BAB 12

Romance Completed 64749

“Ya Allah! Suha,.bangun sayang! Mama ni,..macam mana boleh jadi macam ni Suha?’’ Puan Ziela mengejutkan Suha sambil menangis. Ajib masih berdiri di sebelah katil tanpa ada sedikit pun keinginan untuk menyentuh Suha.

Mak long Munirah memerhatikan dua beranak itu tanpa suara namun hatinya ingin bertanya di mana adiknya Shariah berada. Disabarkan dulu kehendak hatinya itu.

“Suha,.’’ Lembut suara Puan Ziela sambil membelai rambut Suha.

Suha membuka mata perlahan-lahan. Dia memandang Puan Ziela dengan pandangan kosong. Lagaknya bagai orang yang tiada perasaan. Ajib sudah memandang Suha dengan perasaan hairan.

“Suha Fasihah!’’ Ajib memanggil Suha namun Suha tak beriak langsung. Menoleh pun tidak ke arah Ajib. Suha bangun perlahan-lahan dan duduk sambil memegang kedua lututnya. Suha mengigil dan meracau tiba-tiba. Butir bicaranya tidak menentu. Puan Ziela memeluk Suha erat dan menangis di bahu Suha.

“Kenapa dengan menantu mama ni? Suha! Suha kenal mama tak?’’ Puan Ziela melepaskan pelukannya. Wajah Suha diangkat supaya memandang wajahnya tapi Suha mejatuhkan wajahnya kembali. Suha hanya tunduk merenung tilam.

“Ajib,.kita bawa Suha balik. Kita ubatkan Suha ya! Kesian menantu mama ni.’’ Puan Ziela memandang Ajib dan bersuara lagi. Ajib disuruhnya memapah Suha supaya bangun.

“Puan,.kalau boleh saya nak tahu, cik Suha ni ada keluarga tak? Ibu dia ke?’’ mak long Munirah yang melihat kedua beranak itu sudah bertindak untuk membawa Suha pulang sudah mula mengelabah. Dia betul-betul ingin tahu di mana Shariah berada.

“Besan saya dah meninggal lima bulan lepas kak. Menantu saya ni hanya ada kami saja sekarang ni.’’ Puan Ziela bersuara sayu. Mak long Munirah sudah terkelu lidahnya. Kakinya turut kaku ditempat dia berdiri. Air matanya terus bergenang tanpa dipinta.

“Minta maaf! Boleh saya tahu nama ibu kepada Suha ni?’’ Shuhaimi yang sedang mengintai di luar bilik menyerbu masuk dengan segera. Dia mendengar semua perbualan di dalam bilik itu. Hatinya tidak tenang.

“Kak Shariah,.ya! Shariah binti Sharif.’’ Suara tenang Puan Ziela telah mengegarkan hati Shuhaimi dan mak long Munirah. Lutut mak long Munirah sudah mula longlai dan dia jatuh terduduk di situ. Dilepaskan tangisnya. Tidak disangka satu-satunya adiknya itu telah tiada di dunia ini.

“Ehh,..kenapa ni kak?’’ Puan Ziela terkejut melihat situasi itu. Dia cuba membangunkan mak long Munirah. Ajib yang sedang memegang Suha untuk bangun juga menghentikan perbuatannya. Suha masih begitu, tenang tanpa perasaan.

“Suha ni anak saudara saya Puan! “ hanya itu yang mampu mak long Munirah ungkapkan dan tangisannya berterusan.

“Sekejap,.kejap, kejap,.macam mana mak cik tahu Suha ni anak saudara mak cik. Setahu saya sejak Suha lahir tiada seorang pun saudara maranya yang bertandang ke rumah kami. Mak cik jangan cuba nak mengambil kesempatan ya?’’ Ajib sudah mula berprasangka yang bukan-bukan. Setahu dia ibu mertuanya mula bekerja dengan mereka ketika dia sedang mengandungkan Suha. Mustahil mereka boleh mengecam Suha.

“Tunggu dulu!’’ Shuhaimi bersuara lagi. Dia bergegas ke arah almari solek dan menyelongkar lacinya. Beberapa minit kemudian dia datang semula dengan album gambar dan beberapa pucuk surat.

“Ini buktinya! Mak Suha selalu kirimkan kami surat dan gambar dia bersama Suha setiap kali ulangtahun kelahiran Suha.’’ Shuhaimi berkata sambil mencampakkan surat dan album di atas katil. Sejak tadi hatinya begitu terbakar dengan kelakuan Ajib.

“Minta maaf kak! Kami tak tahu. Kak Shariah tak pernah cerita pun dia masih ada saudara. Dia dah lama bekerja dengan kami, sejak Suha di dalam kandungan lagi.’’ Puan Ziela yang terperasan dengan gelagat Ajib dan Shuhaimi yang sama-sama sudah baran cuba menenangkan suasana itu.

“Tak apa puan. Saya cuma ralat kerana tak dapat berjumpa dengan Shariah untuk kali terakhir. Puan! Kalau tak keberatan, boleh tak izinkan kami ubatkan Suha ni?’’ permintaan mak long Munirah yang ini membuatkan Ajib menjegilkan matanya.

“Saya takkan izinkan isteri saya tinggal di sini! Mama,.kita balik sekarang!’’ Ajib bertegas lagi. Puan Ziela pun seakan ingin meradang dengan ketegasan Ajib yang tak bertempat itu.

“Macam ni la. Kalau kita balik. Mama nak Ajib ambil cuti dan jaga Suha 24 jam hingga Suha sembuh. Hal syarikat kita serahkan pada pak ngah dulu. Biar dia yang uruskan. Setuju?’’ bijak Puan Ziela mengambil kesempatan. Terkelu seketika Ajib dibuatnya namun dia tetap menjatuhkan kepalanya perlahan-lahan selepas itu.

“Betul ni? Ajib janji akan mandikan Suha, suapkan Suha makan dan imankan solat-solat Suha?’’ Puan Ziela menyoal lagi.

Suha yang seperti orang tiada perasaan itu tak semena-mena bangun dan lari mendapatkan mak long Munirah. Dipeluknya mak long Munirah dan menyembamkan wajahnya di dada mak long Munirah.

Suha meracau lagi namun tidak pula jelas butir bicaranya. Suha bagaikan orang yang sedang dalam ketakutan.

“Suha Fasihah!!’’ Ajib memanggil lagi. Suha seperti faham dengan apa yang Puan Ziela cakapkan. Ajib sudah mula mushkil dengan gelagat Suha.

“Kita balik mama!’’ bila Ajib mengajak Puan Ziela balik untuk sekian kalinya, Suha semakin kuat merangkul mak long Munirah. Suha menangis dan terus menangis.

“Suha Fasihah sayang! Kita balik rumah kita ya sayang? Abang akan jaga Suha. Suhakan isteri abang. Suha tak suka ke abang jaga Suha?’’ Ajib melembutkan bicaranya dan duduk mencangkung di tepi Suha. Tangannya mengelus perlahan belakang Suha.

Suha mengeleng berkali-kali. Tangannya masih erat memeluk mak long Munirah. Wajahnya disembamkan ke dada mak long Munirah lagi. Ajib sudah mula hilang sabar dengan kerenah Suha. Ikutkan hatinya nak diheretnya Suha itu pulang.

“Puan,.encik! izinkan kami ubatkan Suha? Sebenarnya tadi Suha kemalangan kerana kami.’’ Mak long Munirah meminta izin lagi dan menceritakan perkara yang sebenar. Ajib sudah berdiri. Wajahnya mula berbahang mendengar pengakuan mak long Munirah.

“Saya tak benarkan! Suha!!,.bangun! kalau tak nahas Suha abang kerjakan!’’ suara Ajib yang sebenar berbunyi lagi. Kali ini Puan Ziela pula yang menunjukkan kuasanya. Dipiatnya telinga Ajib tanpa sedar. Menyeringai Ajib menahan sakit dan rasa malu.

“Macam ni ke Ajib layan menantu mama? Dah! Ajib pergi balik sorang. Bawa baju mama dan baju Suha ke sini! Mama nak tinggal di sini dengan Suha. Biar kami yang ubatkan Suha dan jaga dia!’’ kali ini Puan Ziela pula menunjukkan ketegasannya. Shuhaimi sudah mula mengulum senyum melihat wajah kekalahan Ajib. Suha juga sudah berhenti menangis dan menyembunyikan wajahnya di dada mak long Munirah lagi.

“Ma,.Suha bukannya sakit pun. Dia mengada-ngada ja lebih. Mungkin dia pura-pura sakit jer tu. Mama tengoklah perangai dia tu. Dia macam faham je apa yang kita cakap!’’ Ajib cuba membela diri. Dikerlingnya Suha yang sudah beriak tenang itu.

“Ajib jangan banyak cakap! Ikut ja apa yang mama kata. Ajib balik dan kemaskan baju mama dan baju Suha. Bawa ke sini. Mama nak tinggal di sini sampai Suha sembuh. Boleh tak kak?’’ Sambil menyuruh Ajib,Puan Ziela menyoal mak long Munirah. Laju saja mak long Munirah mengangguk.

“Dah isyak pun. Saya minta diri dulu la. Nak ke masjid. Ajib nak ikut?’’ Shuhaimi yang mendiamkan diri dan mendengar saja setiap perbualan meminta diri bila azan Isyak berkumandang dari masjid berdekatan. Shuhaimi turut mengerling Ajib sekilas. Bila Ajib tidak memberi respon dia pun berlalu pergi meninggalkan ‘drama spektra’ sebabak itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience