BAB 7

Romance Completed 8324

Syaqif fikir kejadian aku ditikam itu disebabkan dia. Kalau dia tidak panggil nama aku waktu itu, pasti aku tidak ditikam. Ya ALLAH, kenapalah kau ni Syaqif nak main salahkan diri sendiri pulak. Itu kan dah takdir ketentuannya. Dah tertulis aku memang nak kena tikam hari tu. Isshhhh… Sedih pulak aku dengar.

Dunianya ketika itu hanya di wad aku dan juga surau di hospital itu. Dia tidak mahu berenggang atau lewat daripada mengetahui khabar mengenaiku. Dia tidak mahu kehilangan aku, kata Kak Rozalina.

Masa aku dengar cerita kak Rozalina tu, sebak kot! Tak sangka minah Muslimah brutal macam aku pun mengalirkan air mata dengar cerita macam ni. Ishhh isshh isshhh, yelah, cerita tunang meninggal time nak bertunang, dah tu rasa sedih dan bersalah sebab kita, siapa yang tak sedih kot.

Cuba korang bayangkan??? Aku bayangkan sekejap je pun habis jatuh title ‘kebrutalan’ aku. Huhuhu. Hati seorang perempuan kot, ganas macam mana sekalipun, akan meruntun juga bila dengar cerita sedih macam ni.

“Saya suka awak.”

“Saya, Syaqif Hafizuddin sukakan awak, Zareen Imtiyaz Imani.”

Anak matanya merenung tepat ke dalam anak mataku. Mulut aku dah melopong. Terkejut! Kejap-kejap, bagi aku fahamkan apa yang dia cakap ni. Otak aku tak berapa nak cerna lagi dengan kata-kata dia tadi. Ehhhh. Dia cakap dia suka aku ke?

Syaqif Hafizuddin confess kat aku? Pada waktu-waktu macam ni? Biar betul… Biar betul lelaki pujaan hati yang aku sukadalam diam selama ini confess kat aku??? Omaiya… Lidah aku dah semakin kelu.

Betullah apa yang kak Rozalina cakap berulang kali, Syaqif memang sukakan aku. Cuma dia lambat menyatakan. Sekarang bila ada ancaman orang baru suka kat aku, baru dia berani nak confess ekkk. Itu inferiority complex seorang Syaqif Hafizuddin katanya. Huahaha.

Thanks encik adik junior yang membuat Abang Syaqif awak ni tergugat dengan keberanian awak yang berani confess kat Kak Zareen awak ni depan-depan dia, si taxi driver yang kononnya sangat segan nak bagitau dia pun suka kat kita jugak. Huahahaha, ingat lagi masa tu aku dan Ika nak naik teksi Syaqif ni nak pergi Pusat Bandar.

Tiba-tiba ada pulak student Diploma ni datang dekat dan beritahu yang dia suka kat aku. Siap bagi coklat bagai lagi pulak tu. Yang aku ingat, aku nampak Syaqif kelihatan cemburu sangat waktu itu walaupun dia cuba berlagak tenang. Okey, cukuplah flashback tu. Balik semula kepada kejadian tadi. Hehehe.

Aku jadi segan nak pandang lama-lama wajah si dia yang masih kelihatan tampan walaupun berkaca mata. Getaran hati ini. Alamak, aku tak sukalah macam ni. Payah juga hati ni bergetar pada saat ada orang yang kita suka, confess kat kita.

“Saya nak awak jadi isteri saya yang sah dan ibu kepada bakal anak-anak kita. Saya nak jaga awak, Zareen. Be my angel in our marriage life? Tapi, saya tak taulah kalau awak sudi nak terima saya seadanya. Saya nak tahu jika awak sanggup bersuamikan seorang pemandu teksi macam saya ni.

Yang masih menampung pengajian saya dengan menjadi seorang pemandu teksi sambilan. Saya tak sama macam Abang Faiz.” Nadanya. Cukup merendah diri. Seolah-olah dia tidak layak untukku. Oh, sungguh, jangan begitu, Syaqif! Aku hanya meronta di dalam hati.

Tapi apa yang kuzahirkan ialah wajahku yang memandang dia serius. Mataku tajam memandang dia. Seolah-olah aku sedang marah dengan apa yang telah dia bicarakan. Padahal, otakku sedang ligat menyusun kata untuk memberikan jawapan.

“Status pekerjaan bukan pengukur utama dalam tiket mencari calon suami saya. Keimanan dan ketakwaan yang ada dalam seorang lelaki itu yang lebih utama. Saya mahukan seorang imam untuk saya dan anak-anak saya. Seorang yang boleh menjadi payung ketika kami ditimpa hujan.

Seorang yang boleh meminjamkan bahunya ketika saya ingin menangis. Seorang yang boleh menegur saya jika saya tersilap dalam mengambil langkah menuju redha Ilahi. Seorang suami mithali kepada saya dan seorang bapa yang baik kepada anak-anak saya yang akan membimbing kami menuju syurga ALLAH. Itu ciri-ciri penting seorang suami pilihan saya.

Tidak kisahlah apa jenis pekerjaannya sekali pun. Waima, jika dia hanya seorang pengutip sampah sekali pun, saya terima jika dia seorang yang mementingkan agama dan kebajikan keluarga.” Tegas aku menekankan prinsip aku dalam memilih pasangan hidup idamanku kepada dia. Dia memandang tepat ke dalam mataku. Cuba memahami maksud di sebalik kata-kataku.

“Kalau betul awak sukakan saya dan ingin memperisterikan saya, awak tahu cara yang betul, kan? Saya masih ada orang tua. Mintalah izin daripada mereka.”

Ternyata dia memahami maksudku yang tersirat di sebalik yang tersurat itu. tidak berapa lama selepas itu datang rombongan meminang di rumah orang tuaku di Johor. Daripada siapa lagi jika bukan daripada pihaknya. Aku dipinang oleh lelaki idaman pujaan hati! Ya ALLAH, bersyukur tak terhingga rasanya!

Kali ini Kak Rozalina pula yang bermurah hati belanja kami semua makan. Hehe, best betul dapat bakal ipar-duai doktor-doktor yang murah hati ni. Makan kat Seoul Garden kot. Huahahaha, as usual babe, rezeki jangan ditolak. Entah macam mana Kak Rozalina dan Abang Faiz ni pun boleh ‘kamceng’ dengan kawan-kawan aku sekali ni.

Mana taknya, masa kat hospital tak habis-habis si Ika dan Izreena ni suruh doktor berdua ni tengok-tengokkan, rawat-rawatkan, dan jagakan aku dengan sebaik mungkin. Siap mention tu yang aku ni sahabat dunia akhirat diorang. Huhuhu, terharu beb. Last-last, bukan aku sorang je jadi adik kesayangan Dr. Rozalina dan Dr. Faiz ni. Diorang pun join sekaki.

Setelah masing-masing kekenyangan, Syaqif pun menghantar kami bertiga(aku, Ika dan Izreena) pulang ke kampus kami.

Sampai sahaja di perkarangan kampus, Syaqif keluar dan menghulurkan satu beg kertas kecil kepadaku. Dia siap pesan aku hanya boleh tengok apa yang ada dalam beg kertas tu bila aku dah tiba di bilik hostel nanti. Aku hanya menurut dan mengucapkan terima kasih sebab hantar kami semua balik.

Malas nak banyak cakap dengan dia ni. Dia pun bukan banyak cakap. Walaupun kami dah bertunang, tapi masih ada batas-batas syari’at dan adab yang perlu dijaga. Ika dan Izreena pulak dah terlebih excited tengokkan aku dengan Syaqif. Hai la korang ni… Macam diorang pulak tunangnya Syaqif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience