BAB 16

Other Series 39345

“korang jangan datang dekat..biar aku selesaikan dengan Lan..”Kata Fi menghalang kami.Lan melepaskan tembakan ke arah Fi.

“Arggghhhhh….”Fi menjerit kesakitan.Darah memancut keluar .

“John..maafkan aku..aku banyak buat salah pada kau..aku khianati persahabatan kita..”Kata Fi tersekat-sekat menahan sakit.

Barulah Aku sedar lelaki dihadapanku adalah Lutfi..Kawan baikku satu masa dahulu.Topeng muka Lutfi ku tanggalkan.

“Lutfi..aku dah lama maafkan kau..”kataku.Lutfi terus memejamkan mata.

“haha..jantan tu menyusahkan aku betul..padan muka dia mampus cepat..aku boleh ambil barang kemas tu sorang-sorang..Dah John..kau jangan nak buat drama kat sini..kau memang nak dia mati kan?ha..kira aku dah laksanakan permintaan kau lah..haha..sekarang tiba giliran kau untuk mati..”Kata mazlan.Dia menarik picu.Tembakan dilepaskan.Sepantas kilat Shahril menolak John ke tepi..Peluru tepat terkena ke dada Shahril.

“Shah…..”Jeritku dan mak senah serentak.Maazlan ketawa lagi.

“Kau…kau memang tak guna….”Kataku sambil menyingsing lengan.Aku ingin melepaskan amarah dengan memukul lelaki itu.Niatku terhenti apabila kakiku ditarik Shahril.

“Jangan..jangan balas dendam…kata maaf adalah utama…”kata Shahril.Mazlan menarik picu pistolnya.bersedia melepaskan tembakan ketiga.Belum sempat tembakan dilepaskan.Dia pula yang ditembak.Beberapa polis berdiri di muka pintu.Tembakan dilepaskan bertalu-talu.Mazlan jatuh menyembah bumi.

“Tahan Shah..aku bawa kau pergi hospital..”Kataku.Aku mahu mendukung Shahril.Tapi Shahril menghalang.

“Jangan John…ajal maut di tangan Tuhan..Aku dah tak mampu bertahan lagi..aku nak tutup mata aku dekat rumah ni..”Kata Shahril.Air mataku sudah banyak yang tumpah.Mak Senah memandang Shahril Sayu..sungguh tabah wanita itu.

“Tapi…”

“John..aku dah mengantuk ni..tolong jaga mak aku baik-baik..Jaga Sueda betul-betul..Sambunglah perniagaan kita..majukannya..Tapi tolong…kalau kau dah berjaya nanti..tolong jangan sombong..rajinkan bersedekah…Nanti..kau bukalah kotak putih atas almari bilik kita tu..itu hadiah aku untuk kau..hanya itu yang aku mampu bagi..”Kata Shahril tersekat-sekat.Sakitnya sudah tidak mampu ditahan.Dia mengucap kalimah Syahadah.Matanya terpejam rapi.Ada cahaya memancar keluar dari wajahnya.Adakah itu cahaya khusnul khatimah yang sering Shahril ceritakan padanya?cahaya kebahagiaan di dunia dan akhirat buat orang Islam beriman yang terpilih dan sudah meninggal dunia?Aku menangis lagi.

“Nak..sabar nak..kita semua ni Allah bagi pinjam sementara waktu je..tiba masa,kita kena kembali kepadaNya..”perlahan sahaja kata-kata mak Senah.

********

Esoknya selepas pengebumian Shahril,Aku memanjat kerusi,menjengah ke atas almari milik Shahril.Aku ingin tahu isi kotak yang dihadiahkan Shahril.Aku tidak hadir ke majlis pengebumian Shahril bagi menghormatinya kerana aku bukan orang Islam.Aku terpana memandang isi kotak.Ada sebuah kitab al-Quran di dalamnya.Kitab yang sering dilihat Shahril membacanya.Bersamanya juga ada sebuah sejadah.Dia menangis semahunya memandang barang peninggalan Shahril.Kitab Shahril tidak ku sentuh.Aku mencium sejadah itu.Aku benar-benar rasa kehilangan seorang sahabat sebaik Shahril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience