BAB 3

Other Series 39363

Esoknya,setelah mendengar berita dari jiran-jiran,Lutfi dan Mazlan terus menghalauku.

“John…aku dengar jiran-jiran dekat sini cakap kau cuba rogol Arina.”Kata Lutfi Kawan baikku sejak kecil.Tapi itu dulu.Sekarang dia lebih rapat dengan Mazlan.

“Kau percaya?Selalunya kau tak percaya cerita-cerita macam ni. Kau kan kenal siapa aku.Aku tak layan benda-benda ni semua..Ada orang fitnah aku..diorang aniaya aku..”Kataku lancar berbahasa Melayu.

“Ya..! Aku memang percaya..Kau tahu kenapa?Sebab orang yang kau cuba rogol tu tunang aku..Kau cemburu dengan aku kan?Kau tak puas hati sebab aku berjaya dapatkan dia..Terus terang aku cakap,kau ni memang tak guna betul la..”Kata Lutfi lagi.Aku benar-benar sedih mendengar kata-kata Lutfi.hatiku bagaikan disiat-siat.Tidak kusangka,Rakan sepermainan ku sejak kecil sanggup berkata begitu padaku.Semuanya gara-gara perempuan itu.Kerana perempuan,ramai lelaki jahil sanggup mati..Kerana perempuan,lelaki yang baik bertukar jahat..Kerana perempuan,keluaraga diketepi..Kerana perempuan,lelaki sanggup berhabis duit..Dan kerana perempuan, lelaki sanggup hilang kawan baik sendiri..! Aku adalah lelaki yang tidak mudah terpedaya dengan pujuk rayu wanita..Aku adalah lelaki yang tidak akan mengetepikan kawan baik sendiri seperti Lutfi..! Hatiku menyumpah-nyumpah Arina..Tiada lagi ke wanita baik di dunia?Sudah pupus ditelan zamankah?

“Macam ni je la John…Kes ni kes besar..benda macam ni benda berat…Aku cadangkan kau pindah rumah je..Jiran-jiran dekat sini ramai yang dah mengata pasal kau..kitaorang jugalah yang terkena tempiasnya..Jadi..sebelum jiran-jiran dekat sini halau kitaorang..baik kau yang keluar dulu..kitaorang tak nak kena halau sebab kau…”Kata Mazlan rakan serumahku.Dia cuba menjadi batu api .Dialah yang merubah sikap Lutfi..Dahulu,Lutfi tidak pernah ke kelab Malam..Tidak pernah mengikuti lumba Haram…Tidak pernah menghisap rokok..Kini,bukan rokok sahaja yang menjadi penemannya,malah,najis dadah turut disentuhnya.Semuanya berubah dalam sekelip mata..Benarlah…sikap manusia itu tidak pernah kekal pada tempatnya..prinsip tidak pernah teguh dipegang…sekali ditiup angin,mudah runtuh..Sikap manusia sering berubah-ubah..sukar ditafsir..Bermacam-macam aktiviti yang tidak sihat sudah mereka berdua lakukan.Semuanya gara-gara ingin memaksimumkan kepuasan nafsu masing-masing…

“Betul tu…aku rasa baik kau berambus je dari rumah ni..menyemak je…datang tak berjemput,,takkan keluar pun nak dihalau…”sinis kata-kata Lutfi.Bengkak hati aku mendegarnya.

“Korang ni..apa lah..tak baik buat macam ni..John ni sakit lagi..bengkak dekat badan pun belum hilang..Bangun pun belum boleh lagi…”Kata Shahril..Shahril pulang ke rumah ibunya seminggu yang lepas..Sebaik mendengar berita aku dipukul,dia segera pulang ke sini semula.

“Kalau kau nak bela sangat mat salleh ni..baik kau pun berambus dari sini..Kau tak sedar ke??budak John ni berdarah penjajah..Tali barut British..Sebab tu dia suka rosakkan anak dara orang melayu.Suka teguk air setan..”Pedas kata-kata Lutfi..Lutfi termakan hasutan Mazlan.Sejak John menjejakkan kaki ke rumah sewa mereka,Mazlan tidak pernah sekalipun menyukai John.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience