BAB 11

Other Series 39345

“Bukan tu sebenarnya yang buat aku bersemangat nak bagitahu kau sesuatu..Sebenarnya,malam tu,masa kau kena belasah,jiran polis kita tu cakap,keluarga Arina buat laporan polis.Keluarga dia nak kau dapat hukuman berat.Lepas tu keluarga dia pun laporlah dekat akhbar merata-rata,mereka-reka cerita..Pihak polis pun jalankan siasatan..Bila keputusan keluar,kau didapati tidak bersalah..nama kau dah bersih…Polis cakap ni kes aniaya..Masa Malam keluarga arina buat laporan polis tu,keluarga diorang tak bagi Arina ganti baju,diorang suruh pakai je baju yang terkoyak tu,kononnya nak tunjuk bukti dekat polislah yang anak dia dirogol.Polis wanita pun ambil lah gambar dia untuk siasatan.

Pihak polis sepakat mengatakan kau dianiaya berdasarkan beberapa bukti…Bukti pertama,Baju Arina tu terkoyak dekat bahagian hadapan,sedangkan dia cakap dekat polis,masa tu kau peluk dia dari belakang,tapi dia dapat larikan diri,tiba-tiba kau kejar dari belakang dan terus koyakkan baju dia.Keterangan dia mengelirukan pihak polis.Kalau orang jahat peluk dari belakang,dah tentulah orang tu akan koyakkan baju belakang dulu..ni tidak…baju bahagian belakang elok,depan pula terkoyak..nampak sangat dia koyakkan sendiri..dia menipu.Bukti kedua,Mat motor tu jadi saksi,Diorang mengaku Arina yang upah diorang supaya panggil jiran-jiran dan tuduh kau rogol Arina.Diorang hanya ikut apa yang Arina rancang.Bukti ketiga pula ramai jiran-jiran sebenarnya yang nampak kejadian malam tu..Jiran-jiran nampak Arina merayu-rayu dekat luar pagar….Diorang sendiri pergi buat laporan polis..banyak lagi bukti-bukti lain..tapi tekak aku dah penat lah..dahaga pula..tak payah lah cerita..kau baca je surat khabar nanti..”Kata Shahril sambil memegang lehernya.Tekaknya terlalu dahaga.Caranya bercerita persis seorang peguam hebat yang cuba menegakkan keadilan.Aku hanya ketawa.Segeraku angkat kaki untuk ke dapur.

“Nah air kosong..buat cuci tekak….”Kataku.Cawan bertukar tangan.Shahril membaca doa dan segera dihirup kering air di dalam cawan.

“Padan muka diorang tu..Patutnya diorang kena hukuman mati je..Kau cakap dengan aku dulu,hukuman orang yang memfitnah tu besar dosanya….”Kataku.Shahril mengeleng-geleng kepala.

“Kau tak patut cakap macam tu..Diorang dah kena balasan dari Allah..Lutfi putus tunang dengan Arina dan jadi buruan polis..Arina pula dah tak waras..Keluarga dia dah hantar dia dekat hospital sakit jiwa tanjung rambutan.Arina tak waras sebab dia malu jiran-jiran selalu ejek dia..Dia takut Berita akhbar yang akan keluar nanti cemarkan nama dia….Sebenarnya Arina buat macam tu malam tu sebab dia ingat dia boleh dapatkan kau..Dia ingat kau akan bertanggungjawab..Rupanya tak..Lepas tu..mat motor tu pula kena langgar lori pasir masa tengah merempit..”kata Shahril.Aku mengangguk.Rasa simpati mula menyelubungi diri.Aku adalah lelaki yang punya hati perut.

“Dulu..kau cakap dengan aku,kau belum jumpa ketenangan yang sebenar kan?jiwa kau bercelaru..Hati kau sakit..Tapi aku tahu penawarnya..”Kata Shahril.Dia cuba memancing minatku mengenal Islam.

“Kau ada penawar?ubat ke?pil ke?”Tanyaku pantas.Aku memang sudah lama mencari ketenangan.Tidak ku sangka Shahril ada menyimpan ubatnya.

“Bukan..bukan pil….John..kau tahu tak..Islam tak pernah ajar kita berdendam..Islam itu indah..Ku harus tahu..Islam mengalakkan kita bermaaf-maafan..Tanpa kata maaf,hati kita resah,Tanpa ucapan maaf,jiwa kita tidak tenteram,diselimuti hasad dengki dan saling membenci.Tanpa kata maaf juga manusia saling berbunuhan.Kau harus tahu..ketenangan sejati dimiliki apabila kita sentiasa memaafkan kesalahan orang lain..Cuba kau praktikkan..InsyaAllah kedamaian akan muncul..”

Aku memberi perhatian sepenuhnya pada kata-kata Shahril.Ini bermakna,untuk mencari ketenangan,aku perlu memaafkan kesalahan orang padaku.Aku perlu memaafkan insan-insan yang aku benci.Hatiku terdetik memuji Islam..betapa mulianya Islam.

“Rasulullah..pemimpin umat Islam sendiri sanggup memaafkan hamba yang telah mencerca dan menghinanya.Rasulullah juga memaafkan tawanan perang dan membebaskan mereka..Sedangkan,dengan kuasa dan kekuatan fizikal yang Rasulullah miliki,Rasulullah boleh membalas cercaan hambanya dan membunuh tawanan perang tersebut..Sahabat-sahabat Rasulullah sendiri menawarkan diri untuk membunuh mereka..Tetapi disebabkan kata maaf yang Rasulullah praktikkan,dia melarang sahabatnya membalas dendam..Sudahnya Islam semakin berkembang dan rasulullah disayangi.”Sambung Shahril.

Aku semakin tertarik dengan Islam.Begitu hebatnya sifat pemaaf dari pemimpin umat Islam.Aku teringat akan cerita Shahril suatu ketika dahulu..Setiap hari Rasulullah menghantar makanan ke rumah lelaki yahudi yang buta.Lelaki buta itu disisihkan masyarakatnya sendiri..Lelaki buta itu setiap hari pergi ke rumah Rasulullah dan menghina baginda.Dia tidak tahu bahawa orang yang sering menghantar makanan ke rumahnya adalah Rasulullah.Begitulah setiap hari baginda menghantar makanan ke rumah lelaki buta itu sehingga ke akhir hayat baginda.Tiada dendam yang baginda simpan..Yang ada Cuma kemaafan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience