BAB 15

Other Series 39345

“John..ni..Nurlia Sueda..sepupu aku..Dari kecil kitaorang main sama-sama..Aku dengan dia dah macam adik beradik kandung..Dik ni kawan abang..Nama dia John.”Kata shahril.Sueda mengangguk.Wajahku langsung tidak dipandangnya.Jantungku berombak kencang seperti baru menghabiskan larian merentas desa.Kenapa dengan hati lelaki ku?

Mustahil cinta pandang pertama.Mustahil dah jatuh hati dekat dia sedangkan aku dengan dia baru berkenalan..tak sampai seminit pun..wajah Sueda ku pandang lama.Wajahnya biasa sahaj..tidak terlalu cntik..tidak pula hodoh..Yang penting sedap mata memandang..Sejuk perut ibunya mengandungkan Sueda.Mak Senah sibuk berborak dengan adiknya,mak piah iaitu ibu kepada Sueda.Dibiarkan sahaja Sueda,Shahril dan aku berborak.

“Bang..Adik nak buat air dulu..”Kata Sueda dan terus berlalu masuk ke dapur.

“Ya Allah..John..kawal sikit mata kau tu..Takut jadi zina mata pula..lepas tu zina hati..berdosa..bahaya…kau ni..pandang adik sepupu aku tu macam nak telan..”Kata shahril sedikit berbisik.Aku hanya ketawa menutup malu.Tidak ku sangka gelagatku memerhati Sueda disedari Shahril.

Sueda menyusun gelas berisi air oren di atas meja.Apabila dia hendak meletakkan gelas di hadapan John,Secara tidak sengaja,gelasnya tergelincir dari tangan.Habis basah lecun seluar John.Sueda segera meminta maaf.

“Maafkan saya..maafkan saya..”Kata Sueda.Mukanya tetap setia memandang lantai.Sueda masuk ke dapur.Sebentar kemudian dia keluar semula bersam sehelai kain.

“Ni..kain lap..”Kata sueda perlahan.

“Terima kasih..”Kata john.

“Su..pergi ambil baju ayah tu..ganti baju dia…”Arah ibunya.Sueda mengangguk dan terus masuk ke dalam bilik.Sueda keluar semula dan memberikan baju ayahnya kepadaku tanpa memandang wajahku.

`Aneh betul perempuan ni..semua perempuan berebut-rebut nak pandang muka aku,yang dia ni pula asyik tunduk je..Agaknya lantai rumah dia ni lagi kacak dari aku kot..’getus hatiku.

*************

Malam ketujuh hari raya,iaitu malam jumaat,bersamaan hari khamis,aku dan Shahril berborak panjang.

“John..nanti kalau kita dah tak dapat jumpa lagi,kau tolong jaga ibu aku dan Sueda ya..Aku tak boleh harapkan orang lain..aku harapkan kau je..”Kata Shahril dengan wajah yang sedih.

“Eh kau ni..bergurau pula..aku ni kan memang jaga mak kau..Tapi..Sueda tu buat apa aku nak jaga..Dia kan ada mak bapak..”Kataku sambil ketawa.Berlainan benar kata-kata shahril hari ini.Aku masih tidak dapat menangkap maksud sebenar kata-katanya.Shahril hanya tersenyum.

Sedang seronok kami berborak,pintu rumah kami diketuk kuat.

“Siapa pula datang malam-malam buta ni..”Kataku.Dengan malas,aku bangun untuk membuka pintu.

“John..jangan buka..”Jerit Shahril.Shahril berasa tidak sedap hati.Mungkin ada perkara buruk akan berlaku.Aku mematikan langkah.Wajah shahril ku pandang lama bersilih ganti dengan pintu rumah.

Tiba-tiba,pintu dihadapanku dipecahkan dari luar.Aku dan Shahril terperanjat.Aku terundur sedikit ke belakang.Dua manusia bertopeng mengacukan pistol ke arah kami.Mak Senah yang terdengar bunyi bising tersedar dari tidur,Dia keluar ke ruang tamu.Matanya terbeliak memandang orang asing di hadapannya.

“Serahkan barang kemas kau.”kata Manusia bertopeng tersebut.

Mak senah segera masuk ke dalam bilik.Dia keluar semula dengan memegang cincin dan rantai emas miliknya.Manusia bertopeng itu terus merampas barang kemas tersebut dari tangan mak Senah.Melihatkan manusia bertopeng itu sedang ketawa dan leka melambung-lambung cincin dan rantai emas tersebut,Shahril cepat menyambutnya.Cincin dan rantai emas sudah berada di tangan Shahril pula.Manusia bertopeng itu mula berang.

“Kau jangan macam-macam..Kalau kau tak bagi balik aku tembak..”Kata Manusia bertopeng itu.Dia menarik picu pistol.Melihat keadaan yang membahayakan nyawa Shahril itu,Aku segera mencapai rantai dan cincin emas yang berada kemas dalam gengaman Shahril.Shahril tersentap.Manusia bertopeng itu mula berang.Dia rasa seperti sedang dipermain-mainkan oleh kami.

“Fi..kau tembak dia ni sekarang.”Lelaki yang dipanggil Fi itu masih tetap berdiam diri.Dia tunduk.Arahan tidak dituruti..

“Aku tak nak buat benda ni Lan..”Kata Fi.

“Kau jangan nak mengarut toyol…Kita hutang Along banyak..Dadah dekat rumah kita tu kena bawa lari luar negara..negara ni dah tak selamat untuk kita..Polis tengah buru kita..”Kata Lan dengan marahnya.

“Kalau kau tak nak tembak..biar aku tembak..”Kata Lan.

“Jangan..”Fi bergelut dengan Lan.Aku dan Shahril memandang dengan wajah kehairanan.Kami cuba membantu Fi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience