BAB 1

Other Series 39345

Aku adalah lelaki….aku adalah lelaki yang tak pernah ingin disakiti atau dibenci.. Aku adalah lelaki yang punyai harga diri….Aku adalah lelaki yang digilai ramai wanita.Sesiapa sahaja wanita yang melihatku pasti tertawan.Aku dikategorikan sebagai lelaki macho..

Bila ada sahaja wanita jalanan menyampaikan cinta,aku berani mati menolaknya..Sudahnya aku dituduh merosakkan anak dara orang dan dipukul abang-abang mereka.Bila ada wanita tunjuk suci di depanku meluahkan hasrat hati mereka,aku menolaknya dengan cara baik..Jujur..aku adalah lelaki yang belum bersedia bercinta mahupun berumah tangga.Aku adalah lelaki yang tidak suka mempermainkan perasaan wanita.Bagiku kalau bercinta biarlah sampai ke mati…Menangislah wanita-wanita yang ku tolak cinta mereka itu.Kata mereka,melihat wajahku ibarat melihat bintang di langit.

Indah sekali.

Cahayanya bergemerlapan.Namun malangnya apabila ingin disentuh jauh sekali harapannya kerana bintang itu berada jauh di langit.Begitu juga Hatiku berada jauh dari mereka.Cintaku bukan untuk mereka…Tapi siapa yang aku tunggu?Aku sendiri tidak tahu.Tiada jawapan mampu ku beri.Adakah aku menyukai `spesies’ ku sendiri?tidak….aku masih waras…tiada cinta untuk insan bergelar lelaki dalam kamus hidupku..Biar masa yang menentukan pasangan hidupku..Pernah juga suatu ketika aku dianiaya seorang gadis yang menyebabkan aku kehilangan kawan baikku sendiri.

Pada waktu malam,dia bertandang ke rumah sewa yang ku kongsi bersama tiga orang rakan yang lain.Dia datang dengan wajahnya yang kusut,pipinya dibasahi air mata.Dia sedang menangis..Dia mahu masuk ke dalam rumah dan menceritakan sesuatu kepadaku.Aku tidak membenarkan niatnya.Aku hanya menyuruhnya bercerita di luar pagar rumah sahaja kerana Lutfi dan Mazlan yang keluar sejak jam 8 malam tadi untuk ke disko masih belum pulang..Memang Nampak kejam apabila aku membiarkan wanita di luar pagar…..

`Biar kejam,Jangan Direjam’..ya..kata-kata Shahril itu sentiasa ku pegang.Katanya,jika wanita dan lelaki yang sudah berkahwin duduk berdua-duaan hukumnya zina dan perlu direjam sampai mati dalam Islam…Bagi yang belum berkahwin,hukumnya dibaling dengan anak batu sampai mati..kecut perutku bila teringat semula kata-kata Shahril itu..Mujur aku bukan Orang Islam…aku masih tercari-cari diriku…Aku Atheis….Atheis adalah orang yang tidak percaya adanya Tuhan Di dunia….aku tidak percaya kewujudan Tuhan..Jika ada,Dia berada di mana?

Bagiku,makhluk di bumi dan alam ini semuanya terjadi dengan sendiri..Mengikut beberapa kajian sains,alam ini terjadi berdasarkan bantuan beberapa jenis gas..Aku sendiri tidak pasti dengan perkara itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience