BAB 6

Other Series 39363

Esok paginya,Aku bersarapan bersama Shahril dan ibunya.

“Jemput makan nak..ni je yang mampu mak cik sediakan”Kata Mak Senah sambil tersenyum.

“Wah..sedapnya..terima kasih mak cik..nanti kalau saya dah kerja,saya belanja mak cik makan pula..”Kataku..sambal ikan bilis disantapku dengan gelojoh.Aku makan dengan lahapnya.

“Makan perlahan-lahan..takut tersedak pula nanti..”Kata Shahril.Shahril dan mak senah mengangkat tangan untuk membaca doa makan.aku termalu sendiri.

Selesai makan,kami duduk di ruang tamu.Tiada perhiasan di bahagian ruang tamu.Yang ada hanyalah meja kayu kecil yang telah usang.

“Mak..kami rasa,kami nak kerjalah…kerja apa yang sesuai untuk penganggur macam kami?”Tanya Shahril pada ibunya.

“Dalam dunia ni,rezeki ada di mana-mana sahaja..Cuma bergantung pada kita untuk mencarinya..kita tak boleh terlalu memilih kerja..yang terlalu memilih akan ketinggalan..Mak cadangkan korang berdua berniaga je..Rasulullah s.a.w. juga berniaga satu masa dahulu..9/10 rezeki dalam dunia ni berpunca daripada perniagaan.”kata ibu Shahril.

“Betul cakap ibu…kita berniaga nak tak John?”tanya Shahril kepadaku.

“Boleh je..aku ikut je..aku pun dah tak sabar nak mulakan kerja..”Kataku penuh bersemangat.

“Kita nak berniaga apa?”Tanya Shahril..Aku mengangkat bahu..Aku dan Shahril terus memandang mak Senah mengharapkan jawapan.

“Macam ni..Manusia zaman dahulu,mereka makan untuk hidup..dulu diorang makan sikit-sikit je..Diorang makan je apa yang diorang ada.Makan je apa yang diorang tanam.Tapi peredaran masa yang sentiasa berubah turut mengubah sikap manusia.Manusia sekarang bukannya makan untuk hidup…tapi..hidup untuk makan..Kehendak mereka melebihi kepeluan..Kilang-kilang terpaksa menguruskan sumber-sumber yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad..”Kata mak senah lancar..Aku melopong..Mak senah seperti pakar ekonomi yang mengkaji permintaan manusia.Sungguh luas pengetahuan Mak senah.Aku sendiri tidak arif dalam bidang ekonomi.

“oh..jadi cadangan mak tu nak suruh kitaorang meniaga makanan lah ya?Tapi nak meniaga makanan perlukan modal yang tinggi.”Kata Shahril.Aku mengangguk..Aku sedar aku orang miskin.aku adalah lelaki yang tidak mampu membantu menyumbangkan wang pada sahabat sendiri.Mak Senah menanggalkan cincin dan rantai emas di tangannya.

“Nah..ambil cincin dan rantai ni..pergi gadai..Wangnya boleh dibuat modal awal perniagaan kamu..”Kata Mak Senah sambil tersenyum.Shahril tahu sebenarnya ibunya berat hati mahu memberi barang peninggalan arwah ayahnya.Shahril terharu.Dia menggeleng-geleng kepala.

“Eh..tak boleh mak…Ni je barang yang arwah ayah tinggalkan untuk mak..Shah tak boleh terima..”Kata Shahril.

“Tak apa..arwah ayah cakap,barang ni akan berguna satu hari nanti..Arwah ayah cakap,barang ni boleh digadai jika keluarga kita ditimpa masalah kewangan satu masa nanti…dan mak rasa inilah masa yang tepat..”Kata ibunya.Shahril memeluk ibunya.Jauh di sudut hati dia berjanji akan menuntut semula rantai dan cincin ibunya selepas digadai.

“Makanan apa yang kamu nak jual?”Tanya mak senah.

“Shah pun belum ada idea..John…kau rasa makanan apa yang sesuai dijual?”Tanya Shahril pula.

“Hmmm..masa dekat rumah lama kita kan…aku suka sangat makan cempedak goreng dengan pisang goreng yang kau masak tu..sedapnya luar biasa..lazatnya sehingga menjilat jari..tak kering gusi…Lagi panas lagi rangup..Apa kata kita berniaga cempedak goreng dan pisang goreng yang kau masak je..”Aku memberi cadangan.

“Betul tu..Jimat kos..Dekat kebun ayah tu memang banyak pisang dengan cempedak”Kata Mak Senah.Shahril mengangguk.Hidungku kembang kempis kerana terlebih bangga.Walaupun aku tidak mampu menyumbangkan wang,tetapi aku telah menyumbangkan idea dan aku bangga ideaku diterima.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience