BAB 4

Romance Completed 8324

Dalam perjalanan, aku cuba mengucap dua kalimah syahadah. Aku tak tipu pasal rasa sakit itu, ya ampunnn, rasanya macam nyawa itu bagaikan telur di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja boleh terbang melayang. Entah-entah malaikat maut dah kat sebelah aku nak tarik nyawa aku.

Ya ALLAHU, ya rabbi, ampunilah segala dosa dan salah silapku jika ini merupakan nafas terakhir yang dapat kuhirup di bumi-MU ini.Mak, babah, ampunkan dan halalkan makan minum Zareen selama 21 tahun ni ya. Ehhh, kejap.

Aku dah solat Isyak ke belum ni ek? Ya ALLAH, apa nak jadi kalau aku mati dalam keadaan belum bersolat? Aku dah tergolong dalam manusia yang alpa. Dapatkah aku digolongkan dalam kalangan wanita solehah dan orang yang beriman jika aku mati nanti? Dapatkah aku digolongkan dalam bidadari-bidadarimu di syurga nanti? Jika solatku pun masih belum sempurna, bagaimana?

Air mata bergenang, memenuhi tubir mataku. Aku menangis sepuas-puasnya. Bukan lagi kerana kesakitan, tapi kerana takut jika aku mati dalam keadaan belum bersolat. Bagaimanalah nasibku di sana nanti?

Azabnya pasti lebih perit daripada tikaman yang aku dapat ini. Aku semakin lemah. Pandanganku yang tadinya dipenuhi air mata semakin kelam. Kelam, kelam, dan akhirnya gelap… Sepekat gelapnya langit malam itu.

“Zareen, bangun Reen! Kita dah nak sampai ni.” Ika semakin kuat mengongoi melihatkan aku yang sudah tak sedarkan diri.

“Keep her stay awake, Zalikha!” Syaqif pula bersuara. Cemas sungguh dia!

“She already closed her eyes, Syaqif! Please, hurry up!”

Suara Ika dan Syaqif tak dapat lagi kudengari…

Mata kubuka perlahan-lahan. Peningnya kepala, lenguhnya badan yang aku rasakan sekarang ni. Kat mana aku sekarang ni? Hidup lagi ke dah mati ni? Melihatkan siling di atas kepala yang bercorak mendamaikan mata, rasa macam hidup lagi je ni. Kupandang ke sebelah kananku, ada sekujur tubuh insan yang amat aku rindui sedang tertidur. Mak!!! Rindunya mak!

Tangan mak menggenggam erat tanganku. Dapat aku rasakan hangatnya tangan emak. Aku menggerakkan jari-jemari aku, kemudian cuba bersuara memanggil mak. Tapi, suaraku lemah. Perutku masih berasa perih. Baru aku ingin bersuara sekali lagi, ada suara yang menyapa gegendang telinga aku.

“Zareen, awak dah sedar?” Lembut sahaja suaranya tetapi dapat kukesan kendurnya nada suara itu. Tanda kerisauan dan keletihan. Aku mencari-cari pemilik suara itu. Syaqif Hafizuddin??? Dia tersenyum tawar memandangku.

Aku pula hanya memandang dia. Aku cuba mengukir senyuman di bibir pucatku. Pandangan kami bertaut. Daripadaanak matanya, dapat kubaca, dia sedang menahan tangis. Seakan merisaukan aku.

‘Syukur awak dah sedar, Zareen. Syukur, Alhamdulillah. Saya minta maaf atas apa yang dah terjadi kepada awak!’

‘Awak tak salah, Syaqif. Apa yang terjadi memang dah taqdir yang ditentukan untuk saya. Saya redha.’

‘Tapi, saya masih rasa bersalah. Saya benar-benar minta maaf dengan awak, Zareen Imtiyaz Imani!’

‘Saya maafkan. Walaupun bukan salah awak, Syaqif Hafizuddin. Dah, tak perlu risau atau sedih-sedih lagi.’

Entah korang nak percaya atau tidak, tapi perbualan dua hala itu terjadi antara kami saat pandangan kami masih lagi bertaut. Macam ada telepati pulak antara kami berdua. Berbual melalui komunikasi minda.

“Zareen, kamu dah sedar, nak? Syukur ya ALLAH” Terpisat-pisat mak yang baru terjaga mendekati aku. Mencium dahiku. Aku cuba tersenyum. Tapi air mata sudah laju menuruni pipi. Sayu. Rasa bersalah sangat hati ini dah buat mak risau dengan keadaan aku. Mesti mak bersusah-payah mak dari kampung nak tengokkan aku ni.

“Maafkan Zareen, mak! Zareen dah buat mak risau.” Itu sahaja kata yang aku mampu tuurkan. Lemah sungguh suaraku.

“Takde apa nak dimaafkan, Zareen. Anak mak dah sedar ni pun, mak dah cukup bersyukur. Tiga hari lebih kau tak sedarkan diri, nak. Risau betul kami. Nasib baik Ika, Izreena dan Syaqif ni ada tolong tengok-tengokkan kamu.”

Syaqif tolong tengok-tengokkan aku? Aduhhh, malunya!

“Zareen! Kau dah bangun? Ya ALLAH, kau tahu tak risaunya aku?! Aku ingat aku dah nak kehilangan kau, sahabat terbaik aku ni!”

Entah daripada mana, tiba-tiba muncul si Minachika, sahabat kesayangan aku ni. Sendu betul suara dia. Alahai, kesiannya kau teman. Maaf, aku tak dapat bangun nak kesat air mata kau. Badan aku masih berasa lemah sangat sekarang ni. Izreena pula ada di sebelah Ika tanpa sebarang bicara.

“Ika…”

“Izz…” Izreena Darwisya hanya memandang aku sayu.

Setelah hampir beberapa hari aku dirawat di hospital itu, aku dapati luka di perutku semakin membaik walaupun belum sembuh sepenuhnya. Peritnya masih terasa. Dengar katanya si Syaqif dan Ika, banyak juga jahitan yang aku terima. Aku tak berani nak tanya doktor pasal luka aku ni lebih-lebih. Seriau kot.

Sedang aku melayan perasaansambil mendengar lagu “Muhasabah Cinta” nyanyian EdCoustic yang dimainkan di telefon pintar Samsung Galaxy W aku.

Muhasabah diri atas apa yang telah terjadi, tiba-tiba aku dikejutkan dengan kedatangan seorang doktor muda yang tidak pernah lekang dengan senyumannya yang manis ini. Aku membalas senyuman yang dia berikan olehDr. Rozalina. Pantas dan cekap doktor muda ini melakukan pemeriksaan ke atas diriku.

Walaupun dia masih muda, aku dimaklumkan yang dia adalah antara salah seorang doktor pakar yang paling berpengalaman di hospital ini. Berkelulusan medik di salah sebuah institusi medikal terkenal di USA katanya. Bidang pengkhususannya tidak pula aku ketahui.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience