BAB 3

Romance Completed 64749

Sebulan berlalu dengan begitu pantas selepas mereka berpindah rumah. Hari-hari Suha berlalu dengan begitu payah sekali. Sunyi dan sepi seolah dunia ini langsung tidak berpenghuni.Hati Suha mula rasa terjerut diperlakukan seperti itu oleh Ajib.

Suha sentiasa bangun diawal pagi dan menyiapkan sarapan namun Ajib langsung tidak menyentuhnya. Begitu juga dengan makanan tengahari dan malam. Letih Suha memasak, Ajib tidak sudi menjamah walau sedikit pun. Bila Suha meminta izin untuk pulang menjenguk Puan Ziela, Ajib tak izinkan pula.

“Kau berani langkah muka pintu tu, tanpa izin aku, maka jatuhlah talak pada kau!’’ ugutan Ajib bila kali pertama Suha meminta izin darinya untuk keluar mencari kerja. Suha yang lurus terus menurut semua kata-kata Ajib. Walau batinnya terseksa, dia tabahkan juga hatinya. Bila sesekali ibu mertuanya menelifon Suha akan berlagak ceria, seolah dia terlalu bahagia di rumah itu.

Aku Burung di dalam sangkar!
Hidupku terkurung dan terseksa!
Namun aku tak berdaya,.
Untuk terbang bebas di ruang angkasa,.
Kakiku terbelit dengan rantai berbisa!
Dipasung dan dipintal kuat!
Aku hamba yang tak berdaya!

Suha mencoret coretan di nota kecilnya. Ingin ditangisi nasib diri, terasa seolah tiada dayanya lagi. Air mata seakan kering dalam sebulan ini. Ajib tidak banyak bersuara. Kalau suaranya kedengaran, hanyalah kata-kata ugutan dan arahan. Suha terlalu letih menahan rasa kecewa dan terluka. Kasih sayang yang sering didamba, entah ke mana Ajib lontarkannya? Milik Nietakah kasih sayang dan cintanya? Kalau begitu, aku ini siapa di hatinya?

Suha mengeluh kecil. Impiannya untuk bercucuk tanam di halaman rumah pun belum lagi tercapai. Kalau Ajib dah beri amaran, jangan langkah muka pintu. Macam mana dia nak keluar bercucuk tanam? Suha menjadi buntu sebuntunya!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience