BAB 17

Other Series 39345

Lima tahun sudah berlalu.Aku sudah menerima hakikat kehilangan Shahril…Aku harus menunaikan amanah Shahril..menjaga mak Senah..mengembangkan perniagaan..dan..menjaga……

********

“Aku terima nikahnya dengan 99 ringgit tunai..”Dengan sekali lafaz,Nurlia Sueda sah menjadi isteri John atau dengan nama Islamku,Ahmad Johan Rashdan bin Abdullah.Dahi isteriku ku kucup.

*********

“hari ni malam pertama kita..abang harap dapat bahagiakan Su..”Kataku.Sueda tunduk malu.

“Takkan muka abang pun su dah tak nak pandang..”kataku menggoda.Sueda masih tunduk.Dia tersenyum malu.

“Bang..boleh su tutup lampu?”kata Sueda lembut.Tahulah ku bahawa isteriku masih malu padaku.

“Mana ada pengantin baru tutup lampu bilik malam-malam..biasanya pagi baru tutup…”Kataku bergurau.

“Boleh lah bang…”Kata su merayu..Aku mengangguk.lampu dipadam.

*********

“Shah…aku adalah lelaki yang bertuah di dunia kerana dapat mengenali kau…Aku adalah lelakiyang beruntung kerana mempunyai sahabat sejati seperti kau..Terima kasih Shah kerana mengajar aku erti kehidupan…Terima kasih kerana menunjukkan keindahan Islam padaku.Aku hargai semuanya..

Kini..aku berusaha menunaikan amanah kau..Ibumu ku jaga seperti ibuku sendiri..Sueda telah ku peristerikan.Aku bahagia sekali memiliki cintanya.Aku mencintainya kerana Allah..Perniagaan kita telah aku kembangkan menjadi sebuah syarikat yang berdiri kukuh di Malaysia.Aku letak nama Syarikat kita,Syarikat makanan Shahril dan Johan.Aku harap kau suka.Mazlan yang tembak kau tu dah meninggal dunia..polis dah lama buru dia sebab dia mengedar dadah.”Selepas menghabiskan kata-kata,Aku menyedekahkan Al-fatihah dan surah Yaasin kepada arwah Shahril.

Habis membaca,aku mendapatkan Sueda di dalam kereta.

“Maaf..abang lama sikit tadi..baby dekat dalam perut ni mesti dah laparkan sayang….nanti ayah bawa makan ketupat rumah nenek ya..”Kataku sambil mengusap perut isteriku.Isteriku tersenyum bahagia.usia perutnya yang membesar sudah mencecah sembilan bulan,

“Sayang..doktor cakap insyaAllah kita dapat baby kembar lelaki kan?kalau macam tu,sorang abang nak bagi nama Shahril Ridhwan,sorang lagi Lutfi Ridhwan…sedap tak?”isteriku mengangguk.

“lepas ni kita ajak mak pergi rumah Mak jah pula ..raya tahun ni kita pergi dekat rumah anak yatim Mak jah tu ya..Abang tak sabar nak jumpa budak-budak tu..”Kataku.Sueda tersenyum.Sueda bersyukur kerana dijodohkan dengan Johan.Cintanya berputik di alam perkahwinan.Benarlah kata ibunya,cinta selepas berkahwin,lebih manis dan indah daripada bercinta sebelum kahwin.

Aku adalah lelaki..ini adalah kisah persahabatanku dengan Shahril sahabat sejati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience