BAB 14

Other Series 39345

Hari ini hari raya..ramai sanak saudara berkunjung ke rumah mereka.Aku dan Shahril segak berbaju Melayu.ini adalah kali pertama aku mengenakan baju Melayu.Malam semalam,bunga api dan bunyi mercun menggamatkan suasana malam raya menandakan berakhirnya bulan Ramadhan.Sepanjang tempoh Ramadhan,aku terpaksa mengikat perut untuk menghormati Mak senah dan Shahril yang sedang berpuasa..Penat berpuasa bukan kepalang.Tetapi setelah tiba waktu berbuka dan menikmati juadah,penatnya hilang serta merta..Nikmat pula yang terasa…

“Selamat…Hari Raya..hari untuk kita bersuka ria..setahun..hanya sekali..merayakan hari yang mulia ini..”Jerit kanak-kanak kampung.Mereka menyanyi dengan girangnya.Inilah masa untuk mengumpul duit dengan banyak bagi mereka yang masih bergelar kanak-kanak.

Aku dan Shahril sibuk melayan keletah saudara mara ibunya yang datang.Mereka sempat memuji-muji kehebatan kami berniaga.Pernah juga beberapa kali orang menegur rumah mereka yang usang.

“Kenapa dah banyak duit,tak ganti rumah Shahril?”tanya Saudara lelakinya.

“Kami selesa tinggal di rumah pusaka ayah kami.”Itu sahaja jawapan yang sering diberi Shahril ketika ditanya bermacam soalan mengenai rumah mereka.Sebenarnya Shahril lebih suka hidup bersedarhana.walaupun wang yang diperoleh sudah banyak,Dia tidak Lokek untuk menghulurkan sedekah.Aku menikmati kuih raya dan ketupat yang disediakan Mak senah Dan Shahril.Sungguh enak..

“John..Lepas ni mak aku ajak pergi rumah sepupu aku dekat Jasin.Kita naik kereta kancil aku tu..Kau ikut ya..Aku nak kenalkan kau dengan seseorang.”Kata Shahril.Aku mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience