BAB 8

Other Series 39345

Hari ini mereka memulakan operasi.Kayu murah yang dibeli sudah dijadikan tiang gerai.Bumbung gerai diambil daripada pohon pelepah kelapa di belakang rumah Mak senah.Meja untuk menggoreng dibawa dari rumah..Alat memasak semuanya dibeli baru dengan harga paling rendah.Jumlahnya mencecah seribu ringgit.Bakinya dibeli tepung dan minyak masak.

Sarung tangan plastik disarung ke tangan masing-masing..Shahril memainkan peranannya.Tepung pisang yangdibuat dicampur dengan resepi rahsianya.Doa tidak lekang di bibirnya.Aku memandang penuh kagum.Tangan Shahril lincah menggoreng.Gayanya seperti Tukang masak handalan.Aku hanya ditugaskan membungkus pisang goreng dan cempedak goreng.Aroma cempedak goreng dan pisang goreng panas menusuk ke hidungku.Perutku berkeroncong memainkan irama hindustan.

“kejap lagi…kalau dah kurang panas,kau nak makan,makan je lah..jangan malu-malu..”kata Shahril.Sepantas kilat tanganku mencapai goreng pisang panas dan terus disuakan ke mulut.

“ouch..panas..panas…”Kataku sambil mengibas-ngibas lidah.

“haha..kau ni..macam tak makan setahun aku tengok..pisang tu panas lagi..minyak panas pun tak kering lagi.Tak sabar-sabar..”Kata shahril sambil ketawa.

“Kau kan tahu..aku ni pantang tengok kau masak..Licin aku kerjakan..”Kataku.Tidak dinafikan kehebatan Shahril memasak.Semua yang dimasaknya pasti menjadi.Sedang sibuk mereka berborak,datang seorang wanita tua.

“Nak..bagi mak cik goreng pisang lima ringgit,cempedak lima ringgit…”Kata wanita tua itu.Aku dan shahril mengangguk.Segera menunaikan permintaan wanita itu.Penyepit dicapai.Pisang goreng dimasukkan ke dalam plastik dengan pantas.Aku dan Shahril tersenyum.Baru sahaja membuka gerai,sudah mendapat pelanggan pertama.Mungkin tempat yang kami pilih agak strategik.Tiada gerai lain di situ,maka tiada persaingan yang harus dibimbangkan.Mungkin juga kerana bau aroma pisang goreng dan cempedak goreng yang menarik selera pelanggan.Semakin lama,semakin ramai yang datang ke gerai kami.Tidak menang tangan kami jadinya.Ada yang sanggup beratur menunggu.Dalam sekelip mata pisang goreng dan cempedak goreng habis dijual.Ada yang penat menunggu tapi hampa dengan penantian.Gigit jari nampaknya pelanggan itu hari ini.

“akak..saya minta maaf…akak jangan risau..esok saya masak lebih..Saya akan bagi dua kali ganda banyak daripada yang akak minta..Saya tak akan kenakan bayaran dua kali ganda tu..Saya akan bagi percuma atas kesabaran akak menunggu pada hari ini..”Kata Shahril cuba memujuk.Wanita itu tersenyum.Bahang panas yang terasa hilang serta merta.Dia mengangguk dan terus beredar dari situ.Sempat juga wanita itu memandangku dan terus mengenyitkan matanya..Nak termuntah aku melihat gelagatnya.Shahril hanya tersenyum.

“Shah..laku betul perniagaan kau hari ni..”Kataku.

“Alhamdulillah….eh silap tu..ni bukan perniagaan aku sorang tapi perniagaan kita bersama..”kata shahril.

“tapi kau yang masak..aku Cuma bungkus…”Kataku lagi,cuba merendah diri.

“Eh kau ni..kau kena ingat…perniagaan ni kau yang cadangkan..Kau pun banyak tolong aku..kalau kau tak ada..aku tak mampu nak buat benda ni sorang-sorang..tak menang tangan aku nanti..”Kata shahril.

“Ye ke?haha..berguna juga aku ni pada kau..ada fungsi juga rupanya..terima kasih sebab percayakan aku..”Kataku.

“sama-sama kawan…”jawab Shahril.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience