku,agak-agak dia ingat ke tak? kalau dia ingat mesti dia akan rasa malu..."fayad tersenyum nakal.

"papa senyum-senyum ni kenapa?"soal anaknya dengan pandangan tepat ke wajah papanya.

terus senyuman sinisnya dimatikan.
"mana ada.."

puteri hanya mengangkat bahu lalu meneruskan aktivitinya kegemarannya.

"melukis tu jangan lama-lama sangat.nanti masuk tidur tau?"

"baik papa..."

fayad hanya diam.minuman yang masih berasap dihirupnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience