BAB 9

Romance Completed 8324

Tamat sahaja lagu itu, aku ingatkan dah habis terus, rupa-rupanya ada lagi yang ingin dia bicarakan. Gitar dia letakkan di tepi. Kemudian, dia kembali menyambung bicara.

“Zareen Imtiyaz Imani, terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerana sudi terima saya yang banyak kekurangan ini. Terima kasih sudi terima saya yang hanya seorang pemandu teksi celup awak ni.”

“Jangan pernah berhenti berdoa agar jodoh kita berpanjangan. Bukan hanya bertahan sehingga di pelaminan. Hingga ke jannah hendaknya. Terima kasih sekali lagi untuk segalanya, Zareen. Hurm, okey tu je kot saya nak cakap. Seganlah nak cakap lebih-lebih. Tunggulah nanti kita dah rasmi baru saya cakap lebih-lebih. Hehe.”

Hahaha. Dalam sendu, rasa nak tergelak pun ada aku dengar ayat pemalu dia ni. Takpe takpe, malu itu kan sebahagian daripada iman.

“Okey, sekian. Itu sahaja daripada saya insan yang penuh kekurangan, Syaqif Hafizuddin. Assalamu’alaikum and good night, my future wife. Don’t forget to perform your tahajjud tonight. Jangan asyik duk mimpikan saya je pulak. Ok, babai.”

Dia sempat melambaikan tangan dan sempat pulak dia mengenyitkan mata sebelum video itu tamat.

Alamak, apahal aku rasa nak menangis dalam penuh rasa terharu pulak ni bila dia cakap macam ni? Ececece, makin dekat hari pernikahan. Makin dia nak sweet-sweet bagai pulak. Tapi betul juga, selain usaha untuk menuju bahagia, doa dan tawakkal perlu diseiringkan untuk mencapai keberkatan dalam kebahagiaan.

Terus kepala aku ligat berputar saat pertunangan kami dilanda badai… Okey, ready? Flashback lebih sikit ehhh.

Siapa sangka kini aku sudah pun bergelar tunangan seorang pemandu teksi sambilan bernama Syaqif Hafizuddin. Kami akan dinikahkan tidak lama lagi. Berapa lama lagi? Hurmmm, tak sampai sebulan setengah lagi kot rasanya.

Huahahaha, boleh main rasa-rasa pulak aku ni kan. Betullah, sekarang ni kitorang dah nak kahwin. Keluarga kami mecapai kata sepakat nak ikat pertunangan kami selama dua bulan je. Tak nak lama-lama. Bahaya! Sebab kami berdua ni pun masing-masing darah muda.

Sekarang ni kami tengah sibuk dengan persiapan barang hantaran dan segala bagai kot. Tapi aku cuma ikut campur dalam urusan pakaian pengantin je sebab ianya memerlukan ukuran saiz yang bersesuaian dengan bentuk badan dan ketinggian aku.

Aku amat cerewet bab pakaian. Yelah, sebab ia melibatkan aurat kan? Mana boleh pakai bajunya fit ikut rap(tangkap muat) je, itu bukan tutup aurat, tapi membalut aurat.

Yang lain-lain aku dah serahkan kat keluarga kami untuk uruskan macam mana sekali pun. Nak tunggang-terbalik ke, ribut taufan ke gayanya, aku tak kisah. Pada aku, pernikahan dan walimah itu yang lebih penting. Aku tak naklah grand sangat, kitorang pun student lagi kot. Buat apalah nak tunjuk sangat ‘kemewahan’ majlis perkahwinan itu kan. Takut hilang keberkatan.

Hari yang amat mendamaikan apabila sudah bergelar tunangan orang ini adalah apabila tiba hari yang sudah dijanjikan. Kami berdua ditemani Ika, Izreena, Abang Faiz dan Kak Rozalina menuju ke butik pengantin D’RizQ untuk mencuba pakaian pengantin dan busana pernikahan yang akan ditempah khas.

Sejujurnya, awal-awal lagi aku berkeras tak nak menempah di butik itu. Nampak mahal sangat sangat sangat kot! Tapi Abang Faiz berjaya ‘menundukkan’ aku. Tak habis-habis dia cakap, “Bolehlah, Zareen…”

Demi dia katanya. Dia nak sangat tengok adik dan bakal adik ipar kesayangan dia ni nampak cun-melecun masa majlis perkahwinan kami nanti. Aishhhh, ni yang aku lemah segala lutut dan urat saraf ni. Tak boleh kalau orang baik-baik duk merayu ni, memang lemah dan cair-mair aku. Adik-beradik sama je perangai, tau je cara nak menundukkan aku.

Tak ketinggalan, Kak Rozalina pun sama, menyokong sahaja kata-kata suaminya, menyuruh aku menurut sahaja. Ika dan Izreena pun berkomplot dengan laki bini ni suruh aku bersetuju! Ishhhh, kalah teruk aku dengan diorang ni.

Aku pandang Syaqif, dia buat dunno je. Dia cakap, semuanya terserah pada aku. Tapi kalau dia, dia tak nak melawan cakap abang kesayangan dia. Alahai, dia ni!

Aku mengalah jua akhirnya. Lagipun, Abang Faiz cakap segala kos perbelanjaan busana pengantin itu masuk poket dia. Demi adik terchenta lah katakan. Cehhh, encik doktor pakar ni ada poket tebal kan. Okey, aku turutkan aje! Jangan nanti kami dah kahwin, dia tuntut suruh bayar balik pulak, memang aku cekik-cekik kau Abang Faiz. Huahaha…

Setelah jenuh mencuba itu ini, akhirnya dapat pun yang diidam-idamkan. Tapi, aku tak reti nak describe macam mana baju dan tudung aku ni. Yang penting busana tu cantik, menutup aurat dan sepadan dengan busana pasangan idaman aku jugak. Hehehe. Tema warna putih ala-ala snow untuk majlis pernikahan.

Tema di majlis pihak lelaki pula berkonsepkan ‘Frozen’. Huuu, nasiblah, kartun animasi tu kan tengah popular sekarang. Jangan ada yang menyanyi lagu ‘Let ItGo’ masa majlis tu sudah le. Aku rela tanggal kasut lari balik rumah kalau ada orang buat cenggitu(macam itu) kat wedding aku. Huhuhu…

Manakala di pihak keluarga aku pula, kami memilih konsep yang berlainan. More to Chinese-Javanese concepts. Tema warna merah, ungu dan gold serta batik Jawa menjadi pilihan. Hehehe.

Yelah, walaupun aku ada campuran darah Melayu-Cina tapi aku tetap ingat yang aku ni ada keturunan Jawa dan dibesarkan dalam suasana Melayu-Jawa. Thanks a lot to perunding perkahwinan di butik itu, Abang Faiz dan Kak Rozalina yang mencadangkan konsep-konsep begini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience