BAB 8

Romance Completed 8324

Seusai mandi dan mengeringkan rambutku, aku pun segera mencapai beg kertas yang diberikan Syaqif tadi. Eh eh, ada VCD lah. Di kertas pembalut VCD itu ada dilekatkan sekeping kad.

Kadnya bertulis :

‘Kepada Bakal Zaujahku, Zareen Imtiyaz Imani. Ikhlas daripada : M. Syaqif Fariq Hafizuddin. P/S : Thanks for accepting me as your future husband. ^_^’

Huahaha, mesti korang terkejut kan? Tiba-tiba je nama dia berubah jadi lebih panjang. Sebab nama dia inilah, aku hampir nak putuskan pertunangan kami sebelum ni. Sebab apa? Nanti aku ceritakan. Sekarang ni aku nak tengok dulu apa yang dia duk bubuh dalam VCD ni.

Dengan pantas aku meletakkan VCD itu di tempat pemain VCD di laptop HP aku.Jangan lupa pasang earphones dulu, beb. Malu nanti kalau roommates aku lagi dua orang ni dengaq.

Butang play di skrin laptop aku tekan. Video pun bermula. Kelihatan Syaqif sedang duk adjust kamera. Hihihi, lucu pulak tengok muka dia sebesar alam memenuhi skrin laptop aku. Sesudah hal mengejas kamera itu selesai, Syaqif duduk pula di kerusi.

Dicapainya gitar akoustiklalu irama terhasil daripada petikan gitar itu. Hurmmm, sedap jugak dengar. Macam kenal je rentak lagu ni. Tiba-tiba si Syaqif ni bersuara.

“Dear my future wife, Zareen Imtiyaz Imani. Nampak tak? Okey, nampak kan?Earphones dah pasang? Okey, awak sorang je tau boleh dengar. Jangan bagi orang lain tengok.”

Huk aloh, dah lama dah earphones terletak kemas kat telinga aku ni.

“Okey. Semua set? Come hear this.” Dia pun tersenyum manis lalu mula menyanyi sambil memetik gitar. Ya ALLAH, lagu ni… Favorite kami berdua kot!

Tak perlu aku ragui
Sucinya cinta yang kau beri
Kita saling kasih mengasihi
Dengan setulus hati

Ayah ibu merestui
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi
Cinta kita pun bersemi

Sebelum diijabkabulkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari ilmu rumahtangga
Agar kita lebih bersedia

Menuju hari yang bahagia
Kau tahu ku merinduimu
Ku tahu kau menyintaiku… Oh… Kasih…
Bersabarlah sayang

Saat indah kan menjelma jua
Kita akan disatukan
Dengan ikatan pernikahan… Oh… Kasih…
Di sana kita bina

Tugu cinta,
Mahligai Bahagia
Semoga cinta kita
Di dalam redha Ilahi

Berdoalah selalu,
Moga Jodoh berpanjangan…

Aku tergamam. Hatiku berdetak kuat. Sedap kot suara dia ni. Dia nyanyikan aku lagu Kasih Kekasih yang dulu famousdinyanyikan kumpulan nasyid InTeam. Sungguh lidahku kelu! Tiba-tiba, video menunjukkan yang Syaqif berdehem.

“Ehemm! Amacam, Zareen, okay tak?” aku dah menjelirkan lidah. Kerek gak mamat ni ek.

“ Wait! Tunggu, tunggu. Jangan tutup dulu video player awak tu, ada satu lagi untuk awak, bakal isteriku.”

Huk aloh dia ni. Ingatkan habis dah. Hilang feeling nak tangkap cintan melihatkan dia sekerek ini. Adehhh lah, encik tunanganku. Apa lagi awak nak buat???

Gitar terus dipetik.

“Hear this one too. Cik tunanganku.” Ehhh, dia ni ada antenna ke apa? Baru kejap dalam hati aku panggil dia encik tunangan, sekarang dia pulak panggil aku cik tunangan. Hehe, nampak tak? Nampak tak?Sorrylah, aku pun nak terikut kerek sama pulak.

Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih

Insan yang ku sayang
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini

Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syari’at
Menguji kekuatan, keteguhan iman
Insan yang berkasih…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience