BAB 2

Romance Completed 8324

“Kau dah tak marah kan?” Gadis yang merangkap sahabat baik aku yang mesra dipanggil Ika atau Minachika(hak milik ciptaan Zareen Imtiyaz Imani je gelaran ni.. Huahuahua) bertanya.

“Ehhh, mana kau tau? Kau guna nujum eh, Minachika?”Soalan sengal pulak aku ajukan kepada Ika. Terus Ika membulatkan matanya. Konon macam terkejut la tu. Childish sungguh cara kau, kawan. Tapi terserlah kecomelan kau, Ika. Eiiii, ni yang aku tak jadi nak buat-buat marah ni.

“Mana ada guna nujum-nujum ni. Dosa tau tak?”

“Zareen…” Ehhh, betullah dia ni spesis kucing Pussy tu. Aku pulak yang rimas bila dia capai tangan aku dan medekatkan kepala dia kat bahu aku. Dah tu boleh pulak dia pandang aku dengan buat mata comel dia tu.

“Issshhh, budak ni ada jugak aku cepuk kang. Nak apa? Ce cita terus. Dahlah lambat ni.Duk gesel-gesel macam kucing miang pulak. Jadi ke tak nak keluar ni?”

“Hah, itulah yang aku nak bincangkan dengan kau. Aku jadi nak keluar.” Dia menepuk meja batu itu kuat. Terperanjat aku!Nasib baik tak melatah lagi.

“Tapi..”

“Tapi apa pulak?” bikin saspens sungguh malaun Minachika ini.

“Aku rasa kita kena naik teksi lah. Izreen tak dapat ikut sebab pensyarah dia tiba-tiba buat kuiz mengejut. So, takde driver lah kita.” Bersusah-payah Ika cuba menjelaskan dengan tangan dia pun siap ada gesture sekali.

Aku hanya mengangguk. Inilah kelemahan kami. Tak tahu memandu walaupun umur dah 21 tahun. Maklumlah, belum mampu nak ambil lesen kereta lagi. Masing-masing takut nak pegang stereng kereta. Huahaha.

Nak keluar pergi mana-mana memang selalu bergantung harap kat Izreena Darwisya, seorang lagi geng trio kami untuk menjadi ‘drebar terhormat’ kami. Huhu, sedih sungguh. Nasib baik Izreena sudi membantu, tapi pada jika ada situasi sebegini berlaku, tak daptlah kawannya itu menolong. Terpakasa naik teksilah jawabnya.

“Oh, aku okey je. Tambang macam biasa, separuh-separuh bayar. Ngeee.” Giliranku pula buat muka comel.

“Okey, set! Jom, kita pergi, budak comel.”

“Jom!”

Setelah selesai membeli barang-barangan keperluan kami, aku pun mengesyorkan untuk terus pulang ke kampus memandangkan senja mulai bertandang. Zalikha Huzaimah a.k.a Minachika, sahabat kesayangan aku ini hanya bersetuju. Dia pun sudah kepenatan ke sana ke mari mencari bahan-bahan untuk dijadikan bantuan membuat tugasan yang diberikan pensyarahnya.

Seperti biasa, kami pulang menaiki teksi yang tadinya Ika dah call awal-awal. Saat baru masuk je ke dalam perut teksi, aku amat terkejut! Bapak mudanya drebar teksi ni! Raut muka dia jangan cakaplah. Bersih suci kot. Macam ada nur di wajah dia. Terpancar cahaya keimanan gitu kata orang. Makin kelu lagi sedu aku bila abang drebar tu senyum ke aku. Abang ke? Tengok muka dia macam sebaya pun ada. Lama aku ternganga sebelum Ika tegur aku.

“Zareen!”

“Hah? Kenapa? Ada apa? Ada ribut taufan ke?” Aku baru tersedar kembali ke dunia nyata. Bertubi-tubi soalan mengarut keluar daripada mulut aku.

“Kau ni dah kenapa? Abang drebar tu tanya nak gi mana, kau pulak duk ternganga.”

“Errr, sorry. Drebar teksi ni handsome sangatlah, Ika! Muka dia… Ada iras-iras Aden, penyanyi EdCoustic tu!” Macam biasa, aku tak biasa meng’abang-abang’kan lelaki ajnabi dalam bicara nyata.

Alamak! Baru aku perasan. Aku dah terlepas cakap! Aku menepuk-nepuk mulutku. Macam mana boleh cakap kuat-kuat ni.Darah panas mula menyerbu muka. Malunya aku! Tengok gaya, macam drebar teksi tu dengar je apa yang aku cakap.

Tapi aku tak tipu! Muka dia sebijik tak tumpah wajah Allahyarham Aden, vokalis kumpulan nasyid Edcoustic feveret aku tu. Dengan janggut sejemput dia tu. Sebijik gila kot! Tapi drebar teksi ni lebih handsome lah. Sebab muka dia ada ‘nur’ dan lebih muda. Huhuhu…

(P/S : Al-Fatihah untuk arwah Kang Aden yang telah menghadap Ilahi pada 30/12/2013).

Encik drebar teksi yang masih tampak ketampannya walaupun berkaca mataitu hanya tersenyum melihatkan pengakuandan kelakuan aku. Dia sempat berdehem sebelum suasana sepi seketika. Dia hanya bersikap selamba dan perjalanan dimulakan. Teksi yang dipandu encik pemandu tampan itu semakin laju membelah laluan jalanraya.

Ika pula mengusap-usap belakang aku, menepuk-nepuk bahu aku, konon memahami aku sedang malu tahap maksima saat ini. Tapi dari reaksi Ika, aku tahu, dia tengah nak tahan gelak sebab dia tutup mulut dia guna sebelah lagi tangan dia sambil menunduk, membuang pandang ke arah luar tingkap teksi. Baik dalam kesengalan jugak Minachika ni.

“Ika, kau dah bagitau kan nak gi mana?” Aku cuba memecahkan kesepian yang membekukan kepala otak ni.

“Dah.” Ika menjawab ringkas. Masih cuba menahan daripada tergelak.

“Okey.” Aku kembali senyap bila terdengar alunan azan Maghrib berkumandang dari corong radio.

Aku meraupkan tangan ke muka seusai membaca doa selepas alunan azan tamat berkumandang. Sempat kukerling, encik drebar teksi pun melakukan perkara yang sama. Meraupkan mukanya menggunakan tangan kirinya. Tangan kanan dia masih memegang stereng. Hurmmm, entah kenapa hati aku berdetak kencang pula ni?

Aku terkejut bila mata kami bertaut di cermin sisi pandang belakang. Cepat-cepat aku menundukkan pandangan. Aku tidak mahu jatuh kepada tahap zina mata pula. Bahaya! Jantung aku semakin laju berdetak. Dup dap dup dap! Atau dalam bahasa biologinya, lup dup lup dup! Ohhh, tidak!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience