BAB 11

Romance Completed 8324

Selesai berwudhuk, segera aku laksanakan solat sunat taubat dua rakaat dan solat sunat istikharah dua rakaat sebelum kumulakan bacaan Al-Quran. Solat sunat taubat itu penting ya. Sebab kita sebagai manusia ni sering leka dan alpa dengan masalah dunia sehingga akhirat dilupa.

Dosa kita yang berlipat kali ganda pun boleh terlupa jika terlalu asyik dengan dunia. Maka, pada saat inilah kita memohon keampunan-NYA jika kita ada membuat ALLAH murka. Solat sunat istikharah pula penting jika kita ragu-ragu dalam nak menentukan pilihan. Bukan untuk pilihan jodoh sahaja yek.

Dalam nak menghadapi peperiksaan pun, selain melakukan solat sunat hajat, kita digalakkan solat sunat istikharah agar mudah memilih jawapan yang tepat semasa menjawab atas berkat bantuan-NYA. Sebab itu kita disuruh meminta-minta dengan DIA. DIA lah penggerak hati setiap hamba-hamba-NYA. Wallahu ‘alam.

Selesai bacaan Al-Quran, aku teruskan bertasbih dan bertahmid. Alhamdulillah, hati aku semakin tenang. Lama-kelamaan entah macam mana aku boleh terlena di atas sejadah. Jam tiga pagi aku terjaga, lalu aku barukan wudhukku dan memulakan tahajjud dan sekali lagi istikharah. Kemudian, baru aku sambung semula tidurku. Kepalaku terasa berat sangat sekarang ini. Seberat ‘beban’yang kutanggung.

“Terima kasih awak, sudi jadi isteri saya. Zareen Imtiyaz Imani, si cinta hati.” Tiba-tiba dia muncul membawa sejambak bunga ros merah yang mekar lagi mewangi. Jambangan itu dia serahkan kepadaku. Aku tersenyum bahagia.

Dia menghampiriku lalu mengucup dahiku. Kehangatan bibirnya dapat kurasakan. Kemudian, kami berjalan seiringan. Berpegangan tangan. Meniti setiap langkah bersama di taman yang mempunyai panorama yang mendamaikan itu.

“Astaghfirullahal ‘azim…” Aku terjaga saat azan Subuh berkumandang. Apakah maksud mimpi ini?

“Maafkanlah dia, Zareen. Dia buat tu bukan sengaja. Dia cuma nak test kau dan nak kau terima dia seadanya.” Ika pula cuba memujukku. Kak Rozalina dan Izreena pula memandang aku sambil menganguk-angguk, mengiakan pujukan Ika. Diorang pun dah penat pujuk aku dari tadi supaya maafkan si malaun tu. Aku hanya diam tanpa sepatah kata. Masih berdegil.

‘Yelah, terima dia seadanya. Sampai dah nak kahwin pun aku tak kena-kenal lagi siapa dia sebenarnya.’ Getus hati aku.

Macam mana aku nak terima dia seadanya kalau aku tak kenal dia sepenuhnya. Selalu keluar sana-sini dengan diorang naik teksi dia tu, memanglah aku percaya itulah dia seadanya. Seorang pelajar universiti dan seorang pemandu teksi sambilan.

“Hurmmmmm…” Akhirnya keluhan kulepaskan.

“Takpelah, kau duduk sini dulu, tenangkan fikiran kau. Kitorang nak pergi order makanan dulu. Kau nak order apa?” Izreena Darwisya a.k.a Minachina pula bersuara.

“Apa-apalah yang best kat kafe ni. Aku tunggu sini je. Aku pun bukannya lapar sangat.” Itu sahaja jawapan yang aku mampu berikan tika ini. Memang takde maknanya aku rasa lapar kalau fikiran sedang runsing macam ni.

“Okey. Baik-baik tau tunggu tu. Kang tak pasal-pasal kena ngurat. Ingat sikit, kau tu tunang orang.”

“Yelah…” Aku mencebik sambil memandang mereka bertiga menuju ke kaunter dan bahagian donut.

Aku memandang sekeliling kafe itu. Reka bentuknya amat unik. Memang dipenuhi dengan mood rileks. Santai je konsep yang digunakan dalam kafe ini. Aku suka.

Tiba-tiba aku ternampak susuk seorang yang amat aku kenali di atas pentas mini di hujung sudut kafe. Seorang yang aku rindui walaupun mulut kata benci. Sungguh segak dia mengenakan topi bowler bewarna hijau gelap, sepadan dengan blazer yang kemas dipakainya. Sepadan juga dengan warna shawl Pashmina aku. Ehhh, dia ni. Tiru aku ek?

Dia mendekati mikrofon lalu kedengaran suara dia berdehem memenuhi ruang kafe. Tali gitar sudah kemas diletakkan di bahunya. Orang ramai sudah memandang ke arah malaun ni.

“Ehemmm… Microphone check. One, two. One, two.”

“Okay, today I wanna wish happy weekend to everyone here first. I hope everyone here are happy, eventhough I am not. Today I would like to perform a song for someone special to me. Which… Insya-ALLAH, I will marry her as planned if she doesn’t keep her hatred to me anymore.

Dear my cute girl wearing beautiful green shawl right there, I dedicate this song for you. Hear me.” Jarinya tepat menunjukkan ke arahku.

Ahhhhh, sudah. Rasa macam semua mata dah beralih arah memandang ke arahku. Penonton di kafe itu dah bertepuk tangan dan bersorak. Geng band dia di belakang turut memainkan peranan dengan alat muzik masing-masing. Dram dipukul. Gitar akoustik dipetik. Lagu pun bermula.

Lagu Menjadi Diriku nyanyian asal EdCoustic yang dia nyanyikan rupanya. Alahai dia ni, dahlah muka sejibik muka vokalis EdCoustic tu, dah tu main pulak lagu tu. Orang dah nyanyikan, kita layan jelah kan. Suara dia pun sejibik wooo. Kagum plus kaget aku dengar.

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Wajahku kan memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan

Menjadi diriku
Atas kelebihanku……….

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Tak mungkin sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience