chapter 5

Romance Series 5107

"Assalammualaikum tokma!! Atok!!"

pintu gerbang besar itu dibuka dari dalam.tersembul wajah puan sri kamariah tersenyum girang.

"waalaikumsalam...cucu tokma dah datang ye? rindunya...."tubuh kecil puteri dipeluk erat dengan penuh kerinduan,dah macam setahun tak jumpa.

"cucu atok!!!!!"

fayad tertawa perlahan melihat gelagat daddy yang muncul dari belakang mummy,dan sekarang puteri dah ditengah-tengah.

"mummy dan daddy sihat?"soal fayad sambil menyalami keduanya.

mereka melangkah masuk ke dalam rumah,di ruang tamu itu mereka berkumpul.

fayad memandang sekeliling,mencari kelibat adiknya yang satu itu.
"mana paan?"soalnya

"bukannya fayad tak tahu adik fayad tu macam mana...keluar lah tu bila hujung minggu macam ni..."

fayad tersenyum saja.
adik dia itu memang.kalau tak keluar hujung minggu bukan farhan lah tu namanya.ada-ada saja aktiviti dia setiap hujung minggu.bukannya nak luangkan masa dengan keluarga.
mujur belum kahwin lagi.harap-harap kalau dah kahwin nanti berubahlah.

"keluar dengan girlfriend lah tu.macam tak tahu adik fayad tu macam mana.minggu ni perempuan sana,minggu depan perempuan situ...begitulah seterusnya.."kata tan sri dasuki sambil menggeleng.masak sangat dengan perangai anak bongsunya.

fayad ketawa saja.
"budak muda..macam tu lah daddy,jangan dia buat masalah sudahlah...nanti ramai menantu mummy"kata fayad sambil menjeling ke arah mummynya.

"Ehh!! no..no..no..mummy tapis betul-betul baru mummy turunkan tanda tangan persetujuan untuk paan nikah.bukan sembarangan je..."jawab puan sri kamariah dengan tegas

fayad dan daddynya hanya tertawa saja.

"Assalammualaikum!!!"

"hah!! tu panjang umur dia,tahu pulak dia balik awal minggu ni.."kata puan sri kamariah

"waalaikumsalam..."

"Oh My God!!! girlfriend acu ada di sini lah!!!"suara farhan memekik satu rumah.dia meluru datang memeluk anak buahnya.

"yeayy!! acu pergi mana baru balik? acu ni teruklah...puteri datang acu takde.."kata puteri dengan gaya memeluk tubuh.

farhan mencebik bibir ke arah abangnya.
fayad membuat isyarat suruh pujuk semula.

farhan tersengih saja.
"okay fine..acu salah,so...kena denda apa ni?"

pantas puteri tersenyum lebar.
"acu kena belanja puteri ais cream coklat plus vanilla...yang paling mahal tau.."

mereka yang lain sudah tertawa mendengar syarat yang dikatakan.

"baiklah tuan puteri...petang nanti acu belikan"kata farhan dengan gaya menyembah sang puteri raja.

fayad tertawa sambil menggeleng.

farhan kemudian duduk di sisi abangnya sambil memangku puteri yang sedang bermain bersama patung barbie kepunyaannya.

"kau dah lama ke sampai angah?"soal farhan

"baru lagi...puteri ni rindu dengan atok dan tok ma dia"

"fayad tidur sini erkk?"ajak puan sri kamariah

"tak rasanya mummy,sebab esok fayad kena masuk kerja awal"

"pergi je lah dari sini?"soal tan sri dasuki

"barang-barang semua dekat rumah.memang tak rancang pun nak bermalam...lain kali erkk mummy?"

"ermm...angah ni buzy betul,mengalahkan perdana menteri"kata farhan

fayad hanya tersenyum saja.

"tapi....fayad ada nak cakap sesuatu"kata dia dengan serba salah.

terus semua mata tertumpu padanya.

"kenapa? kau nak kahwin ke ngah?"soal farhan teruja

terus wajah puan sri kamariah juga teruja mendengar ayat itu.mana tahu betul?

"bukan..."jawab fayad menjeling adiknya yang mengundang tajuk yang sensitif itu.

wajah farhan hanya tersenyum saja.tahu abangnga tidak suka menyebut hal-hal perkahwinan.

reaksi puan sri kamariah juga sudah tidak seteruja tadi.

"habistu...problem apa?"soal tan sri dasuki turut risau

"bibik....dia nak balik indonesia minggu depan"jawan fayad

"hahh!!"serentak mereka terkejut

"dah lama dia kerja..kenapa tiba-tiba dia nak balik sana pulak?"soal puan sri kamariah pelik

"ibu dia sakit dia cakap.so..takde jalan lain dan dia terpaksa berhenti.itulah yang fayad risau...siapa nak jaga puteri lepas ni"kata fayad

semua terdiam dan berfikir.

"kesiannya cucu tok ma..habistu nak buat macam mana"

"tu lah fayad fikirkan.fayad nak minta tolong mummy carikan pekerja baru untuk jaga puteri,kalau tinggal dia sorang-sorang risau pulak"

"biar mummy je lah yang jaga...lagipun butik tu dah ada pekerja yang uruskan"kata puan sri kamariah

"tak apa mummy,nanti susah mummy nak buat kerja.dengan butik lagi...mummy cari jelah siapa-siapa yang mummy kenal dan yakin...umur berapa pun takpe...janji dia pandai jaga budak and then memasak..."kata fayad

puan sri kamariah berfikir seketika.
tiba-tiba wajah anak sahabat baiknya muncul di benak.

"mummy ada kenal seorang ni,anak kawan mummy...boleh ke?"soalnya

"baik ke mummy?"soal fayad

"baik..manis..lemah lembut..muda lagi,cuma dia tak kerja lagi.sedang mencari kerja.tapi mummy rasa dia tak akan tolak..sebab dia jenis yang tak kisah kerja apa je.."

"mummy yakin ke dia boleh jaga puteri dengan baik?"soal farhan pulak.mana tahu luar nampak baik,dalam hati siapa yang tahu.itulah manusia.

fayad juga terangguk-angguk turut mengiyakan.

"mummy yakin dia pandai jaga puteri..fayad janganlah risau.nanti mummy tanyakan tentang dia.mummy kenal mama dia..pelanggan utama butik mummy tau..."

"awak cakap pasal datin kamelia ye?"soal tan sri dasuki

"iya lah bang...anak dia yang namanya Aifa tu"jawab puan sri kamariah

"anak datin?? mahu ke anak datin kerja macam ni mummy?"soal fayad

"fayad jangan risau...dia baik budaknya.bukannya macam anak datin-datin yang berlagak,pakai seksi-seksi macam tu...dia tak memilih kerja budaknya..."

"Suka hati mummylah...tapi mummy kena bagitahu fayad kalau ada apa-apa tau? fayad nak tengok dia depan-depan"

puan sri kamariah angguk tanda setuju.

"kesian girlfriend acu...nanti ada penjaga baru"kata farhan.

"nak buat macam mana...dah terdesak sangat"
jawab fayad

"senang-senang kau kahwin je lah ngah,nanti ada orang tengok-tengokkan puteri"kata farhan memulakan lagi isu tadi.dia memang suka mendengar abangnya dibebel oleh mummy tentang perkahwinan.

wajah geram fayad yang ditayangkan kepadanya membuatkan dia tertawa senang hati.

"mulalah tu nak perang..dah jom kita ke dapur,makan sama-sama..."kata tan sri dasuki
faham sangat perangai anak-anaknya.

"mummy masak cucur pisang tau...jom makan sekali,puteri...jom ikut tokma.."kata puan sri kamariah.

mereka berlalu ke dapur.

farhan mengikut dari belakang.abangnga di depan.

"angah..."

fayad memusingkan badan menghadap farhan sambil mereka berjalan ke ruangan makan.

"jangan kau terjatuh hati dengan penjaga baru puteri sudah"kata farhan sambil tertawa sakan.niat dia hati memang nak kenakan abangnya yang terlalu serius itu.

fayad tersenyum lalu menggeleng.
"macam-macam hal budak paan ni"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience