BAB 22

Romance Completed 64749

Shuhaimi datang mengambil Suha di rumah. Ajib tak dapat pergi kerana sibuk. Dia izinkan Suha pergi selepas dia tahu Shuhaimi tu abang kandung Suha. Hari ini Shuhaimi berniat nak kenalkan Suha dengan ayah mereka dan keluarga mereka yang lain.

“Sebenarnya,.kita nak ke mana ni abang Mie?’’ Suha bertanya resah bila Shuhaimi memasuki taman perumahan elit. Rumah mewah yang berada di kiri kanan jalan terus membuatkan jiwanya resah.

“Dah sampai dah!’’ Shuhaimi menghentikan keretanya di sebuah banglo tiga tingkat. Besar rumahnya dan hati Suha semakin berdegup kencang.

“Jom masuk!’’ Shuhaimi berkata sambil meraih tangan Suha.

Mereka berdua menuju ke arah pintu pagar. Loceng rumah ditekan. Beberapa minit kemudian pembantu rumah menjenguk. Pintu pagar terbuka perlahan-lahan. Pak Mahat, tukang kebun bergegas mendapatkan mereka.

“Lama encik Shuhaimi tak datang?’’ Shuhaimi menghulurkan tangan dan bersalaman dengan Pak Mahat. Shuhaimi ukirkan senyuman selebarnya tanpa menjawab pertanyaan Pak Mahat.

“Mie masuk dulu! Papa ada tak?’’ soalan Shuhaimi ajukan. Suha mencuit lengan abangnya.

“Papa? Apa maksud abang?’’ Suha menyoal Shuhaimi lagi. Hatinya benar-benar tidak tenteram.

“Ada! Dato ada tetamu!’’ Pak Mahat memberitahu sebelum Shuhaimi menjawab pertanyaan Suha. Mereka terus berjalan masuk ke dalam rumah.

“Mie?! Lama kau tak datang sini? Amboi! Sejak bertunang ni,.baru nampak muka?!’’ seorang wanita anggun menegur ramah sebaik mereka masuk ke ruang tamu. Wajah-wajah lain memandang ke arah mereka berdua.

“Baru hari ni nak bawa tunang ke sini?’’ seorang lelaki pulak menegur. Shuhaimi sudah ketawa ceria.

“Papa! Ummi! Sihat?’’ Shuhaimi bersalaman dengan semua orang. Suha sudah tersipu-sipu malu namun tangannya tetap dihulurkan untuk kedua orang wanita anggun yang ada di depannya.

“Papa! Sebenarnya,.Mie bukan bawa tunang Mie! Tunang Mie pergi kursus. Ini Suha Fasihah! Adik kandung Mie! Seibu dan sebapa dengan Mie!’’ sebelum duduk Shuhaimi memperkenalkan Suha kepada papanya. Suasana sunyi seketika. Jantung Suha semakin laju berdetup-detap.

“Maksud Mie?’’ lelaki yang dipanggil papa bertanya.

“Mudah sangat papa nak faham! Kalau Mie ni anak kandung papa,.maksudnya Mie bawa sekarang ni anak papa jugak!’’ Shuhaimi rasa bengang tiba-tiba. Suha lagilah,.terus keliru dan serabut untuk mencerna situasi ini.

“Ibu kau mana Mie? Papa nak jumpa dia!’’ Dato Azam bersoal balas. Sukar nak percaya Suha tu anak kandungnya.

“Ibu dah meninggal! Papa jangan bimbang,.Mie bawa Suha untuk kenalkan pada papa ja, bukan untuk rebut harta papa!’’ kenyataan Shuhaimi buat hati Dato Azam berbahang. Malu dia pada tetamu-tetamunya.

“Suha Fasihah! Macam pernah dengar?! Eh! Abang,.Suha ni bukan isteri Ajib ke? Menantu abang! Anak pembantu rumah Ziela?’’ salah seorang wanita anggun bersuara. Suha cuba mengamati wajah-wajah di hadapannya. Wajahnya turut berbahang.

“Hmm,.abang pun tak perasan tadi!’’ lelaki yang ditanya bersuara pula.

“Suha nak balik!’’ Suha terus bangun dan berlari ke pintu. Di muka pintu dia bertembung pula dengan seseorang.

“Suha? Apa kau buat di sini? Err,.aku dengar kau dah kahwin? Tahniah! Cuma aku keliru sikit,.kenapa kau kahwin dengan abang kau?’’ Suha bertembung dengan Ezri, rakan sekolahnya dulu. Lelaki yang pernah meluahkan perasaan padanya.

“Ezri! Dari mana ni? Bila balik dari oversea? Abang dengar sakan pergi bercuti?’’ Shuhaimi yang mengekori Suha menegur Ezri. Suha semakin buntu sebuntunya.

“Abang long? Kejap! Apa hubungan abang long dengan perempuan ni?’’ Ezri bertanya sambil jari telunjuknya ditudingkan pada Suha.

“Suha tak nak masuk campur! Suha nak balik!’’ Suha mula rasa pening. Dia berlari ke pintu pagar. Shuhaimi mengejarnya.

“Abang long! Nak ikut?’’ Ezri turut menyibuk. Dia nak tahu apa hubungan Shuhaimi dengan Suha.

Mereka keluar mengunakan pintu pendua. Suha menuju ke arah kereta Shuhaimi dan berdiri kaku di situ. Dia rasa ingin menjerit agar kekusutan dalam hatinya hilang. Paling dia tak boleh terima bila salah seorang wanita anggun tadi menamakan ibunya sebagai pembantu rumah. Dia rasa seolah wanita itu ingin menghina ibunya. Suha cuba mengingat kembali sama ada dia mengenali wanita itu.

“Siapa mereka tadi? Kenapa abang Mie buat macam ni kat Suha?’’ Suha melepaskan amarahnya terhadap Shuhaimi. Ezri yang turut ada bersama tercengang-cengang.

“Maaf dik! Abang ingat nak buat susprize. Tak sangka nak jadi macam ni!’’ Shuhaimi membela diri. Bila dia hanya merancang tapi rancangannya tak berjalan dengan lancar, apa lagi yang boleh dikatakan?!

“Perhatian! Perhatian!,.abang long! Suha! Boleh tak jangan buat Ezri tension?! Apa sebenarnya ni? Cer ceta!’’ Ezri mencelah lagi. Geram betul dia bila dua hamba Allah di depan dia ni langsung tak pedulikan kewujudannya.

“Hantar Suha balik! Jangan ajak Suha datang sini lagi! Suha tak hingin!!’’ Suha ingin menangis. Dia sendiri tak tahu kenapa hatinya rasa sakit yang tak terkata. Sukar nak dijelaskan.

“Tenang dulu dik! Abang bukan berniat nak buat Suha macam ni. Abang cuma nak kenalkan Suha dengan keluarga kita yang lain saja. Contohnya macam Ezri ni,.dia ni adik lang kita! Err,.abang tak pasti pulak sama ada dia adik atau abang Suha?!!’’ dalam ingin mengenalkan keduanya Shuhaimi turut dilanda keliru.

“Adiklah! Suha lahir bulan Januari,.dia bulan May,..walau umur kami sebaya tapi Suha yang lahir dulu!’’ Suha membalas kata-kata Shuhaimi.

“Opppss,..tunggu dulu! Apa adik-adik pulak ni? Abang long! Tolong cerita biar terang sikit!’’ Ezri menjadi blurr, masih tidak memahami keadaan sebenar.

“Jomlah,.kita singgah di mana-mana. Nampaknya nak ajak Suha masuk ke dalam rumah semula, abang rasa mustahil sangat,.’’ Akhirnya Shuhaimi membuat keputusan untuk meninggalkan rumah itu. Alarm kereta ditekan dan Ezri pun turut meloloskan dirinya ke dalam kereta dan mengambil tempat di sebelah pemandu. Terpaksalah Suha duduk seorang di belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience