BAB 2

Other Series 39363

“Tapi bang…Arina ada hal penting…Tak kan lah abang nak biarkan saya dekat luar ni je..Saya takutlah bang…Tu..dekat hujung jalan sana banyak mat rempit….”Sesudah menghabiskan kata-kata Arina mengangkat tangannya.

“Maaflah dik…Saya dengan awak ni tak ada apa-apa hubungan…Walaupun saya ni sosial tapi saya bukan jenis lelaki yang suka ambil kesempatan..Kalau saya bagi adik masuk,nanti apa pula jiran dekat sini cakap..adik cerita je dekat……..”Belum sempat Aku menghabiskan kata-kata beberapa Mat motor menghampiri kami.

“Hai cik adik…kenapa duduk luar ni…kena halau rumah ya…cik abang jambu ni tak bagi awak masuk ye…tak apa..abang ka nada..mari naik motor dengan abang..kita pusing-pusing satu Bandar..”Kata seorang lelaki bermotor itu.Seorang lagi daripada mereka menarik tangan Arina.

“Bang..tolonglah buka pintu pagar ni..diorang nak kacau saya…”Kata Arina sambil menangis.

`Diaorang cakap aku jambu?Tak guna punya mamat..kau cemburu lah tu..Muka kau tak hensem macam aku…’Getus hatiku.Panas hatiku mendengar kata-kata mereka.Kerana kasihan melihat Arina diganggu,aku terpaksa membuka pintu pagar.Sebaik pintu pagar dibuka,Arina terus meluru masuk ke dalam rumah.Aku terkejut melihat gelagatnya,segera aku mengekorinya untuk menghalang langkahnya.Tetapi langkah Arina lebih pantas,dia sudah pun berada di dalam rumah.

“Dik,cerita dekat depan rumah ni je jom…Depan tu ada kerusi.”Kata ku sambil menunjukkan jari telunjukku ke luar pintu rumah..Tiba-tiba Arina mengoyakkan bahagian hadapan lengan bajunya di sebelah kiri..Dia turut mengoyakkan baju di bahagian bahu hadapan..Aku terperanjat melihat aksinya.Pelik.Tiba-tiba,Arina menarik kolar bajuku.Serentak itu dia menjerit meminta tolong..Aku menepis tangan Arina..Arina jatuh terduduk.Segera Arina menyepak kakiku,aku turut terjatuh.Arina memegang lenganku.Beberapa orang di kawasan perumahanku datang ke rumahku.Mereka menuduhku melakukan zina.Serentak dengan itu,aku dibelasah separuh mati.Sempat mataku memandang wajah-wajah yang membelasahku.Diantara mereka,ada lelaki bermotor tadi.Sah.Dia dan Arina berpakat untuk mengenakan aku.Lebam-lebam mataku dipukul mereka..

Rakan-rakanku tidak mampu menolong.Mereka pulang lambat ke rumah.Aku hanya terbaring di atas lantai dengan berlumuran darah.Tidak mampu bangun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience