BAB 4

Romance Completed 8324

Selepas sesi perkenalan wa ta’aruf masa makan tadi, drebar teksi hensem ni suruh kami panggil dia Syaqif je. Dia cakap dia memandu teksi ni part-time untuk tampung sara hidup seharian dia yang sedang belajar.

Dia mahu mencari duit poket sendiri, tidak mahu terlalu bergantung harap kepada orang tuanya dalam soal pembiayaan pendidikannya memandangkan dia pun sudah dewasa. Umur dia pun sudah 22 tahun.

Hurmmm, tua setahun je rupanya daripada aku. Sebagai seorang anak lelaki yang masih kuat lagi berdaya, takkan nak menyusahkan orang tua untuk urusan duit poket bulanan, katanya. Wah, makin aku tabik kat dia ni!

Selesai sahaja proses pembayaran di kaunter restoran, kami bertiga bergegas ke teksi Syaqif. Sejenak, aku berhenti seketika. Ika memandang aku dan bertanyakan kenapa. Sekali lagi, aku menebalkan muka menyatakan niat aku yang sebenar.

“Toilet! Hehe.” Sepatah itu sahaja aku menjawab sebelum berlalu pergi.

Sepantas kilat aku berpatah balik ke restoran mamak itu semata-mata kerana ‘urusan’ itu. Selesai urusan, aku pun bergegas semula ke teksi. Tak manis pula nak tinggalkan Ika dan Encik Syaqif itu berdua lama-lama.

Dari seberang jalan, aku nampak encik drebar teksi sedang bersandar di luar teksinya di bahagian pintu pemandu. Dia sedang menanggalkan cermin matanya dan menggosok-gosokkan matanya. Alamak, tampannya dia tanpa berkaca mata!

Manakala Ika pula berada tidak jauh darisitu, sedang khusyuk melayan keletah seorang bayi perempuan comel-lote yang didukung ibunya. Baru sahaja aku ingin melintas jalan menuju ke teksi milik si pemandu tampan itu, aku dikejutkan dengan satu jeritan. Aku memandang ke belakang. Ahhh, sudah…

“Tolong! Tolong! Peragut!!!” Jeritan itu datang daripada seorang wanita yang sudah terduduk di tepi jalan, tidak jauh daripada tempat aku berdiri.

Molek pulak peragut ini lari depan mata aku. Melepasi aku. Aku pun apa lagi. Nasib baik aku pakai kasut sukan dan track suit hari ni. Memang silaplah peragut weyyy, aku jaguh acara lari pecut 400x400m perempuan masa sekolah dulu. Kau memang sengaja cari nahas dengan aku malam ni, peragut!

Tidak sampai beberapa minit adegan kejar-mengejar, akhirnya dapat aku pintas mamat peragut sengal ni di bahagian tepi bangunan yang tidak ramai orang. Beberapa serangan peragut itu dapat aku patahkan, berkat aku aktif belajar silat daripada zaman matrik hingga ke universiti sekarang ini. Alhamdulillah, tak sia-sia aku belajar silat sampai tahap nak patah riuk tulang-belulang aku dulu.

“Pappp!” Aku cuba patahkan sendi bawah lutut kanan peragut itu. Berjaya! Aku cuba patahkan bahagian sebelah kiri pula. Entah bagaimana peragut itu dapat mengelak. Dia lekas bangun dan cuba menyerang aku kembali.

Aku tangkas elak tumbukan dia menggunakan teknik kilas, aku kunci tangan dia, kemudian sekuat tenaga aku tumbuk bahagian rusuk kanan dan kusepak lutut mamat peragut sengal ni. Terus terduduk dia. Amek kau! Geram betul aku dengan perosak lagi penyusah masyarakat ni!

“Zareen Imtiyaz Imani!” Kedengaran suara Syaqif memanggil aku. Apasallah ramai sangat yang suka panggil nama penuh aku hari ni?

Aku menoleh ke belakang. Syaqif dah ternganga. Alahai, jangan nak ternganga sangatlah encik drebar teksi oi. Takkan tak pernah tengok orang kerjakan peragut kot? Baru sahaja aku berpaling semula untuk‘menghabiskan’ mamat peragut ni, ada sesuatu yang perit terasa di bahagian kiri perut aku. Ya ALLAH, pedihnya!

“Zareen!” Laju Syaqif menuju ke arahku. Dia cukup terkejut dengan apa yang terjadi padaku. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Aku pun turut tergamam. Pedihnya rasa macam nak menangis!

Aku lihat cecair bewarna merah sudah membasahi baju kemeja-T labuh aku. Patutlah pedih! Mangkuk ayun punya peragut, berani kau tikam aku?

Arrrggghhh, pedihnya mak!!! First time kot aku kena tikam macam ni, begini rupanya rasa sakit dia. Tengok pemegang pisau, macam pisau Rambo je ni. Jadi, tajamlah weyyy pisau ni! Kau memang cari nahas wooo peragut alias penikam perutku. Tiada maaf bagimu. Sungguh!

Dapat kulihat Syaqif Hafizuddin ‘menghabiskan’ peragut ini dengan penuh rasa geram sehingga lunyai peragut itu dalam beberapa minit, sebelum orang ramai membantu melunyaikan lagi peragut itu. Terer silat jugak rupanya encik drebar teksi kacak ni. Aku sudah tersandar di dinding bangunan. Menahan perit yang maha sakit!

Lututku berasa semakin lemah. Aku tak berdaya nak menahan rasa sakit ini lagi. Aku pun hanya membiarkan diri aku jatuh.

“Zareen!!!”

Sebelumsempat aku rebah menyembah bumi, dapat aku rasakan ada tangan yang menyambut tubuhku. Dalam pandangan berbalam-balam, dapat kulihat riak kerisauan di wajah suci bersih Syaqif Hafizuddin. Dicempungnya tubuh kecilku menuju ke teksi miliknya. Aku sudah terkulai layu di dalam tangan sasa itu.

“Zareen, don’t sleep, okay. Please, wake up! Stay awake!” Ehhh, mamat hensem ni spikang lagi ke? Aku dah mula mamai kot. Sakit sangat! Rasa macam nak terputus nafas tahan sakit ni.

Ika yang terkejut melihat keadaan kami berduadilumuri darah sudah meraung memanggil namaku. Syaqif menyuruh Ika memangku kepalaku di tempat duduk belakang teksinya. Tidak lupa Syaqif mengingatkan Ika supaya menahan luka di perutku menggunakan kain yang terdapat dalam teksinya bagi mengurangkan pendarahan. Pantas dia memandu ke arah hospital. Mujur hospital terletak tidak jauh daripada tempat kami itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience