BAB 17

Romance Completed 64749

“Kenapa senyum-senyum tu? Boleh share?’’ Shuhaimi yang melihat Suha asyik tersenyum di depan telefonnya sejak tadi menegur. Suha menoleh sekilas lalu ke arah Shuhaimi dan kembali membelek skrin telefon bimbitnya.

“Tak ada apalah! Suha baca whatssap ni,..’’ Suha menjawab selamba. Kedua ulas bibirnya masih mekar dengan senyuman. Hatinya kembang tiba-tiba melihat dan membaca whatssap yang dikirim Ajib.

“Ada yang kelakar ke?’’ Shuhaimi tidak berputus asa. Cuba dicungkilnya rahsia yang membuatkan Suha masih terus tersenyum. Dihampirinya Suha dan cuba mengintai skrin telefon Suha.

“Bukanlah kelakar sangat pun. Abang Ajib ni ha,.macam ada something wrong, somewhere jer. Tak pernah-pernah dia hantar whatssap macam ni kat Suha. Selalunya kalau tak mengugut mesti ada benda yang dia nak marahkan Suha,.’’ Tanpa sedar Suha sudah terlepas cakap. Pantas Shuhaimi merampas telefon Suha dan membaca semua mesej dari Ajib yang belum dipadam Suha.

“Apa ni Suha? Macam mesej dari gengster ja?!’’ komen spontan dari Shuhaimi. Suha tergelak perlahan. Memang gengster pun! Suha berdialog di dalam hati.

“Alaa,..abang Ajib nampak je macam gengster tapi hatinya baik!’’ Suha sengaja membela Ajib. Tak mahu abangnya menyangka yang bukan-bukan.

“Kalau baik sangat laki Suha tu, kenapa sampai nak kena berlakon jadi orang sakit pulak?’’ Shuhaimi menyoal sambil merenung wajah Suha. Suha tayang gigi. Hilang punca dia nak menjawabnya.

“Saja! Suha teringin pulak nak testing abang Ajib tu!’’ Suha mencipta alasan.

“Berapa lama Suha plan nak test dia? Abang boleh tolong kalau Suha nak?!’’ Shuhaimi menawarkan bantuan. Mentol dalam minda Suha menyala dengan terang.

“Betul ni? Abang Mie ada awek tak? Kalau belum ada Suha nak minta tolong abang berlakon jadi pak we Suha. Lagi pun semalam abang Ajib tak tahu lagi abang Mie ni abang kandung Suha,.kan?’’ ada keraguan di hujung ayat Suha kerana dia tak pasti sama ada Ajib sudah tahu tentang Shuhaimi atau pun tak. Sekejap sangat Ajib di sini semalam sudah dihalau pulang oleh ibu mertuanya, hingga sekarang masih belum datang lagi.

“Ada! Tapi bakal kakak ipar Suha tu sedang berkursus sekarang ni. Tiga bulan lagi baru balik ke sini. Kalau dia ada pun dia bukan jenis yang cemburu buta,.’’ Selamba saja Shuhaimi menjawab sambil tersenyum manis. Suha jungkitkan keningnya. Ada la sesuatu yang menjengah mindanya.

“Yess! Kalau macam tu kita kena pakat dengan mama dan mak long sekali. Kalau tak, tentu rosak plan kita nanti,..’’ Suha bersuara ceria.

“Tapi,..kalau abang Ajib betul-betul percaya, macam mana?’’ dia berkata lagi. Bibirnya dimuncungkan sementara mindanya sudah membayangkan wajah Ajib yang sedang menyinga marah.

“Lagi bagus kalau dia percaya,.kita tunggu untuk tengok dia ‘melatah’ sudahlah!’’ tenang pula Shuhaimi menjawab sedangkan Suha masih meragui rancangan mereka.

“Apa Suha kena buat? Perlu ke Suha terus berlakon macam orang sakit di depan dia dan tak boleh bercakap?’’ Suha memandang wajah Shuhaimi. Dia perlukan cadangan yang bernas dari abangnya itu.

“Suha tinggal di sini lama sikit. Kalau dia datang nanti, Suha buat-buat tak kenal dia dan Suha hanya layan abang ja. Buat sampai dia cemburu!’’ Shuhaimi berkata yakin. Suha berfikir sejenak. Dalam hati memang tak sanggup nak buat begitu tapi bila terfikir Ajib pernah bermesra dengan Nieta di depannya minggu lepas, dia rasa dia perlu membalasnya. Suha anggukkan kepala dan terus bersetuju dengan rancangan abangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience