BAB 1

Romance Completed 64749

“Selepas puas tujuh hari tujuh malam mak mama fikir, akhirnya mama nekad buat keputusan ni. Suha akan jadi menantu keluarga ini, keputusan inimuktamad!’’ Arah Puan Ziela.

“Tapi mak,.Ajib,..’’

“Tak ada tapi-tapi,.Ajib kena ikut cakap mama. Suha tu dah tak ada siapa- siapa lagi. Ajib kena pikul tanggungjawab tu. Kak Shariah dulu banyak berbudi pada keluarga kita. Ketika mama sibuk bekerja, dia yang jaga Ajib, siang dan malam. Harapkan papa,.huh!,..’’ Puan Ziela mendengus kasar bila fikirannya melayang seketika pada bekas suaminya itu.

“Mama tahukan,.Ajib dah ada Nieta! Lima tahun kami berkawan mama, takkan Ajib nak putuskan perhubungan kami macam tu aje? Lagi pun,.Ajib dah anggap Suha tu macam adik sendiri ma!’’ Ajib mencuba sedaya upaya agar mamanya faham dengan perasaannya. Dia langsung tak ada perasaan cinta terhadap Suha. Mamanya saja yang sudah terlalu sayang pada Suha dan tak sanggup melepaskan Suha pergi dari sisinya.

“Ajib,.jodoh, ajal dan maut tu di tangan Allah! Ajib anggaplah jodoh Ajib dengan Nieta tu langsung tak ada. Lagi pun,.apa kurangnya dengan Suha? Kita dah kenal dia sejak kecil lagi. Kita dah tahu hati budi dia!’’ Puan Ziela masih dengan keputusannya untuk bermenantukan Suha. Bukan dia tak suka dengan Nieta, cuma Nieta lebih sikit gaya modennya itu. Walau pun Nieta bertudung tapi tudung yang dipakai Nieta lebih mementingkan fesyen semasa dari tuntutan syariat.

“Yang nak kahwin tu Ajib ma! Biarlah Ajib yang buat pilihan!’’ Ajib masih berkeras dan dalam masa yang sama dia cuba membayangkan dirinya andai digandingkan dengan Suha. Dia mengeleng tanpa sedar. Suha mungkin gadis yang baik tapi Suha yang dikenalinya terlalu pemalu dan pendiam. Tidak! Suha bukan pilihannya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience