BAB 5

Other Series 39363

“hmmmmm….”Aku mengeluh panjang.Nampaknya aku terpaksa berpindah ke rumah baru lagi..Aku tidak sanggup meneruskan pengajianku di sana..Kata-kata Lutfi tidak akan pernah ku lupa..Kata-kata Lutfi buat aku sakit hati..Sungguh..aku benar-benar membenci Arina..benar-benar meluat melihat perangainya yang tergedik-gedik..geli.

“walawei….cantik lah kampung kau ni…kampung nenek aku pun tak sehebat ni…pemandangan dekat sini betul-betul buat aku terpukau…”kataku sambil memandang ke luar tingkap kereta.Gayaku seperti rusa masuk kampung..

“haha..sebab tu aku suka balik sini..pemandangan yang cantik ni Allah yang cipta..Kau tahu siapa Allah?Allah tu Tuhan kita semua..”Kata Shahril lembut.

“Tuhan?Aku tak percaya..kalau betul ada Tuhan dekat dunia ni,mana dia?kenapa dia tak tunjukkan diri dia supaya semua orang peluk agama Islam..”Kata aku kehairanan.

“John…Allah tu ada dekat mana-mana je…Kita tak nampak Dia..tapi Dia nampak Kita…Dia tahu apa yang ada dalam hati kita..Dia tahu segala rahsia di langit dan di bumi..rezeki yang kita terima ni semua dari Allah…Kalau awal-awal lagi manusia dah dapat Lihat Allah,semua orang akan peluk Islam…emua orang akan berpura-pura baik..bersungguh-sungguh mengenali Islam…semua dapat masuk Syurga…sebab tu wujudnya Syurga dan Neraka…Sesiapa yang mengamalkan ajaran Islam akan masuk Syurga..yang sebaliknya akan masuk neraka…orang kafir akan kekal dalam neraka selama-lamanya manakala orang Islam yang baik akan terus masuk ke Syurga,orang Islam yang banyak buat dosa akan diseksa ke dalam neraka dahulu kemudian,bila tiba masanya mereka tetap akan masuk Syurga..dan Di Syurgalah orang Islam akan berjumpa dengan Allah…”Kata Shahril panjang lebar cuba memancing minatku pada Islam.

“kenapa mesti ada syurga dan neraka?kejamlah Tuhan tu…membezakan kasih sayang manusia…”Kataku.Shahril tersenyum.pancingnya sudah mengena.Aku mula menampakkan minat pada Islam.

“John..cuba bayangkan kalau tak ada neraka,semua orang akan masuk Syurga…Orang jahat masuk syurga..orang baik masuk Syurga…perogol,,pembunuh…perompak semua boleh masuk Syurga…kalau mati je dah tahu akan masuk syurga,dekat dunia ni tak payah lah nak buat baik…hari-hari tak payah takut untuk buli orang,bunuh orang,rompak orang,sebab dah tahu akan masuk syurga…dekat syurga bolehlah mereka buat jahat lagi,buli orang baik-baik….ini tak adil untuk orang yang baik,yang dirogol,dirompak…takkanlah sepanjang orang baik tu hidup dengan mati akan dianiaya orang jahat…sebenarnya Tuhan tu tak kejam…Tuhan tu sangat adil dan bijaksana…dengan keadilan,Allah mencipta Syurga dan Neraka,dengan keadilan juga orang baik dan jahat mendapat balasan yang setimpal…

Hakikatnya,Tuhan dah ber peluang dekat semua orang untuk mengejar nikmat syurga…Tuhan beri peluang di dunia…sesiapa yang dapat mengumpul pahala dengan banyak layak masuk Syurga…”terang Shahril.Aku mengangguk faham..Aku amat suka mendengar kata-kata Shahril.setiap kali Shahril akan memulakan cerita,Aku pasti akan memberikan tumpuan sepenuhnya kerana kata-kata Shahril itu banyak betulnya..

“tutup mulut tu..nanti masuk lalat..”Tegur Shahril apabila melihat aku masih melopong memandangnya.Sebenarnya aku benar-benar kagum mendengar kata-kata Shahril sebentar tadi.

“haha..”Aku yang baru tersedar mulutku belum terkatup segera ketawa menutup malu.

“dekat sini ada kerja apa ya?aku nak kerja lah..Kalau tak susah aku nak hidup..hutang kau pun aku belum ganti..”kataku

“Ye la..aku pun rasa nak cari kerja..”kata Shahril

“Nanti aku minta nasihat mak aku lah..Aku nak tanya mak aku kerja apa yang sesuai untuk penganggur macam kita..”sambung Shahril lagi.

“tanam anggur je la…”kataku dengan nada bergurau..

“haha..”shahril tergelak.

“Kalau dapat kerja cuci kereta dekat kampung ni best juga..dapat juga duit..”Aku memberi cadangan.

“Kau ni..cuba bagi Idea bernas sikit…Kita dekat kampunglah…orang dekat kampung aku kebanyakkannya suka jalan kaki je..jalan kaki kan baik untuk kesihatan.. boleh keluarkan peluh toksik..sambil tu dapat hirup udara segar..tak kena caj pun..jimat kos..tak payah keluar duit minyak..”Kata Shahril..serentak itu ketawa kami pecah…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience