BAB 12

Other Series 39345

Pada suatu petang yang panas terik.Aku mendapat satu idea.

“Aku rasa kita patut tambah makanan lagi..”Cadangku

“Tambah makanan?tak payahlah..apa yang ada dah lebih dari cukup..kita perlu bersyukur..”Kata Shahril membantah cadanganku.

“tapi..tak salah kita mencuba..cita rasa manusia sentiasa berubah-ubah..kita Cuma pelbagaikan apa yang kita jual..kalau tak dapat jual banyak,sikit pun jadilah..”Cadangku.Aku masih berusaha memujuk Shahril.

“Jual apa?”tanya Shahril.Tangannya sibuk menggoreng pisang yang sedang menari-nari dalam kuali panas.

“Kau kan pernah buat kerepek pisang..Sedaplah..aku suka sangat..Apa kata kita jual sekali?”Cadangku.Shahril mengangguk.

*******

Malam itu tekakku terasa benar-benar dahaga.Aku ke ruang dapur.Aku memandang ke arah kananku.Shahril tiada di tempat tidurnya.Dia ke mana pagi-pagi buta begini?

Aku ke dapur untuk mengambil air kosong.Semasa meneguk air,aku terdengar suara gemersik yang begitu mendayu-dayu..Sangat merdu..benar-benar menarik perhatianku.Tapi aku tidak dapat memahami setiap perkataan yang aku dengari.Yang pasti,jiwaku benar-benar tenang mendengarnya.Ketenangan yang luar biasa.Aku cuba mencari arah suara itu.Ditolaknya daun pintu dapur.Lampu surau di hadapan rumah menyala.Aku memberanikan diri keluar dari rumah.Aku harus mencari kepastian Setiap malam dia mendengar suara itu di belakang rumah Shahril tetapi dia tidak berani mencari geranganya.Hari ini dia benar-benar ingin tahu siapakah yang sering membuat jiwanya tenang.Setiap malam juga dia mengalami mimpi yang sama..Mimpi cahaya keluar dari arah surau dan seorang lelaki tersenyum ke arahnya.tetapi wajah lelaki itu kabur.

“Hello…”Kataku.Keadaan menjadi senyap.Tiada lagi suara dari dalam.Angin pagi yang bertiup membuatkan hatiku sedikit kecut.

“Hello..”sekali lagi aku bersuara setelah tiada jawapan diterima dari dalam.Akhirnya satu lembaga berjubah putih,keluar dari dalam.

“Eh Shah..kau buat apa dekat sini pagi-pagi buta?Tanyaku kehairanan.

“Eh..John..awal kau bangun..Aku terbangun pukul 2 pagi tadi..terus pergi sini..”Kata Shahril.

“Sebenarnya aku nak tanya kau sikit..Dari dulu aku nak tanya..Tapi aku takutlah..Dulu aku takut terpengaruh dengan agama kau…aku diamkan diri je..Masa dekat rumah sewa kita dulu,aku ada terdengar kau baca sesuatu..masa kau rawat Mazlan….kau baca jampi ke sihir?”Tanyaku.

“Bukan…Allah tak suka hambanya menggunakan jampi sihir melainkan Jampi daripada ayat al-Quran..Rasulullah sendiri merawat penyakit menggunakan jampi ayat al-Quran..Setiap patah ayat al-Quran yang kita baca,Allah akan kurniakan ganjaran pahala..Pahala tu macam hadiah..tapi pahala tu lebih hebat dari hadiah..Pahala tu macam mata..Lagi banyak kita kumpul mata pahala,lagi luas pintu Syurga terbuka untuk kita…Kita akan menikmati ganjaran pahala di Syurga kelak..”Kata shahril.Aku mengangguk.Aku begitu senang mendengar kata-kata Shahril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience