BAB 14

Romance Completed 8324

Aku… Aku… Aku rasa aku dah dapat jawapannya!

Ya! Aku dah dapatkan jawapannya. Dalam sendu tangisan. Dalam lajunya air mata berjuraian, terukirnya di bibirku akan sebuah senyuman. Jawapan yang kau nantikan, akanku berikan…

“Aku nikahkan dikau Megat Syaqif Fariq Hafizuddin bin Megat Furqan dengan puteriku, Zareen Imtiyaz Imani binti Zariq Ismail Chin dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai.” Kedengaran kuat suara babah yang sedang menikahkan aku dengan dia. Sebak sungguh hati aku saat ini. Selepas lafaz ijab-qabul ini selesai, aku bukan lagi bawah tanggungjawab babah.

“Aku terima nikahnya Zareen Imtiyaz Imani binti Zariq Ismail Chin dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai.”

Setelah semua saksi mengesahkan lafaz yang telah termeterai, maka dengan ini sahlah aku menjadi isteri kepada Megat Syaqif Fariq Hafizuddin.

Usai membaca doa dan dibacakan khutbah nikah kepada kami berdua, terus dia melaksanakan solat sunat nikah dua rakaat. Kemudian, dia menghampiriku untuk melakukan adat pembatalan air sembahyang. Kami menyarungkan cincin ke jari manis antara satu sama lain. Lalu, aku disuruh oleh mak supaya menyalam tangannya.

Kaku aku seketika. Dia dah tersenyum melihatkan aku yang kalut. Tak biasa. Masih kekok memegang tangan dia. Yelah, seumur hidup aku, manalah pernah sentuh tangan lelaki sesuka hati melainkan sentuh tangan babah dan atok aku je.

“Janganlah takut sangat. Saya bukannya nak makan awak pun. Rileks. Cool.” Lembut je dia berbisik ke telingaku. Cuba menenangkan aku. Muka aku dah blushing habis! Hehehe.

Saat aku capai dan sentuh je tangan dia, bagaikan ada arus elektrik bervoltan agak tinggi yang mengejutkan aku.

Kemudian, dia kucup lembut dahiku. Ya ALLAH! Jantung aku berdegup kencang. Lebih hebat degupannya daripada saat pertama kami bertaut mata dulu. Tapi… Perasaan ini lebih mendamaikan.

Mungkin kerana dia sudah halal untukku. Aku berasa lebih selamat dan tenang. Dia suamiku yang sah. Ya ALLAH, bahagianya rasa tika ini. Aku bersyukur atas nikmat yang kau berikan dengan kehadiran dia dalam hidupku, ya RABBI. Syukur, Alhamdulillah…

Hari ini resepsi di belah pihak lelaki diadakan setelah selesainya resepsi di kampungku minggu lepas. Aku bagaikan rusa masuk kampung pada saat awal-awal dia bawa aku ke kediaman atau lebih tepat aku panggil, banglo mewah milik keluarganya.

Sungguh! Seumur hidup aku tak pernah jejakkan kaki di mana-mana kediaman mewah macam ini. Mujur ada Kak Rozalina yang bantu aku menunjukkan selok-belok di dalam banglo ini. Hihihi. Kalau takde penunjuk arah, mau aku sesat dalam rumah ni.

Okey, balik kepada cerita aku kat majlis resepsi belah suami aku ni, tadi aku punyalah tak tahan nak pergi toilet, terus aku mintak Kak Rozalina temankan aku pergi ke tandas. Semua ini gara-gara minum banyak sangat air sebelum majlis bermula. Gugup punya pasal, sebab ramai sangat orang kenamaan yang hadir dekat majlis ni.

Bila aku balik semula ke ‘singgahsana’ raja sehari itu, aku dapati suami tercinta aku pun tiada di situ. Mana pulak dia pergi ni?

Tiba-tiba, kedengaran muzik dimainkan. Aku kenal irama lagu ni. Lembut sahaja. Semakin lebar senyumanku bila dia muncul dengan segaknya lagilah tampan berbusana biru muda. Dia buat lagi. Dia buat lagi…

Aku sudah menunduk malu sambil menggeleng-gelengkan kepala. Alahai, klon vokalis EdCoustic versi lebih muda ni…

Terucap syukurku
Aku memilihmu
Untuk menjadi teman
Hidup setia selamanya

Belahan hati ini
Kini telah terisi
Aku dan dirimu
Mengikat janji… Bahagia

Perlahan-lahan dia menghampiriku. Senyuman tidak lekang di bibirnya. Aku hanya tertunduk malu.

Dan berlayarlah kita renda keluarga
Merentas hidup… Bersama
Aku bahagia
Ku dipertemukan… Belahan jiwaku

Dia menyentuh daguku. Membuatku mengangkat muka memandang tepat ke dalam anak matanya.

Tuhan persatukan kami untuk selamanya
Hingga bahagia di syurga-MU
Pegang tanganku
Tataplah mataku
Engkau ditakdirkan untukku

Tanganku dicapai lalu dipegangnya erat. Memang betul-betul dia tatap mata aku. Lama. Alamak, melting wa cair-mair dah aku ni. Nak tunduk dah tak boleh. Dia dah ‘kunci’ mata aku.

Nyanyian diteruskan. Dia masih bersikap selamba. Tapi sweet! Hehehe.

Ikatan suci ini
Selalu kan ku jaga
Meniti sakinah
Penuh kasih sayang…Dan rahmat-NYA…

Tiba part ni, aku betul-betul rasa macam nak menangis. Sayu. Sebak. Ya ALLAH, mooga rumah tangga kami yang baru dibina ini sentiasa dalam lembayung rahmat-MU. Moga berkekalan hingga ke syurga-MU.

Dan berlayarlah kita renda keluarga
Merentas hidup… Bersama
Aku bahagia
Ku dipertemukan… Belahan jiwaku

Tuhan persatukan kami untuk selamanya
Hingga bahagia di syurga-MU
Kau amanahku…Isteriku tercinta
Engkau ditakdirkan untukku…

Mata para tetamu yang memandang kami sudah tak dihiraukan. Aku tenggelam dalam caranya yang bersahaja. Inilah rupanya yang dia maksudkan sebagai kejutan yang ingin dia berikan pada majlis perkahwinan kami. Aku masih hanyut dalam alunan suaranya.

Dan berlayarlah kita renda keluarga
Merentas hidup… Bersama
Aku bahagia
Ku dipertemukan… Belahan jiwaku

Tuhan persatukan kami untuk selamanya
Hingga bahagia di syurga-MU
Kau amanahku…Isteriku tercinta
Engkau ditakdirkan untukku
Ditakdirkan…Untukku…

Engkau ditakdirkan untukku…Hhuuu…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience