chapter 2

Romance Series 5107

kereta yang dipandu fayad memasuki ruangan rumahnya.cahaya matahari sudah pun semakin melabuhkan tirainya.
matanya memandang ke arah tubuh kecil yang sentiasa menantinya setiap kali dia pulang dari kerja.

segala penat lelah dan masalah terasa hilang sekelip mata saat melihat senyuman ceria itu.wajah manis berkulit putih dan bermata bundar itu betul-betul menceriakan hari-harinya.

dia mencapai briefcase dan cot putih.
dia melangkah keluar dengan senyuman.

"papa!!!!!"jerit anaknya lalu berlari menghampiri.

mereka berpelukan seakan sudah lama tidak berjumpa.namun..itulah rutin harian mereka.

"anak papa nakal tak harini?"soalnya

"No..i'm a good girl!"tegas suara kecil itu

"ada buli bibik tak?"

"mana adalah papa..."jawabnya

fayad tertawa perlahan.kepala anak itu diusapnya lalu dicium.

"papa...tok ma datang..."kata puteri tiba-tiba.

langkah kakinya jadi terhenti.
"ye ke? sekarang?"soal fayad

"ye..tok mak masak sedap sangat..papa makan tau? puteri tunggu papa..."ujar si kecil dengan petah.

fayad tersenyum saja.
"ye lah..jom kita masuk"

"Tok Ma!! Tok Ma!! papa dah balik!!"petah si anak bersuara saat mereka sama-sama melangkah masuk ke rumah.

fayad hanya tersenyum melihat keterujaan anaknya itu.

"wahh..teruja betul dia bila papa balik ye? tok ma datang tadi puteri tak teruja macam sekarang pun...jealousnya tok ma.."balas puan sri kamariah dengan nada merajuk.

terus si kecil berlari ke arahnya.tangannya digenggam erat.
"mana adalah tok ma...puteri seronok tok ma datang"ujar si kecil dengan memujuk

"habistu..macam mana pulak dengan atok?"soal pula tan sri dasuki,teruja dengan keletah manja dan periang cucu sulungnya.

"kalau atokk...sama juga,errmm..tok ma dengan atok janganlah jealous dengan papa...papa cakap puteri anak manja papa..sebab tu puteri kena sayang papa lebih.."ujar si mulut petah itu

terus riuh suara tawa tok ma dan atoknya.bibik juga turut tertawa sambil meletak satu pinggan yang terisi beberapa belahan buah-buahan yang baru dipotongnya di dapur sebentar tadi.

fayad hanya tersenyum saja,kepala si anak diciumnya lembut.
"bila masa papa cakap macam tu...?"soalnya

"ada...papa je yang tak ingat"ujar puteri

"budak-budak tak tipu tau..."kata puan sri kamariah,matanya menjeling ke arah anak yang sedang berada di dalam situasi serba salah.

"apa-apa je lah...sekarang papa naik mandi tukar baju dulu okay?"ujar fayad

puteri hanya mengangguk sambil tersenyum.
terserlah lesung pipit di kedua belah pipi kecilnya.

"kejap lagi turun makan dengan kami"ujar puan sri kamariah

"baik mummy.."jawabnya terus melangkah ke tangga.

"puteri..jom kita potong kek..tadikan tok ma sama atok bawa kek untuk puteri..yukk ikut bibik?"ajak bibik

"okay.."terus mereka berdua menghilang di ruangan dapur.

datin sri kamariah menjeling suaminya yang sedang sibuk membaca majalah perniagaan.
dia menggeleng kepala.
"abang ni..cuba-cuba lah berubah sikit.kita datang sini nak jumpa anak cucu kita..abang ni tak habis-habis dengan membaca"

tan sri dasuki yang mendengar hanya tertawa perlahan.
terus buku di tangannya diletak semula.
"awak ni...salah ke saya baca buku,membaca tu kan jambatan ilmu"

"ye..saya tahu,tapi kita sekarang dekat mana?kesian cucu kita bila tengok perangai atok dan papa dia..sama je,dua-dua serius..dua-dua hanya tau kerja je..."

"serius tu anak kita tu je...abang biasa je"

"tapi kan bang...kenapa muka fayad serius sangat..dia ada masalah dekat hospital kot bang..?"

"takde lah..dia kan memang macam tu,awak macam tak kenal anak awak sorang tu...dari kecik sampai ke besar...dia bukan ada masalah atau takde perasaan macam yang selama ni awak katakan tu..dia cuma tegas,tegas bila bab kerja,tegas bila bab penjagaan anak.."

"tau...tapi bang,memang payah nak tengok dia tertawa sampai terkeluar air mata tu hah..yang ada senyum senget ke kiri..senyum senget ke kanan...haishhh..apa nak jadi budak ni"rungut puan sri kamariah dengan risau

dato sri dasuki hanya tertawa saja.
faham sangat perasaan isterinya ini.
orang perempuan..selagi tak cukup dengan mata mereka..selagi tu lah asyik berkata-kata.

"biarlah dekat dia...cara dia macam tu,asalkan dia tak lupa tanggungjawab dia terhadap anak sudahlah..."

"hurmm...ye lah bang,saya nak ke dapur,nak tolong bibik sediakan hidangan"

makan malam mereka terhidang dengan pelbagai menu,selalunya hanya dia dan puteri saja akan makan berdua setiap malam,makanan pun tidaklah sebanyak ini,membazir jika memasak dengan pelbagai hidangan,yang makan hanya dua orang.

bibik selalunya akan balik pukul enam petang,tapi mungkin hari ini disebabkan mummy mahu masak makanan banyak...maka diajak bibik sekali untuk menikmati makan malam keluarga.

"sedapnya bik..masakan tempe sambal ni"ujar puan sri kamariah dengan teruja

"biasa-biasa aja puan sri...masakan kampung bibik"jawab bibik dengan malu apabila masakannya dipuji.

"betul tok ma...bibik masak memang sedap"ujar puteri lagi.
disebelahnya fayad sedang mengopek isi udang untuk dimakan oleh puteri.

"nanti share resepi dengan saya tau?"kata puan sri kamariah dengan teruja

bibik tersenyum.
"baik..puan sri.."

"mummy dan daddy tidur sini je lah"kata fayad memecah suasana

"memang mummy ingat nak tidur sini,lama tak jumpa puteri..tapi daddy cakap ada meeting awal pagi esok"

"ada projek baru ke daddy?"soalnya

"ye..pembinaan dekat tapak projek dekat Selayang.bukan daddy tak nak bermalam di sini,tapi ada beberapa kertas kerja yang daddy kena siapkan"

fayad hanya angguk saja.
"kerja...kerja jugak daddy,kesihatan tu penting juga.."

"daddy fayad ni bukannya dengar cakap,kerja je yang difikirkannya.bila banyak sangat menghadap komputer tu..mula la pening kepala"

"kalau daddy tak sihat,jangan dipaksa..suruh je Paan uruskan.."ujar fayad menuju kepada adik lelaki bongsunya.

"daddy okay lagi,memanglah..dah tua,ada masa di atas..ada masa di bawah.Paan pun kerja keras sama macam daddy jugak.."

"tengok tu...bukannya nak dengar kata,degil.."
ujar puan sri kamariah sambil menjeling ke arah suaminya di sebelah.

"sama macam papa!"ujar puteri tiba-tiba

terus memecah tawa yang mendengarnya.fayad hanya tersenyum saja.anak bijaknya itu..semakin hari semakin nak bertukar menjadi tokma nya.

usai makan malam bibik membersihkan dapur sebelum pulang.walaupun sudah dilarang keras oleh puan sri kamariah untuk tidak membersih dapur..biar dia saja.tapi tetap bibik berkeras mahu lakukannya.
apa lagi yang boleh dihalang.

beberapa minit kemudian mummy dan daddy pula yang mahu meminta diri.
fayad hanya tersenyum melihat puteri dicium dan dipeluk penuh kasih sayang oleh tokma dan atoknya.

"nanti ajak papa datang rumah tokma selalu tau"ujar puan sri kamariah dengan nada suara sebak menahan tangis

"baik tokma.."ujar puteri yang berada dalam pelukan.

"nanti call atok selalu tau?"ujar tan sri dasuki pula

"macam mana kalau atok ada kerja?"

"demi princess atok...semua kerja atok letak di belakang"

fayad tertawa perlahan.
semakin manjalah nampaknya anak dia yang seorang ini.
"kamu tu...nanti bawaklah puteri datang rumah,cuba ambil cuti sekali...tau lah sibuk,ramai patient..tapi anak pun kena ada masa juga"

"baik mummy.."

"daddy dan mummy pergi dulu?"

fayad angguk saja.
"hati-hati memandu.."

"ye lah.."

kereta berlalu membelah malam.pagar elektrik tertutup dengan sendirinya.

"papa..."panggil puteri sambil menarik tangan fayad supaya duduk setaraf dengan ketinggiannya.

fayad hanya menurut.
"ye sayang...ada apa?"matanya difokuskan pada anak kesayangan.

"siang tadi kawan-kawan puteri datang main dekat rumah.."ujar anak kecil itu dengan perlahan.

"So..? anak papa good girl tak?"soal fayad

"mestilah..kami main rumah-rumah,tapi..."

dahi fayad berkerut.seperti ada keresahan dan kesedihan di suara kecil ini.
"tapi apa sayang...?"

"tapi...dia orang semua ada mama,puteri pun nak mama"ujar anak itu dengan nada perlahan tetapi cukup menusuk ke hati fayad.

anak kecil yang tidak tahu apa-apa ini mengulangi soalan yang sama sejak dahulu lagi.
cuma..jawapannya,hanya fayad yang tahu.
tidak mungkin dia mahu beritahu perkara sebenar pada anak sekecil ini.
biarlah masanya yang tepat akan tiba.

"sayang naik tidur dulu ye? dah mengantuk kan?"balas fayad

"papa selalu takde jawapan!"usai berkata begitu si anak terus berlari meninggalkannya menuju ke tangga dan naik ke atas.

fayad hanya mampu mengeluh.
siapa sangka anak sekecil itu sudah menyimpan perasaan yang terpendam.perasaan yang tidak ada penyelesaiannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience