BAB 15

Romance Completed 8324

Suaranya sungguh mendayu, mengakhiri lagu. Aku bagaikan terpukau! Hingga tak menyedari tepukan para tetamu yang bagaikan datang menghadiri konsert. Huahahahaha. Dah tersedar, baru aku reti segan. Nasib baik hari ni memang dipakaikan blusher, so, dapatlah cover ‘blushing semulajadi’ aku tu.

Ummi dan abi, kedua-dua mertuaku itu menghampiri kami. Senyuman lebar juga tak lekang di bibir mereka. Tidak putus-putus mereka mengucapkan terima kasih kepadaku kerana sudi menerima Syaqif semula. Sudi menjadi menantu mereka.

Aku sangat tertarik dengan cara mertuaku dan ipar-duaiku yang amat low profile walaupun mereka ini boleh dikatakan antara keluarga jutawan. Mereka cakap buat apa menunjuk-nunjuk. Harta dan segala yang kita ada di dunia ini hanyalah pinjaman semata-mata.

Cukuplah mensyukuri setiap nikmat yang ada. Jika kita ada rezeki lebih, berilah kepada mereka yang tiada. Kerana rezeki yang kita dapat itu, tak semuanya hak kita. Ada bahagian hak orang dalam setiap rezeki yang kita terima daripada-NYA. Bak pepatah Arab yang aku belajar masa sekolah dulu, “Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.”

“Apa pandang-pandang?”

Aku dah cuak. Dah apasal laki aku ni pandang aku lain macam dengan senyum sumbing dia tu. Kacau daun betul. Aku baru nak layan cerita Tiga Abdul kat siaran Astro Prima. Tengah part best ni!

“Huahahahahaha…” Tak kusedari rupa-rupanya laki aku ni nak cium pipi aku. Tapi aku dah sembamkan muka aku kat sofa terlebih dahulu. Geli hati lagi seriau tengok babak yang dilakonkan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan watak isterinya yang dilakonkan oleh pelakon veteran, Sarimah. Terduduk kembali dia. Muka kecewa!

“Iman!!!” Itu panggilan yang dia panggil aku lepas kami sah bergelar suami isteri. Aku pula panggil dia Abang Fariq. Kod nama ni hanya untuk kami berdua je tau!

Dia pandang aku tak puas hati. Kecewa lah tu!

Aku ni bukan apa. Goosebump ooohhh! Meremang bulu roma tengok adegan romantik lagi sayang-menyayang antara watak suami isteri yang dilakonkan dalam cerita Tiga Abdul tu. Hahaha, sampai laki sendiri nak beromantik sikit pun tak dapat. Hihihi.

Aku masih cuba membiasakan diri hidup berdua dengan dia di kondominium yang telah disediakan untuk kami sejak dulu lagi. Alhamdulillah, makan pakai dia aku dapat jaga sebaiknya walaupun aku masih bergelar seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda semester ketiga.

Cuma bila dia nak beromantik lebih sikit je, aku tak berani lagi. Huhuhu, silap-silap ada tercium sofa bila dia curi-curi cuba nak cium aku macam tadi. Hahaha, kesian encik suami, tersilap timing. Lagi bila dapat isteri yang nakal dan suka mengusik macam aku ni. Makan hati berulam jantung je lah gamaknya. Baru tau sekarang ni siapa lebih suka menyakat siapa. Hahaha!!!

Dia dah lama jugak grad. Patutlah poket tebal, dia dah lama kerja dengan abi dia rupa-rupanya.

Kemungkinan Abang Fariqku ini yang akan ambil-alih teraju syarikat warisan keluarganya memandangkan Abang Faiz tak berminat dalam menguruskan hal-ehwal bisnes ni. Abang Faiz lebih berminat dalam bidang medikal katanya.

Dah namanya pun doctor kan. Abi tak boleh buat apa kerana abi tak pernah menghalang minat anak-anaknya. Selagi ianya tidak menyalahi agama. Ini yang aku suka sangat kat abi! Hihihi.

Aku tak kisah apa pun pekerjaan yang Abang Fariq aku lakukan. Yang aku pandang bukan pangkat dia, tapi tahap kehebatan dia dalam menjadi imam dalam keluarga kami. Masa baru-baru nikah dulu pun, teruk jugak dia ‘kena’ dengan aku sebab hal dia tipu aku dulu tu.

Huahahaha. Nasib baiklah laki aku ni sabar dalam menghadap aku lagi menunggu aku menerima dia sepenuhnya. Alhamdulillah, kini aku dapat terima dia seadanya.

Seorang Ketua Pegawai Operasi ataupun COO sebuah syarikat milik bersama keluarganya. Bukan seorang pemandu teksi rupa-rupanya. Tapi gayanya yang cukup bersederhana amat memukau jiwa. Menggamit perasaan seorang anak kampung sepertiku yang biasa-biasa sahaja.

“Kita nak pergi mana?” Dia senyap je.

“Abang Fariq, kita nak pergi mana?” Aku bertanya lagi. Tak puas hati selagi tak dapatkan jawapan.

“Mana boleh cakap. Nanti dah tak surprise. Sayang, sabar eh? Nanti sayang tau jugak.” Dia hanya menjawab sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience