BAB 4

Other Series 39345

Ya..memang aku bukan orang Malaysia..Ibu bapaku tidak mempercayai apa-apa agama sepertiku.Selepas melahirkanku mereka menyerahkanku pada nenek angkatku di Malaysia.Nenek angkatku beragama Kristian.Dahulu,ibu bapaku kerap juga turun ke Malaysia untuk menjengukku.Namun setelah beberapa ketika mereka menghilang begitu sahaja.Khabar mereka sudah tidak aku dengari lagi.Beberapa tahun kemudian,nenek angkatku meninggal dunia kerana sakit tua..Bermula episod itulah keluarga Lutfi yang juga jiran sebelah rumah nenek angkatku membelaku.Mereka menjagaku seperti anak kandung mereka sendiri.

“Baik…aku akan keluar rumah ni dengan John…Aku harap kau akan menyesal suatu hari nanti..Aku kesal dengan sikap kau.Kau kenal John sejak kecil…Kau kenal John lebih lama dari aku..Aku tahu dia tak buat semua ni…Aku percaya yang dia ni kena fitnah..Sepanjang aku kenal John,aku tak pernah nampak dia minum arak,tapi aku selalu nampak kau minum arak dengan mazlan..siap bawa balik perempuan..Lagi satu..macam la kau tak kenal siapa Arina tu dekat U….Arina kan memang ada hati dekat John ni…Arina bukan gadis baik…Aku sendiri pernah nampak dia buat benda tak senonoh dengan lelaki lain dekat tepi laut..”Kata Shahril dengan suara yang lantang.Lutfi menumbuk perut Shahril.Mazlan hanya memerhati sambil tersenyum.

“Kurang ajar…Kau jangan sesekali cakap tunang aku macam tu..mampus kau aku kerjakan..”Kata Lutfi dengan marah.Tangannya masih laju menghayun penumbuk ke muka dan tubuh Shahril.Shahril hanya membiarkan perlakuan Lutfi.Tidak pula dia membalas.Baginya,api yang sedang marak,jgn disimbah dengan minyak..tapi padamkanlah dengan air yang damai.Aku kagum melihat Shahril.Aku tahu Shahril mampu membalas.Tubuh Shahril lebih besar dan sasa daripada Lutfi.Cukup penyabar lelaki itu.

“berhenti..! korang jangan bergaduh…Aku yang salah…Sekarang juga aku keluar…Shah..kau tak payah ikut aku..Kau dah banyak tolong aku..Aku kecewa kawan baik aku sendiri tak percaya cakap aku..aku tak sangka, sahabat sepermainan aku sejak kecil pilih cinta daripada persahabatan..Lutfi…kalau satu hari nanti kau dapat tahu hal yang sebenar..Aku bukan lagi orang yang kau kenal dulu…Aku bukan lagi lelaki yang kau boleh hina sesuka hati…Aku adalah lelaki yang takkan pernah maafkan kau dan Arina…Dulu mak kau selalu cakap…doa orang yang terniaya senang makbul…Tapi..aku tak nak sumpah-sumpah kau…Aku Cuma nak cakap,yang aku adalah lelaki yang tak pernah kenal kau…aku tak pernah ada kawan macam kau…”kataku sedikit lantang…Lutfi berhenti memukul Shahril.

“Sudahlah..kau tak payah banyak bunyi…bising..bingit telinga aku ni…kau ingat aku nak sangat ke kawan dengan kau?aku Cuma kesiankan kau je..kau kan anak terbuang..tumpang kasih keluarga aku…kau ingat aku takut ke kalau kau doakan aku bukan-bukan?Hei..ni Lutfilah..tak ada sesiapa pun yang boleh musnahkan aku…lagipun doa orang yahudi macam kau ni diterima ke??haha…”Kata Lutfi dengan megah..shahril menggeleng-geleng kepala.Aku berusaha untuk bangun dari tempat pembaringanku.Namun usahaku sia-sia.Aku terjatuh semula..Shahril segera mendapatkanku dan memapahku..kami jalan terhinjut-hinjut.

“Shah..kau tak payah keluar dari……”

“Dah..kau tak payah cakap apa-apa..kau ikut je aku..”Kata Shahril memotong percakapanku.Aku benar-benar terharu dengan kebaikannya.shahril sentiasa menolong aku ketika aku dalam kesusahan.Pernah sekali aku kesempitan wang.Shahrillah yang menghulurkan pertolongan.Walaupun Shahril datang dari keluarga yang susah,dia sanggup mengetepikan masalah sendiri demi seorang sahabat.Duit simpanannya dan biasisiwanya dikeluarkan untuk membantuku.Inilah yang dikatakan sahabat sejati…Sahabat sejati sanggup mati demi sahabat sendiri…Sahabat sejati tidak mementingkan diri.Sahabat sejati suka merendah diri..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience