BAB 3

Romance Completed 8324

“Errr, maaf cik adik berdua. Boleh tak kalau saya cadangkan kita berhenti solat di masjid depan tu dulu? Saya rasa macam tak elok pula nak lambat-lambatkan solat. Maghrib pun kejap aje kan. Lagipun kan ke elok dapat solat berjemaah. Lebih afdhal dan berlipat kali ganda pahala. Macam mana?”

“Eh, boleh je bang. Lagipun dah masuk waktu solat kan. Kami pun takut terlepas waktu solat aje kang kalau tunggu nak sampai ke hostel.” Hanya Ika yang menjawab soalan encik drebar teksi tu memandangkan mulutku masih terkunci. Sungguh aku tidak dapat berbicara kerana insiden yang memalukan tadi.

Teksi yang kami naiki mula memasuki perkarangan masjid. Sebelum aku dan Ika beredar ke tempat solat wanita, sempat lagi encik drebar teksi itu menghulurkan kad namanya kepadaku.

Dia cakap, takut-takut nanti kami tak jumpa pula dia parking teksi di mana memandangkan drebar teksi itu menurunkan kami dahulu, baru pergi parking teksi dia. Takut benar jika kami yang perempuan ini akan lambat masuk ke dalam masjid, tukasnya lagi tadi.

Dari kejauhan, aku dapat lihat dari ekor mataku betapa jelas terpancar riak kerisauan di wajah pemandu teksi muda itu. Mungkin risau memikirkan jika kami bertiga akan terlambat untuk solat berjemaah.

Sebelum kami memasuki ruang solat wanita sempat kulihat dia parkir teksi dan bergegas ke ruang solat lelaki. Entah mengapa, seakan ada daya tarikan di situ. Aku bagaikan terpukau dengan dia, pemandu teksi tampan ala-ala soleh itu.

Sesudah imam membaca doa, aku dan Ika bergegas melipat dan menyusun telekung yang telah kami guna dan turun ke tingkat bawah. Aku lihat encik drebar teksi sedang menyarungkan stoking sebelum memakai kasut. Sementara aku dan Minachika menunggu dia, aku melihat kad nama dia tadi.

Nama encik drebar teksi muda ni panjang juga. Syaqif Hafizuddin. Sedap nama, seindah wajah. Wajah encik drebar yang terpamer di kad nama itu pun hampir menggugat iman aku lorh. Astaghfirulla al ‘azim…

Segera Encik Syaqif ni bergegas ke arah kami setelah ternampak kami yang sedang menunggu dirinya. Kopiah putih yang kemasterletak di kepalanya dilucutkan lalu disimpan di dalam poket kemeja putihnya itu. Dia tersenyum menampakkan barisan giginya yang kemas tersusun. Alamak, ni yang aku lemah ni! Dalam hati aku tak lepas berdoa.

‘Ya ALLAH, kuatkanlah hati dan iman hamba-MU yang lemah ini! Janganlah dia senyum lama sangat. Aku tak nak cair lagi melting begini.’

Segera aku kalih pandanganku, memandang kubah masjid yang unik itu. Tiba-tiba aku dengar bunyi yang amat aku kenali.

‘Krrukkk… Krruuukkk…’

Ehhh, dengar macam bunyi perut orang laparlah. Aku pandang Ika dan encik drebar teksi itu. Diorang pun pandang aku balik. Diorang ni, buat muka terkejut pulak. Huk aloh, tak pernah tengok orang kelaparan ke? Aku tersengih. Malu!

Perutku rupanya yang berbunyi. Baru aku teringat, daripada tengah hari masa aku keluar tadi, aku cuma telan ‘Kaya Ball’ yang 8 biji RM2 tu dengan secawan air Milo ais je. Patutlah lapar mencucuk-cucuk sangat sekarang ni.

“Kau lapar ke, Zareen?”

Eiii, Minachika ni, dah gaharu, cendana pula. Cubalah cover aku sikit. Ni kuat pulak suara dia tanya. Aku hanya menganggukkan kepala. Takkan nak cakap tak pulak. Dah terang lagi bersuluh kan. Malu gila wooooh. Sekali lagi darah serbu naik ke muka. Habis merah hidung aku. Pipi aku jangan cakaplah, dah macam pakai blusher kot.

“Kita pergi makan dulu?” Tiba-tiba encik drebar teksi ni bertanya.

“Eh, takpelah, nanti mahal pulak charge tambang teksi kalau encik bawa kami pergi makan.” Aku menjawab selamba. Cuba mengelak. Entah daripada mana tiba-tiba muncul pula keberanian aku nak bercakap dengan dia yang menggoyahkan keimanan aku ni. Tapi aku memang sensitif sikit pasal bab duit tambang ni. Aku bukan anak orang senang.

Duit PTPTN yang aku guna untuk sambung belajar ni pun kena fikir banyak kali kalau nak guna. Bukan senang tau nak bayar balik pinjaman ni bila dah kerja nanti. Ni duit pinjaman, mana boleh buat sesuka hati. Buatnya aku dapat kerja bergaji, bolehlah aku bayar sendiri. Nanti kalau dah kerja jadi seorang isteri tanpa gaji, tak ke naya kan?

“Isshh, kau ni, jomlah kita gi makan. Kau tu dahlah ada gastrik, mana boleh leka bab makan-makan ni. Karang jadi teruk lagi macam hari tu macam mana?”

Alamak,Minachika ni pecah rahsia gastrik aku pulak. Macam mintak simpati pulak gayanya. Encik drebar teksi memandang aku dengan reaksi terkejut kemudian kerisauan. Aku pulak boleh buat muka gaya blur. Apakah? Tak pernah dengar orang kena gastrik ka?

“Takpe, saya belanja kali ni. Both of the taxi fare and the dinner treats. So, how?”

Fuiyyyoooo, encik drebar teksi ni spikang English lah. Terpegun aku seketika. Pandai jugak encik drebar teksi hensem ni. Kaya pulak dia ni ek nak belanja kami semuanya. Awalnya, memang aku rasa tak selesa. Tapi…

Hihi, orang dulu-dulu pesan, rezeki jangan ditolak. Aku pandang Ika, Ika pandang aku. Kami tersenyum memandang satu sama lain. Jadi, apa lagi…

“Kami setuju!” Serentak aku dan Minachika menjawab. Nampak materialistik kah kami? Alahai, mohon tolak ketepi dulu semua tanggapan itu. Yang penting, perut kami yang kosong harus diisi dulu. Dah orang nak belanja kan, kami terima saja.

Bukannya kami yang meminta-minta. Tapi dalam hatiku sudah berniat, walau bagaimana sekalipun, aku akan bayar juga tambang teksi itu nanti. Kesian encik drebar teksi itu nanti, takkan dia nak bayar semua. Pokailah dia nanti. Tak mahulah terlalu menyusahkan orang lain pula kan. Tak baik namanya tu.

Akhirnya kami pun selesai menjamu selera malam itu. Segala kos perbelanjaan makan dan minum kami ditanggung oleh Encik Syaqif Hafizuddin, pemandu teksi yang tenang lagi mendamaikan wajahnya ini.

Alhamdulillah tak sudah, suka betul aku dan Ika bila ada orang belanja ni. Bukan kat gerai biasa yang kat tepi-tepi jalan kot dia belanja, tapi kat restoran mamak yang ada prepare dining table malam-malam gini. Kopaklah poket Encik Syaqif ni. Isshhh, kesiannn. Aku dah berkeras nak makan kat gerai biasa, tapi dia lagi berkeras nak makan kat situ jugak. So, aku ikut ajelah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience