chapter 8

Romance Series 5107

Hari yang dinanti oleh aifa sudah tiba.
berdebar pulak hati dia rasa.padahal kerja biasa saja.jaga budak dan mengemas..masak sikit-sikit and then dah boleh balik.
kerja simple saja.tak perlu berpanas berhujan..duduk dalam rumah tu dengan seorang anak kecil sebaya ian.

untuk hari pertama dia bekerja puan sri kamariah cakap dia akan tunggu aifa di rumah anaknya itu.
kata puan sri kamariah anaknya itu bapak kepada si puteri itu tepaksa keluar rumah awal.so...tak ada siapa-siapa yang akan tunjuk ajar dia di sana.

so..untuk hari pertama dia untuk bekerja sebagai baby sitter lah kononnya.dia saja pakai baju kurung.bagi nampak ala-ala cikgu sikit..hihihi nanti tak ada lah anak auntie kamariah tu was-was nak ambil dia sebagai penjaga anaknya.

dia memakai tudung bawal berwarna merah hati digabungkan dengan baju kurung yang berwarna putih bercorak merah hati.hurmmm...dah macam uniform kadet sekolah.but its okay...janji

"kau cantik aifa!"kata dia sendirian di hadapan cermin.

kemudian dia mencapai sling beg lalu keluar dari bilik.

"wahhh...dah siap ke? semangat betul"usik datin kamalia sambil tersenyum suka.

aifa mencebirkan bibirnya.
"mama doakan aifa berjaya jadi penjaga puteri tu ye?"

datin kamalia pantas mengusap wajah anak gadis bongsunya dengan gembira
"mestilah...anak mama ni bijak dalam semua perkara,ingat..tak kiralah kerja apa yang kita buat,kerja kena ikhlas tahu?"

"Baik..thank you ma.."

"dah nak pergi dah? jom sekali angah hantar..kebetulan angah nak lalu kawasan tu..."muncul abangnya adam.dia mengemaskan tali lehernya yang tidak kemas.

"betul ke ni ngah? kau buat apa lalu kawasan tu? ha...jumpa marka erkk?"usik aifa sambil menyenggol lengan abangnya

"marka la sangat...aku nak pergi tapak projek lah..kau apa tahu pasal office..tu lah suruh belajar bab bisness tak nak..nak jugak belajar kulinari...tapi masaknya..selalu tak menjadi.."
adam ketawa terbahak-bahak mengusik adiknya yang kuat merajuk ini.

"mama...tengok angah ni.dia tu yang tak sedar diri"geram aifa.dia memeluk lengan mamanya

"adam...."tegur mama dengan mata dijegilkan

adam terus mengangkat tangan kanan dan kiri tanda menyerah.
"baik tuan puteri...boleh kita bergerak sekarang tuan puteri?"

aifa menjeling abangnya.

"bye mama..."tangan mamanya disalam

"dah nak pergi?"tegur dato fahmi yang sudah selesai bersarapan.

"ye pa..."aifa juga menyalami tangan papanya.

"pa..adam pergi tapak site terus erkk? sekali hantar aifa.."kata adam

"baiklah..hati-hati"jawab dato fahmi

"papa?"panggil aifa

"yupp?"

"any words?"

"anak manja papa ni dah terbaik..tak perlu kata-kata dah"kata dato fahmi sambil tertawa perlahan.kepala anak bongsunya diusap.

"yeahh!! thank you boss!"aifa tersenyum senang.
dia sudah mendapat kata-kata semangat dari mama dan papa.

dia menjeling sambil menjelir lidah ke arah abangnya yang mencebir bibir sedang memerli dia.

mereka berangkat menaiki kereta adam.kereta jenis Honda itu meluncur keluar dari perkarangan rumah mewah itu.

keadaan di jalan raya besar seperti kuala lumpur ini memang tidak sah kalau setiap pagi tak sesak dan dipenuhi dengan bunyi deruan enjin-enjin pelbagai jenis kenderaan.
itulah yang membuatkan kota raya kuala lumpur ini tidak pernah sunyi dari pagi sehinggalah ke tengah malam.

"nanti kalau apa-apa terus call angah erkk?"kata adam sambil memandu

aifa disebelah hanya mengangguk.

"kenapa diam je? nervous lah tu..."adam ketawa perlahan

"mana ada..cuma takutlah...nanti buat salah pulak..."

"nak takut apa..? ala..relaks la,anggap kerja ni macam kerja yang paling best dalam dunia..budak yang kau kena jaga tu sebaya ian kan?"

"yupp..."

"okayla tu...ke..adik aku ni nervous nak jumpa bapak budak tu?"usik adam dengan ketawa jahatnya

aifa terus memberi jelingan maut pada angahnya yang kuat mengusik itu.
"banyaklah!! mana ada..lagipun bukan pernah jumpa pun bapak budak tu,kenal pun tak..."

"ala..nanti dah kenal jangan jatuh cinta pulak,tak pasal-pasal angah dapat adik ipar berstatus duda nanti..."

"ishh!!! angah!!!"jerit aifa dengan geram.semakin kuat adam ketawakan adiknya.
.....................

"Assalamumalaikum...?"Aifa memberi salam di hadapan pintu kayu yang besar di depannya.
dia melihat sekeliling.

"gilerr besar laman depan rumah dia.rumah pun dah macam hotel lima bintang"bisik dia sendirian

tidak lama kemudian pintu terbuka dari dalam.
"waalaikumsalam...aifa dah datang ye? jemput masuk.."

aifa tersenyum ke arah puan sri kamariah yang menyambutnya dengan ceria itu.

"baik auntie.."kakinya mula menapak masuk dengan perlahan-lahan.
maklumlah..pertama kali masuk rumah orang.
orang yang dia tak kenal pulak tu.

masuk saja dia sudah tercengang melihat ruangan di dalam rumah.
'ini rumah ke padang golf? besar gedabak rumah dia!! tak sesat dalam rumah sendiri ke? macam manalah puteri ni nak cari bapak dia.ronda dengan moto pun muat dalam rumah ni...'

"Aifa??"

"hah!!? ye auntie?"aifa tersengih saja.malu pulak bila ditangkap sedang melihat rumah orang.

"jom duduk sini..anak auntie baru je keluar pergi kerja"

aifa duduk di sofa ruang tamu berhadapan dengan puan sri kamariah.

"mana puteri auntie?"

"ada dekat atas...tak sabar katanya nak jumpa aifa..nanti turunlah tu"

"ohh.."

"aifa janganlah risau sangat.jangan buat kerja banyak.aifa buat yang termampu je okay? jangan paksa diri..nanti pergi angkat almari pulak"gurau puan sri kamariah sambil tertawa

aifa turut tersenyum.
"baik auntie..cuma,aifa nak cakap sikit"

"apa? cakap je..auntie dengar"

"sebenarnya..aifa tak tahu sangat memasak.masak pun tengok resepi.nanti auntie bagitahu anak auntie kalau tak sedap aifa minta maaf erkk?"

tersenyum puan sri kamariah dibuatnya.
suka dia melihat kejujuran yang ada di dalam diri anak muda ini.

"aifa jangan risau..aifa masak benda simple je.jangan stress kan diri fikir nak masak apa.kalau senang...aifa order je.."

aifa tertawa perlahan.
'auntie ni...idea bernas tu'

"so..macam biasa,aifa uruskan puteri.nanti pukul sepuluh pagi akan ada seorang cikgu yang akan datang ajar puteri..harini..tak silap auntie pembelajaran bahasa melayu"

"wahhh...kecik-kecik dah belajar auntie?"
teruja aifa bila tahu budak sekecil puteri sudah mula belajar.ian pun mereka hanya ajar basic saja.

"alahh...papa dia lah tu,kononnya nak anak dia belajar awal.kalau nak hantar sekolah muda lagi.nanti auntie bagi jadual waktu dekat aifa tau?"

aifa angguk saja.
"ermm..cikgu perempuan kan auntie?"soalnya takut-takut.kalau lelaki.tak ke naya!

"perempuan...auntie faham,jangan risau.memang semua cikgu puteri perempuan"

aifa menarik nafas lega.

"lepas tu..aifa buatlah apa-apa yang aifa tahu.mengemas sikit-sikit dan apa-apa je..."

"baik auntie..."

"kalau macam tu..dah takde apa lah..."kata puan sri kamariah sambil tersenyum.

"lega auntie rasa bila aifa setuju nak jaga puteri.terima kasih tau?"

"tak apa auntie..lagipun aifa bukan ada kerja lain yang nak buat.so...bolehlah aifa isi masa lapang"

"ye lah...ermm lagi satu.fayad akan balik pukul lima or enam.so..bila fayad dah balik...aifa dah boleh balik..."

"fayad?"soal aifa

"ohh..lupa pulak auntie..ingatkan aifa dah tahu.."puan sri kamariah tersenyum

"fayad tu papa puteri"

"ohh..baik auntie"

"nanti kalau tak ada siapa datang ambil aifa..aifa jangan balik sendiri pulak.bahaya.suruh je fayad hantar ye?"

aifa tersengih.
"tak apa auntie...lagipun mama dah cakap nak suruh pak hamid datang ambil aifa"

"ye lah..kalau macam tu,auntie balik dulu ye? auntie ada kerja sikit dekat butik"

"baik auntie...hati-hati"

"ye lah..."

Aifa melambai kereta yang berlalu pergi itu.
dia menutup semula pintu besar itu.

"kakak dah sampai? cantik tak puteri?"

aifa tersenyum.
"mestilah cantik...cantik macam kakak"aifa membuat gaya ala-ala model di hadapan puteri yang sedang ketawakan tingkahnya.

"kakak ni best la...nanti kita main sama-sama erkk?"

aifa tertawa senang.sukanya bila puteri dah start sukakan dia.senanglah kerja dia nanti.tak lah kekok sangat bila nak menjaganya.

"okay..sekarang,jom kita sarapan...puteri dah sarapan ke belum?"soal aifa

"belum...puteri cakap dekat tokma..puteri nak makan dengan kakak..."

aifa tersenyum saja.
'manis betul budak ni bercakap.mesti mama dia pun macam ni'
mereka berjalan beriringan ke dapur bersama-sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience