BAB 13

Romance Completed 8324

Saya nampak awak menulis dalam diari itu.awak menangis sepuas-puasnya seorang diri. Selepas itu barulah Ika dan Izz datang menenangkan awak. Sayu benar saya melihat awak masa tu. Bagai disiat-siat jantung saya ini kerana telah melukakan hati seorang gadis sebaik awak.

Kalaulah kita sudah mempunyai ikatan sah, pasti saya akan datang mengesat air awak dan meminjamkan bahu saya untuk awak menangis. Macam yang awak pernah cakap dulu. Sejurus awak beredar daripada tepi pantai tu, saya nampak buku diari awak ini elok terletak di atas batu di tepi pantai yang awak duduk.

Itu yang diari awak ini berada dalam simpanan saya. Sungguh terobek hati saya saat membaca tulisan awak berkaitan penipuan saya.

Imtiyaz, sejak pertama kali saya jumpa awak dulu. Saya dah tertarik dengan cara awak. Ya, saya tertarik dengan cara awak yang selamba tapi sentiasa besederhana. Kononnya ganas tapi masih ada sisi kelembutan Muslimah yang ada dalam diri awak,dimana hanya orang tertentu sahaja dapat menilainya. Awak selalu terlepas cakap bila kalut, tapi dengan comelnya try nak cover sampai merah2 muka. Hehehe.

Mengenang kembali pertemuan pertama kita. Masa awak mula-mula masuk teksi saya dulu… Siapa sangka sampai merah muka awak macam udang bakar bila awak tersedar awak terlepas cakap saya handsome macam penyanyi kesukaan awak tu. Hehe, terima kasih.

Tapi siapa sangka. Pertemuan pertama kita, hampir meragut nyawa awak! Saya amat terkejut, Zareen! Awalnya, memang saya sangat kagum dengan keberanian awak ingin menumpaskan peragut tu. Siapa sangka, bakal isteri saya ni seorang pesilat yang terer juga rupanya.

Tapi… Bila saya memandang awak yang dah berlumuran darah. Bila awak hampir rebah ke bumi. Bila saya melihat mata awak yang layu. Bila awak tak sedarkan diri. Saya takut sangat, Zareen! Saya takut saya akan kehilangan seorang lagiinsan yang sudah mulai mencuri hati saya ini.insan yang ingin saya sunting menjadi isteri.

Betapa saya menyalahkan diri saya tika itu. Akan tetapi bila awak tersedar, bagaikan ada bicara daripada pandangan mata awak yang menyatakan apa yang terjadi atas awak adalah takdir. Awak memaafkan saya walaupun saya tak bersalah. Supaya saya berhenti menyalahkan diri sendiri. Saat itu. kita berbicara hanya melalui pandangan mata.

Ya ALLAH, tak dapat saya gambarkan betapa saya rasa bersyukur sangat akhirnya awak kembali semula selepas tiga hari tak sedarkan diri.

Mengenai pertemuan pertama kita… Memang pertemuan pertama kalikita dulu itu telah saya rancang. Saya telah mengetahui serba-sedikit mengenai awak sebelum pertemuan pertama kita dulu. Ummi saya telah cadangkan kepada saya untuk memperisterikan awak. Ummi dan abitelah lama memasang niat untuk menjodohkan saya dan awak.

Mereka ingin melihat saya bahagia sekali lagi setelah saya kehilangan Rania pada majlis pertunangan kami dulu. Pada awalnya, saya hanya menurut kata-kata ummi memandangkan ummi bertegas benar-benar berkenankan awak, anak sahabat baiknya sebagai menantu.

Saya amat terkejut apabila ummi menunjukkan foto awak. Rupa awak ada iras-iras Rania! Insan yang amat saya rindui dan selama ini bertakhta di hati.

Maaf, saya bukan cuba nak menjadikan awak pengganti dia. Saya rasa awak pun sudah tahu, Rania sudah lama pergi menghadap Yang Maha Esa. Cuma, kebetulan ini yang membuatkan saya ingin lebih mengenali awak. Saya rasa Kak Rozalina pun dah beritahu awak kan?

Yang awak dan arwah Rania cukup berbeza dari segi perlakuan. Tapi kelainan itulah yang menjadi daya tarikan. Tarikan untuk saya menguatkan azam dalam misi menjadikan awak kekasih halal saya.

Ummi beritahu saya lagi yang awak ini jenis yang tak pandang orang pangkat atau berkedudukan tinggi. Awak fobia dengan kes awak pernah dimaki orang kaya sombong suatu tika dulu disebabkan awak ni hanya seorang gadis kampung biasa.

Lagi satu, ummi ada beritahu yang mak awak ada pesan, awak ni liat sangat untuk ditundukkan. Perlu ada cara dan taktik yang betul kalau nak cairkan hati awak ni.

Jadi, kalau nak dekati awak, saya perlu ada strategi. Sana sini saya minta pendapat semua ahli keluarga dan teman rapat saya dan sahabat awak. Bertanya itu ini mengenai awak. Akhirnya, saya pun berpakat dengan sahabat baik awak, Zalikha Huzaimah dan Izreena Darwisya dalam menjayakan misi ini.

Mulalah peranan saya sebagai seorang pemandu teksi ‘celup’ . Nasib baik abi saya memang ada kawan yang mengusahakan syarikat menguruskan teksi komersial berdekatan dengan tempat belajar awak. So, saya pun mulakan misi penyamaran saya sebagai seorang pemandu teksi yang hanya berkhidmat untuk awak.

Saya tak pernah berniat hendak mempermainkan awak, Imani. Saya hanya ingin menguji jika benar apa yang ummi cakap, awak ini seorang yang tidak mementingkan orang berdarjat tinggi.

Imani, jika penipuan ini benar-benar mengguris hati awak, saya minta maaf sekali lagi. Tolonglah jangan batalkan pernikahan kita. Tinggal setengah bulan sahaja lagi, Imani! Saya berjanji, termeterai sahaja ikatan pernikahan antara kita.

Saya akan berterus-terang dengan awak tentang segala-galanya yang awak ingin tahu tentang saya. Tiada lagi rahsia. Tiada lagi penipuan. Saya hanya akan menjadi diri saya, yang akan berkhidmat sepenuh masa sebagai suami dan imam awak.

Awak telah muncul dalam istikharah saya. Dan melalui diari awak jugalah, saya dapat tahu yang saya juga pernah mucul dalam mimpi awak sebagai suami awak selepas awak beristikharah dan berisytiharah…

Izinkan saya, Zareen Imtiyaz Imani…Untuk menjadi imam awak…

P/S : Awak tak pandai masak ke? Mak awak cakap awak expert gila masak macam-macam lepas bergelar student Sains Makanan. Kalah chef kalau pekena air tangan awak ni. Lagi satu, awak kasar macam mana pun, saya terima.

Sebab hati saya akan jadi terlalu lembut, hanya untuk awak. Saya terima awak seadanya… Awak sempurna di mata saya sebagai seorang bakal isteri yang menghiasi syurga rumah tangga…

Sekian.

Yang benar, insan yang ingin menjadi kekasih halalmu,

M. Syaqif Fariq Hafizuddin~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience