BAB 6

Romance Completed 8324

Yelah, aku ni pelajar Sains Makanan je, apalah yang aku tahu sangat tentang dunia medikal ini. Tapi… Aku memang suka sangat lihat doktor seorang ini, bagaikan seorang kakak melayan seorang adik tiap kali dia datang menjengukku.

“Assalamu’alaikum adik. Adik macam mana hari ni? Dah rasa okey sikit tak?” Ramah sungguh dia bertanya. Antara kami memang dah beradik-kakak sahaja sekarang ini. Dia cakap wajah aku mengingatkan dia kepada adiknya yang telah lama pergi menghadap Ilahi.

Itu yang dia rasa macam ada chemistry je dengan aku ni. Aku pun follow jelah, orang baik dengan kita, kita kenalah baik semula dengan dia kan?

“Alhamdulillah, kak. Dah bertambah baik. Berkat bantuan akak and abang sayang akak tu. Saya dah bertambah okay. Hehe.”

Baru sahaja aku bicarakan tentang abang sayang kak Dr. Rozalina ni, dia pun muncul bersama-sama Syaqif. Kedua-dua jejaka tampan jalan seiringan dan mempamerkan senyuman manis mereka. Indahnya ciptaan ALLAH! Cair kau! Tapi aku lebih cair tengok Syaqif. Hehehe. Yang sebelah Syaqif tu akak Rozalina ni punya, tak boleh nak cair sangat.

“Zareen, how are you today?” Dr. Faiz a.k.a abang sayang Dr. Rozalina ini bertanyakan khabarku. Cukup ramah gaya dia bertanya, bagaikan seorang abang yang melawat adik dia pulak. Mereka berdua cukup besederhana dalam penampilan mereka selama aku dirawat oleh mereka. Low profile gitu! Sweet sangat diorang ni!

Walaupun Dr. Faiz ini merupakan seorang ketua bagi segala doktor-doktor di unit kecemasan di hospital ini, dia akan tampil ala-ala romantik bila Kak Rozalina ni ada depan dia. Selalu aku nampak dia kenyit mata kat isteri dia yang cantik plus pandai ni.

Kadang-kadang selamba je Dr. Faiz ni pergi dekat isteri dia, tolong betulkan tudung isterinya yang agak senget depan aku. Lepas tu, sempat lagi dia ni cubit manja hidung isteri dia, sampai segan Kak Rozalina depan aku. Hissshhh, jelesnya tengok kemanisan mereka ni.

Boleh kena diabetes aku. Mak, Zareen nak kahwin jugak! Huahuahua, gatai sungguh aku ni. Beruntung kak Rozalina dapat suami setampan dan sebaik Dr. Faiz.

“Alhamdulillah, I’m really fine, doc. Thanks a lot for both of you. I’m really grateful for your help.” Aku menjawab lalu menguntum senyum. Rasa bersyukur dipertemukan dengan insan-insan yang baik selepas adegan yang hampir meragut nyawa aku itu.

Kedua-dua doktor ini tidak habis-habis memberi kata semangat dan terpegun dengan ‘keberanian’ aku kononnya. Seorang gadis muda begitu berani berkorban nyawa menentang penjenayah katanya gitu. Haha, aku rasa nak tergelak sangat-sangat bila sweet couple husband and wife ni panggil aku macam tu. Lucu betul diorang ni. Berkorban nyawalah sangattt kan.

“Hai, ucap terima kasih kat diorang berdua je ke? Saya ni takde siapa pun nak ucapkan terima kasih.” Tiba-tiba ekkk mamat Syaqif ni nak menyampuk.Membuatkan lidah aku kelu pulak. Macam biasa, pipi aku akan blushing secara semula jadinya. Cepat-cepat aku kalih pandangan, buat-buat pandang siling hospital.

“Buat apa pandang atas tu, bukannya ada apa pun. Pandang saya lagi bagus, terus blushing semula jadi pipi awak tu. Macam mana ek boleh merah, tak yah guna blusher tu. Comelnya alahai.”

Makin galak dia menyakat aku. Eiiii, Syaqif ni memang cari pasal dengan aku. Bakal je dia tu ‘penyelamat’ aku sebelum ni, dan bukan muhrim aku. Kalau tak memang rasa nak sekeh-sekeh je kepala dia ni. Eeeiiii… Sabar Zareen. Sabar!!!

Awatlah mamat kedaun ni boleh berubah 180 darjah? Dulu masa awal-awal kenal dalam teksi tu takdelah banyak mulut dia ni. Sekarang… Huyyy, kalau tak dihentikan oleh Dr. Faiz ataupun Kak Rozalina, mau sampai pengsan agaknya dia sakat aku.

Nasib baik dia punya idea menyakat aku tu mencuit hati aku, kalau menyakitkan hati, memang makan kakilah jawabnya. Tapi takpe takpe, dia ni ambil berat pasal hal-ehwal aku. kak Rozalina ada bagitau yang Syaqif ni sampaikan termenung dengan tangan penuh darah lepas dia hantar aku kat unit kecemasan minggu lepas. Risau sungguh tentang keadaan aku.

“Issshhhh, kau ni Syaqif. Kesian Zareen, kau sakat dia sampai macam tu sekali. Dah macam udang terbakar je aku tengok Zareen ni. Bagilah dia berehat dulu. Kang ada pulak dia pengsan dek penyakit sakat-menyakat engkau ni.Dahlah luka dia tu masih belum cukup sembuh.

Dah, dah, sini kau. Kesian heroin kita ni.” Terus Dr. Faiz memegang bahu Syaqif dan menarik dia keluar. Syaqif hanya menurut langkah yang diatur sambil senyuman lebar terukir di bibirnya. Suka sangat ehhh mamat ni buat aku blushing. Aku menjeling sekilas, dapat aku lihat dia mengenyit mata ke arahku.

Ahhh, sudah. Aku pulak menunjukkan penumbuk aku yang tak seberapa ini ke arah dia dengan riak kegeraman menghiasi wajahku. Semakin galak dia ketawa. Last-last, kepala dia disekeh Dr. Faiz, padan muka kau! Huahaha. Thanks, Dr. Faiz. Kita geng!

Kak Rozalina pulak dari tadi duk menyengih tengokkan drama sebabak kami ini. Oh, aku lupa nak bagitahu, Dr. Faiz tu selain suami Dr. Rozalina, dia juga sebenarnya abangnya si Syaqif ni. Entah berapa banyak betul kebetulan kan?

Aku pun baru tahu bila kak Rozalina bagitahu, kalau tak, sampai la ni aku tak tau. Syaqif ni bukannya suka cerita sangat pasal diri dia and family dia kat aku. Tau menyakat je ada la. Tapi kata kak Rozalina, Syaqif itu hanya akan rapat dan kuat menyakat orang yang istimewa di hati dia sahaja.

Kak Rozalina bagitahu aku lagi yang dia bersyukur takdir mempertemukan aku dengan Syaqif dan aku berjaya membuat Syaqif tersenyum semula. Dua tahun lalu, Syaqif hampir kemurungan apabila bakal tunang kesayangannya pergi buat selama-lamanya pada hari pertunangan mereka gara-gara terlibat dalam kemalangan.

Insan kesayangan Syaqif itu pula tak lain tak bukan, adik Kak Rozalina itu sendiri! Omaiya, connection by connection lagi family diorang ni. Sebab itu, Kak Rozalina cakap, bagaikan ada bayangan adik dia dalam diriku. Mungkin itu penyebab kenapa Syaqif mudah mesra dengan aku. Cuma bezanya, arwah adik Kak Rozalina tu lemah-lembut orangnya, aku pulak ganas na’uzubillah sikit! Huhuhu.

Semasa aku tak sedarkan diri tiga hari tu pun, Syaqif bagaikan tidak terurus makan minumnya. Sama macam masa Rania, adik Kak Rozalina tu meninggal dia punya sedih. Tidak putus-putus dia bertahajud dan membuat solat hajat supaya aku kembali pulih. Agar aku sihat seperti sedia-kala. Dia rasa bersalah sangat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience