BAB 7

Other Series 39345

Esoknya aku dan Shahril ke Kedai Gadai Emas.

“Wah….banyaknya wang ni…Eh encik..betul ke ni wang daripada harga cincin dengan rantai tu…”Tanya Shahril kepada Tauke kedai gadai.Matanya memandang cek di tangan..berulang kali dia membaca nombor yang tertera di ceknya.RM 950 000 ringgit sahaja.

“Ye la..lu orang tak tahu ka?Balik rumah lu tanya sama mak lu lah…Rantai sama cincin ini,sekarang susah mau cari…kualiti tinggi ma….Harga dia manyak tinggi dekat pasaran wo..Wa tak mampu bagi lu duit banyak…Kalau lu jual dekat itu London,lu boleh dapat berjuta-juta wo..”Kata Tauke kedai jujur.

Aku melopong.Shahril tergamam.begitu tinggi harga emas ini di mata dunia.

“Wa bagi lu tempoh satu bulan saja ma..Kalau lu orang tak mahu tuntut,Wa jual la..”Sambung Tauke kedai itu lagi.Dia menghulurkan surat perjanjian gadai emas.

“Eh..kejap Tauke..awak ambil balik surat dengan cek ni..ganti baru..saya Cuma mahu pakai dua ribu sahaja..Kami takut nanti kami terlebih pakai..boros..Kami takut tak mampu bayar balik.Rantai sama itu cincin,penting bagi kami.”Kata Shahril.Tauke kedai mengangguk faham.

“Lu tunggu sekejap..wa tukar…”Tauke kedai masuk ke dalam bilik kecil di kedai itu..20 minit kemudian Tauke itu keluar semula.

“Nah..ini cek dua ribu sama surat perjanjian baru…wa bagi lu tempoh sebulan sahaja..ingat…”Kata Tauke kedai.Shahril mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience