BAB 10

Romance Completed 8324

Doktor berdua ni cakap, takpelah, diorang nak tengok kitorang punya wedding nanti cantik-cantik sebab wedding diorang dulu pun buat biasa-biasa je sebab nikah pun kat negara orang, time Kak Rozalina masih study kat USA dulu.

Selesai segala urusan tempahan, kami pun bergegas untuk solat Zohor berjemaah di salah sebuah masjid berdekatan situ. Selesai sahaja solat dan makan tengah hari, mereka menghantar kami pulang ke rumah orang tuaku di kampung memandangkan aku pun sedang cuti pertengahan semester sekarang ini.

Ika dan Izreena tumpang sekaki lagi. Sebab diorang pun sekampung dengan aku. Huhuhu, Minachika dan Minachina ni memang takkan berpisah dari sisi aku selagi aku tak kahwin katanya. Duk menyendeng je kerjanya. Tak puas berkepit dengan aku dari kecik sampai masuk U pun sama-sama. Asyik cakap sedih nanti aku dah kahwin tak dapat nak menyendeng kat aku lagi. Alahai, sahabat-sahabatku ini.

Kebetulan saat tiba sahaja di rumah orang tuaku di kampung, azan Asar berkumandang. Aku jemput mereka semua solat dahulu di rumah. Kami solat berjemaah dan babah aku yang jadi imam. So sweet lah babah aku ni. Hihihi.

Selesai solat, aku tolong melipat sejadah yang telah digunakan. Syaqif ni pun menyibuk nak tumpang sekaki. Alahai, pergilah join abang awak gi berbual dengan babah sana. Sibuk betul! Adalah ni dalam kepala dia plan nak menyakat aku ni.

Entah di mana silapnya, sedang dia mengangkat semua sejadah yang aku suruh dia angkat, dia boleh tersadung. Berkat tikar mengkuang yang dihamparkan di ruang tamu rumah aku itu.

Huahahahaha, aku pun tergelak sakan. Dia pandang aku bengang je. Marah betul tengok aku gelakkan dia. Ehhh, bukan salah kita. Awak yang langgar tikar tu, bukan kita yang buat okey.

Lepas tu mak bebelkan aku suruh jaga kelakuan, tak molek anak dara duk gelak macam tu. Dahlah yang digelakkan tu bakal suami sendiri. Terus terdiam aku bila mak tegur aku. Syaqif pula dah tersengih kepuasan tengok aku kena ceramah free dengan mak.

Boleh dia bagi aku thumbs up?! Eeiiiii, mamat ni kecik besau kecik besau je aku tengok kau. Selepas itu, terus dia blah joinbabah dengan Abang Faiz kat beranda rumah. Mak pulak terus ke dapur, tengokkan Ika, Izz dan Kak Rozalina lepas puas bebelkan aku. Eiiiii, tak aci betul.

Tiba-tiba aku terpandang sesuatu depan mata aku yang membuatkan aku rasa macam nak menyetan kejap. Hehehehehehe. Aku rasa macam aku kenal sangat-sangat apa bendanya tu. Dompet Syaqif!!! Ni mesti dia tercicir masa dia jatuh tergolek tadi ni. Aku pandang kanan. Aku pandang kiri. Line clear! Cepat-cepat aku ambil dompet tu dan sorok bawah tudung aku.

Sepantas kilat aku masuk bilik aku. Hehe, siap kau abang Syaqifku sayang. Bakal isterimu yang ‘baik’ ni nak ‘pedajal’kan dompet kesayanganmu satgi. Aku buka dompet dia. Ada IC dia, lesen memandu, kad matrik pelajar dan beberapa keping duit not RM50 dan RM100 yang pada aku agak tebal dalam tu. Kaya jugak dia ni? Macam bukan pemandu teksi sambilan je?

Aku belek-belek kad pengenalan dia. Tengok gambar dia yang handsome meletup ni. Apa aku nak buat ek??

Ehhh, kejap, nama dia? Alamat dia?

Aku baru tersedar sesuatu…

“Ni kereta kau?”

Sengaja aku tunjuk riak muka terkejut. Walhal, aku sudah pun tahu perkara sebenar. Dia hanya menganggukkan kepala. Memandang aku sayu dengan mata redupnya. Aku tersenyum sinis. Hati aku masih sakit. Tiada lagi ‘saya-awak’.

Aku hanya ber’aku-engkau’ sahaja dengan dia sekarang ini. Rasa marah dan geram aku kat dia ni masih membuak-buak. Kalau boleh dizahirkan, rasanya macam air yang menggelegak bila dipanaskan. Dan kalau ada air panas tu depan mata aku, memang aku simbah je kat dia ni.

“Cantik! Mewah! Tapi…”

“Kau kalau datang nak tunjuk berapa biji kereta mewah, kereta besar yang kau ada, baik kau blahlah. Aku takkan pernah terpikat dengan kekayaan kau. Semua tu sementara je. Kalau setakat harta ni kau dapat dari mak bapak kau yang kaya-raya tu, aku tak heran. Yang aku cari bukannya tinggi kekayaan tetapi tingginya keimanan. Tapi sekarang yang aku dapat hanyalah satu penipuan…”

Aku terus berlalu pergi meninggalkan dia. Terpinga-pinga dia.

Kecewa. Itu yang aku rasakan sekarang. Dia anggap aku ni perempuan ke betina? Sebrutal-brutal aku, aku masih ada hati dan perasaan untuk dihormati sebagai seorang perempuan yang bermaruah. Walaupun aku hanya seorang anak kampung! Hati aku sakit! Lebih perit dari luka tikaman yang aku terima beberapa bulan lepas.

“Zareen! Tunggu! Berilah saya peluang jelaskan semua ni dulu..”

Aku buat-buat tidak dengar. Langkahku semakin aku lajukan. Dia hanya meraup mukanya. Kekesalan memenuhi hati kami berdua.

Aku hanya memandang kosong ke arah skrin laptop. Mata tertancap ke arah skrin tapi fikiranku terbang entah ke mana. Sungguh lari semua idea bila teringatkan insiden aku ‘sembur’ mamat tu tadi. Apa aku bersalah jugak ke sebab marahkan dia? Tanpa memberi secebis pun peluang untuk dia membuat penjelasan.

Tadi aku nampak dia cuba beri penjelasan. Tapi… Ego aku menghalang daripada mendengar apa yang dia nak cakapkan. Aku takut andai ditipu lagi. Cukuplah aku ditipu selama ni.Salah dia jugak. Ego aku meneguhkan lagi pendirian aku dalam menyalahkan dia.

Padahal, daripada awal aku dah bagitahu dia, dalam sebuah perhubungan, kejujuran dan kesetiaanlah yang memainkan peranan. Lebih-lebih lagi dalam menuju gerbang perkahwinan.

“Serabut!!!” Mana nak jadinya assignment aku tatkala fikiran tengah berserabut macam ni. Lantas aku bangun daripada meja studi dan bergegas untuk berwudhuk. Itu yang sering aku amalkan bila fikiran kusut mulai menguasai diri.

Aku perlukan ketenangan. Ianya akan hadir apabila dapat kulantunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Pesanan mak dan guru-guruku dulu tidak mudah untuk kulupakan. Apabila kita rasa buntu terhadap sesuatu, mintalah petunjuk-NYA sebagai pembuka jalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience