BAB 8

Romance Completed 64749

Stretttttttttttttttttt,..bummmm,..

Sebuah kereta telah memberhentikan keretanya secara mengejut. Suha yang terpinga-pinga tidak sempat mengelak. Bertaburan barang-barang yang telah dibelinya di tepi jalan. Suha jatuh terduduk dan mengigil seluruh badan. Wajahnya pucat kerana terkejut.

“Cik!,.minta maaf. Saya tak sengaja!’’ seorang lelaki keluar dari kereta dan terburu-buru mendapatkan Suha.

“Mie,.orang tu okey tak?’’ seorang wanita separuh umur pula keluar dan menuju ke arah Suha dan lelaki tadi. Wanita itu nampak begitu cemas.

“Anak! Anak okey tak? Ada yang cedera?’’ wanita itu masih menyoal. Suha mengeleng pantas tapi dia masih beku di tepi jalan. Lututnya masih mengigil dan masih tidak dapat berdiri.

“Mie,.tolong papah dia masuk ke dalam kereta. Ya Allah! Habis semua barang-barang dia rosak. Tolong kutipkan Mie, kita hantar dia balik!’’ wanita itu memberi arahan pada lelaki yang bernama Mie itu. Tanpa banyak soal dia membantu Suha bangun dan memapah Suha masuk ke dalam kereta dibantu oleh wanita tadi. Suha terus kaku dan menurut saja apa yang mereka lakukan padanya.

“Anak tinggal di mana? Kami boleh tolong hantarkan! Atau kita ke klinik dulu, periksa kalau-kalau anak tercedera ke?’’ wanita itu bertanya ramah. Suha mengelengkan kepalanya laju. Mindanya menjadi blurr tiba-tiba. Otaknya masih belum dapat mencerna kejadian yang telah menimpanya itu. Sebenarnya Suha pernah kena langgar ketika dia berusia sepuluh tahun dan dia masih trauma dengan kejadian itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience