BAB 10

Other Series 39363

Shahril berlari mendapatkan aku selepas kembali daripada rumah sewa lama kami.Tidak sabar rasanya Shahril ingin menyampaikan berita yang baru didengarinya daripada jiran lama kami.

“Eh..kau dah balik..kau ok tak ni??kenapa kau tercungap-cungap ni?Macam kena kejar hantu je aku tengok..”kataku.

“Wei…hantu-hantu tak mainlah..ni dah malam ni..Kau jangan sebut-sebut…Nanti benda tu datang baru kau kecut perut..”Kata Shahril.

Aku mentertawakan Shahril yang sejak tadi termengah-mengah.Pernah di rumah sewa kami dahulu,Mazlan diserang histeria..Dia mengamuk-ngamuk..pecah segala pinggan mangkuk dalam rumah..sekejap Mazlan bersilat..sekejap pula terkeluar bahasa Thailand dari mulutnya..Setahuku,Mazlan tidak pandai bersilat dan bercakap Thailand.Meremang bulu tengkukku melihat aksi `Hantu ‘dalam badan Mazlan.Selepas Shahril membaca beberapa surah dan menekan ibu jari kaki Mazlan,Mazlan bertambah berang dan menendang perut Shahril.Selepas itu aku dan Lutfi segera memberanikan diri memegang tangan dan kaki Mazlan.Shahril bertindak pantas merenjis air bacaannya ke muka dan tubuh Mazlan..Segera dikuatkan bacaannya.

Mazlan menggelupur dan terus pengsan.Esoknya,aku dan Lutfi bertanya kepada Mazlan mengenai kejadian aneh yang menimpanya.Mazlan tidak ingat apa-apa yang berlaku semalam.Aku kehairanan.Kata Shahril,Jin yang masuk ke tubuh Mazlan adalah Jin kafir yang suka memporak- perandakan umat Islam.Lebih-lebih lagi orang yang tidak mengamalkan ajaran Islam memang selalu diganggunya.Setelah diberi amaran jin itu masuk Islam dan berjanji tidak menganggu Mazlan lagi.Sememangnya,aku benar-benar kagum dengan kehebatan dan ilmu yang Shahril miliki.

“Kau tahu tak…pagi tadi..aku pergi rumah sewa lama kita tu..Pintu berkunci..rumah tu macam dah lama ditinggalkan..mangga pun dah berkarat.Nasib baik aku ada kunci pendua..Aku tanyalah jiran kita yang kerja polis tu..aku tanya mana kawan-kawan kita pergi..Lepas tu polis tu cakap diorang dah lama pindah sebab jadi buruan polis atas satu kes..aku pun tak tahu kes apa..polis tu tak nak bagi tahu..”kata Shahril dengan wajah yang sedih.

“oh..tu je kau nak sampaikan rupanya..lantaklah diorang tu nak pergi mana pun..nak merempat dekat kaki lima ke..mana-mana ke..aku tak nak ambil peduli dah..”Kataku dengan suara yang tertahan-tahan menahan marah.Dendam lamaku masih belum berbalas.Aku mahu mereka merana sepertiku.Shahril menggeleng.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience