BAB 16

Romance Completed 8324

Aku dah makin pelik. Tiba-tiba malam tadi dia beritahu suruh packing je baju kami berdua lebih sikit. Dia nak bawa aku ke sesuatu tempat yang menarik katanya. Suka bikin(buat) saspens lorh laki aku ni.

“Naik ni? Aku dah tersenyum. Hehehe, teringat kenangan lama weyh. Zaman dulu-dulu sebelum jadi isteri Abang Fariq tercinta ni.Dulu-dulu lah sangat. Aku dengan dia pun baru je kahwin. Poyo betul aku ni. Hehehe.

“Yup. Dipersilakan permaisuriku menaiki teksi hamba yang tak seberapa ini. Harap permaisuriku ini sudilah terima seadanya dengan apa yang telah hamba sediakan.”

“Terima kasih driver kesayangan beta. Hehehe.” Aku cium sekejap pipi dia sebelum cepat-cepat masuk ke dalam teksi yang penuh nostalgia itu. Dia sudah tersenyum lebar. Tidak menyangka.

“Sama-sama kasih, permaisuriku.” Segera dia menutup pintu di bahagianku dan menuju ke tempat duduk pemandu. Yeayyyyy! Dapat dating dengan laki kita ni, naik teksi yang penuh memori kami.

Yang lawaknya bila naik teksi ni, bila lalu berdekatan dengan taman perumahan, mesti ada yang duk tahan kat tepi jalan. Hahaha. Sakit perut aku asyik tergelak tengok orang yang ingatkan teksi ni macam teksi biasa agaknya. Sorry, pak cik, mak cik, adik, kakak, abang semua. Teksi ini bukan untuk disewa ya.

Setelah puas disoal-siasat, barulah aku tahu. Dia dah beli teksi ni daripada awal rupa-rupanya. Sebab ada sentimental valuekatanya. Banyak kenangan kami di dalam ni. Awww, so sweet lah my hubby ni! Haha, aku pulak makin gedik lepas kahwin. Takpelah, gedik dengan laki sendiri aje pun. Jangan jelesss! Huahaha.

Tapi, yang geramnya aku masih tak tahu ke mana arah tuju destinasi kami. Entah bila masanya aku tertidur sampai terlentok kepala aku kat bahu dia ni. Heee… Mintak maaf encik suami. Nasib baik dia okey. Lagi sukaada la Abang Fariq bila dapat bermanja dengan isteri tercinta.

“Sayang, bangun. Kita dah sampai ni.” Aku baru tersedar. Terperanjat sungguh aku bila melihatkan diri sendiri yang sudah terbaring di atas katil. Bila masa pulak aku dah ada kat sini? Dalam keadaan diri yang masih agak mamai, aku sedar yang matanya tak beralih daripada terus memandangku.

“Kita kat mana ni, bang?” Terpisat-pisat aku cuba duduk. Menyandarkan tubuhku di kepala katil.Dia pun berbuat perkara sama. Disandarkan tubuhnya bersebelahanku. Lama juga aku tertidur.

Selepas berhenti seketika di R&R (Rehat&Rawat) di lebuhraya Utara-Selatan untuk bersolat tadi, aku tertidur terus, badanku masih kepenatan dek aktiviti harian sebagai seorang pelajar juga isteri. Sedar-sedar dah ada atas katil macam ni.

Dengan tudung pun dah dicabut entah ke mana. Mesti laki aku yang tolong tanggalkan. Kesian dapat isteri kalau naik kenderaan je mesti ngorok(tidur).

“Kat Desaru je. Sorry, sayang. Abang cuma mampu bawa Iman ke sini je untuk kita honeymoon. Sayang cakap sayang suka luangkan masa di tepi pantai. Itu yang abang bawa ke sini tu. Next time, bila abang ada masa, kita pergi tempat yang lagi best, okay?”

Matanya membulat, nada suaranya konon memujukku memahami apa yang dia cuba sanpaikan. Alahai, comelnya suamiku ini. Dengan mata aku yang masih kuyu, aku tersenyum memandang suamiku.

“Abang yang dukung Iman masuk dalam bilik ni ke tadi?” Dia hanya mengangguk.Tersenyum sumbing. Itu je modal dia. Hehe.

Aku mencapai lembut tangan suamiku. Aku kukucup lembut tangan suami tercinta. Dia terkejut sekejap. Tapi kemudian matanya redup memandangku. Pandangan kami bertaut. Mataku membulat. Anak mataku memandang tepat ke dalam anak matanya. Senyuman nakal terukir di bibirku.

“Abang Fariq, intan payung zamrud umbrella Iman ni. Dengar baik-baik apa yang Iman nak cakap ya.” Aku memainkan jari-jemari aku di janggut sejemput dia tu sambil memuncungkan bibir. Konon seksi lagimenggoda ala Angelina Jolie gitu.

Dia tersengih, jelas kelihatan cantiknya barisan giginya yang kemas tersusun itu. Dia dah faham sangat habit aku sekarang ni. Bermain-main dengan janggut dia yang cute tu!

“Iman faham kalau abang sibuk sangat sekarang ni. Sampaikan abang pun takde masa untuk diri sendiri. Iman tak kisah pun kalau abang nak angkut isteri abang ni pergi mana pun. Iman tak kisahKalau habiskan masa duduk kat rumah aje pun tak apa.

Asalkan abang… Ada masa nak habiskan masa berdua dengan Iman. Untuk temankan Iman dan benarkan Iman sentiasa menemani abang.”

Aku melentokkan kepalaku di dada bidangnya. Tanganku memeluk erat pinggangnya. Tangan kanannya memeluk bahuku. Sebelah lagi tangannya sudah meraih pinggangku. Terasa bibirnya mengucup kepalaku. Menyentuh rambutku.

“Terima kasih sebab sentiasa memahami abang. I love you so much, my wife! My precious love.”

“I love you very very very much too, Abang Fariq!”

Aku pandang semula wajahnya. Pandangan kami bertaut sekali lagi. Kuatnya getaran hati pada tika ini. Getaran cinta sepasang kekasih halal. Gelora di jiwa yang mendamaikan. Melodi cinta rancak berirama.

Perlahan-lahan, bibir Abang Fariq menyentuh bibirku. Kehangatan bibirnya dapat kurasakan. Bahagianya yang kurasa tika ini. Aku tertunduk selepas itu.

Doa dimulakan. Aku hanya mengaminkan.

“Assalamu’alaikum, isteri abang. Izinkan abang…”

“Wa’alaikumsalam abang…”

Kemudian, kami kembali menyulam bahagianya cinta. Penyatuan cinta halal dua orang insan yang salin mencintai. Sentiasa mengharapkan mahligai bahagia yang dibina mencapai redha Ilahi.

Aku amat mencintai dia, pemandu teksi celupku ini. Sanggup merendah diri menjadi seorang pemandu teksi yang berkhidmat untukku yang banyak kelamahannya ini.

Labiu, Mr.Taxi Driver Celupku!

I love you forever. Till jannah hendaknya. Insya-ALLAH!

Moga bahagia milik kami. Moga lepas ni kami dapatlah Syaqif Hafizuddin atau Zareen junior hendaknya. Kalau boleh nak twins! Doakan kami ya. Hehehe. Aamiin ya rabbal ‘alamin.

-TAMAT-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience