BAB 16

Romance Completed 64749

Suha nampak lebih bersemangat pagi ni. Suasana di kampung ini begitu nyaman dan indah sekali. Laman di hadapan rumah mak long Munirah yang dipenuhi dengan pokok-pokok bunga menambahkan keindahan. Selepas solat subuh berjemaah yang diimankan oleh Shuhaimi pagi tadi Suha bergegas mencari telefonnya di dalam beg tangan. Namun telefon bimbitnya yang sudah tak bercahaya kembali menyuramkan wajahnya.

“Suha!’’ kedengaran suara ibu mertuanya dari luar bilik. Suha bangun sambil membawa telefon bimbitnya bersama.

“Mama! Mama bawa cas henfon tak? Henfon Suha tak ada bateri la,.’’ Dengan wajah monyok Suha bertanya. Puan Ziela mengeleng laju. Sudah dipesannya pada Ajib supayabawakan pengecas telefon bimbitnya itu, tapi semalam selepas pulang Ajib terus diam. Tak ada khabar berita langsung dari Ajib.

“Alaa,..macam mana ni? Abang call mama tak?’’ Suha bertanya lagi. Puan Ziela mengeleng juga dengan soalan Suha yang ini.

“Kenapa Suha?’’ Shuhaimi menegur dari belakang. Di tangannya ada beberapa beg plastik kecil berisi kuih muih.

“Err,.abang Mie guna henfon apa? Henfon Suha tak ada bateri!’’ Suha menunjukkan telefon bimbitnya yang sudah tak bercahaya itu.

“Ohh,.henfon Suha sama dengan henfon mak long. Tu ha,..cas henfon mak long. Abang guna i-phone.’’ Shuhaimi memberitahu sambil menuding jari ke arah almari di ruang tamu. Suha tidak tunggu lama. Kata-kata Shuhaimi selepas itu langsung tidak didengarinya.

Suha mengecas telefon bimbitnya dan mula menghidupkan telefonnya kembali. Selepas itu Suha bergegas ke dapur mengikut Shuhaimi dan mamanya yang sudah hilang di ruang tamu. Di dapur mak long Munirah sedang ralit menghidangkan sarapan pagi. Aroma mee goreng dan nasi lemak berlaukkan sambal udang memenuhi ruang dapur.

“Sedapnya mak long! Laparnya Suha,.’’ Suha bersuara sambil mengelus perutnya. Mak long memanggungkan kepala dan mengukirkan senyuman.

“Kita sarapan dulu Puan, Suha,.’’ Mak long bersuara ramah meraikan tetamu istimewanya.

“Hai mak long,.ini yang Mie nak merajuk ni. Ajak mereka saja ke? Mie ni macam mana?’’ Shuhaimi pula sengaja berseloroh. Sambil itu dia menuju ke rak pinggan dan megambil piring dan mengisi kuih muih yang dibelinya.

“Tu haa,.mak long gorengkan mee untuk kau. Makan aje la mee tu,..’’ mak long tak mahu kalah. Mee goreng yang masih panas di jadikan alasan untuk menutup kesalahannya. Alah,.bukan tak nak pelawa tadi, tapi Shuhaimi tu sejak kecil lagi tinggal dengan dia. Tak pelawa pun dia akan makan juga!

“Mie kena makan mee? Habislah Mie!’’ selamba Shuhaimi bersuara dan menarik kerusi dan mula duduk di sebelah mak long. Suha duduk di sebelah Puan Ziela dan berhadapan dengan Shuhaimi. Mereka berempat memulakan sarapan pagi itu dengan doa yang dibacakan oleh Shuhaimi.

“Eh! Kenapa abang Mie ambil nasi lemak tu? Bukan sepatutnya abang Mie kena habiskan mee tu ke?’’ Suha yang masih terasa lucu dengan perbualan mak long dan abangnya sengaja menambah rencah perbualan mereka bila melihat Shuhaimi mencapai bekas nasi lemak yang ada di hadapannya.

“Abang mana makan Mie!’’ selamba saja Shuhaimi membalas kata-kata Suha.

“Ohhh,..’’ Suha kematian kata.

“Banyaknya kak Munirah masak? Memang selalu masak banyak macam ni ke? Dengan kuihnya lagi,..’’ Puan Ziela yang hanya mendengar saja perbualan mereka tadi mula membuka mulut. Rambang matanya untuk memilih. Kalau boleh semuanya dia nak rasa.

“Tak jugak! Kami berdua ja di rumah ni. Selalunya akak makan sarapan sorang-sorang ja. Mie pagi-pagi lagi dah pergi kerja. Malam baru balik. Tu pun kadang-kadang saja makan di rumah.’’Mak long Munirah yang baru hendak menyuap, menjawab dulu pertanyaan Puan Ziela.

“Kalau ada tetamu saja masak banyak macam ni, Kalau tinggal sorang-sorang selalunya akak makan ja apa yang ada,..’’ mak long Munirah menyambung kata. Shuhaimi yang sudah menghabiskan nasi di pinggannya mencapai bekas mee goreng pula dan memasukkan ke dalam pinggannya. Suha sudah memandangnya dengan penuh tanda tanya.

“Tadi kata tak makan mee?’’ soalan pun keluar dari kedua ulas bibirnya yang berwarna merah semulajadi itu.

“Abang memang tak makan Mie,.M.I.E tapi mee goreng ni abang makan jer,.’’ Shuhaimi menjawab sambil tersenyum lebar. Ibu jarinya diangkat bangga menunjukkan rasa sedap.

“Ishhh,..terkena jugak Suha!’’ suasana pagi itu menjadi riuh dengan gelak ketawa mendengar jawapan Suha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience