BAB 12

Romance Completed 8324

Syaqif menanggalkan mikrofon lalu menghampiri aku perlahan-lahan. Nyanyian dan muzik masih diteruskan. Aku pula tergamam sambil menahan malu. Macam biasa adik-adik, muka akak Zareen dah merah macam udang terbakar la ni.

Mana tak terbakar, orang lain pandang kitorang macam apa kot… Sana sini duk tersengih-sengih pandang kami. Awek bertiga (Ika, Izz dan Kak Rozalina) pun tak ketinggalan menyengih tengok drama Syaqif ni.

Muzik masih rancak dimainkan di atas pentas mini itu. Syaqif pula sudah berada di hadapanku. Dia menghulurkan sesuatu kepadaku. Ehhh, macam kenal je? Diari aku ni!!!

Alah mak, malunya… Syaqif sudah tersenyum simpul lihat aku yang sedang malu-malu kucing. Kemudian, dia berikan pula sekuntum bunga ros merah sebelum dia sambung semula nyanyiannya sambil memandang tepat ke arahku.

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku……….

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Tak mungkin sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki…

“Awak anugerah hidup terindah dalam hidup saya, Zareen Imtiyaz Imani…” Mikrofon sempat di’off’kan dijauhkan daripada mulutnya sebelum dia menyambung bicara.

“Maafkan saya. Saya tak berniat nak tipu awak. Segala penjelasan saya ada dalam tu. Bacalah. Dan kemudian awak nilai sama ada awak mahu menikah dengan saya atau tidak. Terus-terang, saya benar-benar ikhlas nak awak menjadi isteri saya.

Menjadikan awak kekasih halal saya, seorang pemandu teksi celup. Yang hanya berkhidmat sebagai pemandu teksi kepada seorang gadis yang bernama Zareen Imtiyaz Imani…”

Malam itu, selepas sahaja selesai solat Isyak, aku rebahkan diriku di atas katil. Diariku yang diletakkan di atas meja studi kucapai. Kubelek-belek diari itu, ingin mengetahui apalah si Syaqif tu dah buat dengan diari peribadiku ini. Patutlah aku cari diari ni tak jumpa, pada dia rupanya selama ni.

‘Ya, aku tak secantik gadis lain. Aku tak seperti gadis lain yang pandai memasak, mengemas mahupun mahir menguruskan kerja-kerja wanita. Kesukaanku berbeza. Bila kau tengok tangan aku je dah cukup. Beberapa parut kekal yang sudah lama menghiasi tanganku ini.

Aku cuma anak kampung yang dulunya sering comot bermain di kebun. Aku tidak suka permainan anak patung. Kegemaranku ialah bila dapat bermain dengan parang atau kapak. Haha, lucu bila teringatkan aku hampir kehilangan ibu jari kaki kiriku gara-gara bermain kapak. Mujur, aku hanya kehilangan kuku yang kemudiannya tumbuh semula dengan sempurna.

Setelah menjadi pelajar Sains Makanan baru aku tahu memasak dengan sempurna. Mak pernah cakap, siapalah yang nakkan aku ni. Dahlah tak reti masak, dah tu ganas pulak.Tapi ternyata ada juga insan sebaik engkau muncul dalam hidup aku. yang menginginkan aku menjadi isterimu. Tapi… Kenapa engkau perlu menipu???

Adakah kerana aku ini anak kampung yang naïf lagi daif lalu dengan mudah kau menipu diriku? Beginikah caranya engkau cuba memiliku? Apakah yang kau dapat daripada segala penipuan ini. Dulu kau kuterima kerana aku ingin mengubati hatimu yang pernah terluka disebabkan hilangnya insan tercinta.

Tapi apa yang kudapat? Hanya sebuah penipuan…Aku tidak berani memberi cintaku kepada insan yang belum cukup kukenali. Aku jatuh cinta pada engkau dulu atas statusmu sebagai seorang pemandu, sekarang apabila kebenaran diketahui, hatiku bagai dipalu-palu!

Kenapa? Kenapa kau tipu aku begitu? Penipuan yang kau berikan itu lebih sakit daripada parang yang pernah menghiris tanganku dulu. Lebih perit daripada kapak yang melukakan kakiku… Lebih tajam daripada pisau yang pernah menusuk perut aku dulu… Kau kejam!!!’

Ini yang aku catatkan apabila aku rasa bagai ditipu oleh dia dulu. Kata-kata cinta itu hanya terucap di diari. Tak pernah kuzahiri di bicara nyata kerana dia masih ajnabi.

Di hujung helaian diari itu ada dikepilkan sampul surat kecil dan sticky notesyang bertulis : ‘Open Me~^^’

Dengan pantas aku buka sampul surat kecil itu. Di dalamnya mengandungi warkah yang pastinya daripada dia. Kubuka lalu kubaca perlahan-lahan apa yang tertulis.

Assalamu’alaikum, bakal isteriku, Zareen Imtiyaz Imani.

Sebelum awak menghukum saya, izinkan dulu saya memberikan sebutir dua penjelasan. Tolong… Jangan hukum saya begini, Zareen. Saya mohon. Tolong baca apa yang saya tulis ini sehingga habis…

Zareen, adakah begitu sekali sakitnya hati awak kerana saya? Saya benar-benar minta maaf. Saya tak berniat untuk melukakan hati awak. Tolong jangan nilai diri awak sebagai anak kampung yang rendah di sisi masyarakat. Semua makhluk ALLAH sama di sisi-NYA! Yang membezakan hanyalah amalan mereka…

Saya minta maaf saya ceroboh diari awak. Tak sengaja. Betul! Diari awak terjatuh semasa awak pergi tenangkan diri di tepi laut dulu. Maaf, Zareen. Saya follow awak senyap-senyap lepas Ika beritahu awak masih bersedih lepas tahu siapa saya sebenarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience