BAB 10

Romance Completed 64749

Bila Suha terus diam membisu mak long Munirah mengarahkan Shuhaimi membawa Suha pulang ke rumah mereka. Suha yang masih terkejut cuba ditenteramkan. Teruk betul trauma Suha! Dia dah macam orang kehilangan ingatan. Ditanya tak jawab dan langsung tidak memberi sebarang respon. Mak long Munirah pun semakin cemas riak wajahnya. Entah anak siapa yang mereka langgar?

Suha dibawa masuk ke bilik dan direhatkan. Mak long Munirah menemankan Suha hingga Suha tertidur. Kesian betul dia melihat keadaan Suha.

“Macam mana dengan perempuan tu mak long? Dia ada cakap apa-apa tak?’’ Shuhaimi bertanya resah. Mak long Munirah mengelengkan kepalanya berkali-kali.

“Dia dah tidur Mie. Terkejut barangkali!’’ mak long Munirah meneka sendiri. Shuhaimi menganggukkan kepalanya tiba-tiba. Dia orang yang paling risau kalau sesuatu terjadi pada Suha kerana dia yang menyebabkan Suha jadi begitu.

“Dia macam orang trauma ja mak long! Mak long tak geledah beg dia ke,.kalau-kalau ada alamat rumahnya?’’ Shuhaimi menyoal lagi. Mak long Munirah berjeda seketika. Dia pun tak terfikir untuk mengeledah beg tangan Suha. Barang-barang Suha yang masih elok dan boleh digunakan disimpan seketika di dalam peti ais.

“Biar mak long cek dulu. Tentu keluarga dia risaukan?’’ mak long Munirah masuk semula ke bilik dan mencari beg tangan Suha. Dia mula membuka beg tangan Suha perlahan-lahan. Macam pencuri pulak lagaknya itu!

Mak long Munirah menjumpai telefon Suha tapi telefon bimbit itu sudah terpadam. Mungkin sudah kehabisan bateri. Mak long menyelongkar pula beg duit Suha dan menjumpai kad pengenalannya.

“Suha Fasihah Bt Mohd Azam? Ehhh,..’’ mak long Munirah terkesima. Hatinya berdebar-debar tanpa sebab. Dia menyelongkar lagi beg duit Suha dan menjumpai sekeping gambar Suha bersama seorang perempuan. Air mata mak long Munirah sudah bergenang.

‘Suha rindu mak!’ ada tulisan yang tertulis di belakang gambar tersebut. Semakin laju air mata mak long Munirah mengalir. Dia membawa gambar itu dan keluar dari bilik.

“Mie!,.dia adik kandung kau Mie,.dia anak Yah! Dia anak Shariah, mak kau! Dia Suha Mie,.adik kandung kau! Ya Allah! Akhirnya selepas 21 tahun kau temukan kami semula. Terima kasih Ya Allah! Rindunya aku dengan Shariah!,..’’ mak long Munirah terus mengongoi dan mencium gambar itu bertubi-tubi. Adiknya Shariah yang telah lari dari rumah sehelai sepinggang 21 tahun yang lalu kerana kecewa dimadukan suaminya kini telah ditemui kembali tapi,..

“Mak kau di mana Mie? Kenapa Suha tulis begini di belakang gambar ni?’’ dia menyoal Shuhaimi yang masih terpingga-pingga. Shuhaimi mencapai gambar itu dan menatapnya. Dia juga membaca tulisan di belakang gambar itu dengan rasa terharu. Air mata jantannya juga turut bergenang.

“Ada jumpa alamat rumah tak mak long? Biar Mie pergi cari dan beritahu orang rumahnya. Mana tahu mereka sedang risaukan dia. Dah hampir malam ni mak long,.’’ Shuhaimi yang turut ditimpa perasaan sedih tidak mahu terus terbawa-bawa dengan perasaan itu. Nalurinya begitu kuat untuk bertemu ibunya kembali.

“Ada! Sekejap mak long ambil,.’’ Mak long Munirah masuk semula ke bilik dan mengambil kad pengenalan Suha. Dia keluar dan memberi kad pengenalan itu pada Shuhaimi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience