BAB 2

Romance Completed 64749

Suha memandang kiri dan kanan jalan yang mereka lalui. Selepas dia dan anak majikannya dikahwinkan, suaminya berkeras untuk berpindah rumah walau dihalang oleh Puan Ziela. Ajib memberi mamanya syarat, andai dia setuju berkahwin dengan Suha, dia takkan tinggal dengan mamanya lagi. Puan Ziela pun serba salah dengan syarat yang diberikan Ajib. Bijak sungguh Ajib bermain helah!

“Kenapa abang nak berpindah jugak? Kesian mama, tinggal sorang. Kalau dia sakit deman nanti macam mana?’’ Suha bersuara perlahan agar suasana hening di dalam kereta kembali ceria. Dia menoleh sepintas lalu ke arah Ajib yang sedang memandu dengan tenang.

“Abang!!’’ Suha memanggil Ajib bila pertanyaannya terus sunyi. Ajib pura-pura tidak mendengar. Dia melayan angan-angannya sendiri.

“Tak nak cakap sudahlah,..’’ Suha bersuara rajuk dan memuncungkan bibirnya. Hatinya sebak bila Ajib terus mendiamkan diri tanpa memandang sedikit pun ke arahnya. Air mata Suha sudah mula bergenang di kelopak mata. Cuba ditahannya agar tidak gugur.

Suha menoleh ke arah luar dan mula melayan fikirannya. Wajah emak dan wajah ibu mertuanya datang silih berganti dalam mindanya. Dia sudah mula merindui mereka berdua walau mereka baru sejam keluar dari rumah. Emaknya Puan Shariah pula sudah lima bulan pergi mengadap Ilahi. Suha tak kenal dengan saudara maranya yang lain. Yang dia tahu emaknya sebatang kara.

Apa yang dia sedang fikir agaknya? Adakah aku sudah menjadi beban untuknya? Suha berdialog di dalam hati. Dikerling sekali lagi Ajib yang berada di sebelah. Suha cuba merenung Ajib namun hatinya menjadi takut. Manalah tahu Ajib akan perasan akan gelagatnya itu. Tentu dia bakal diherdik atau sebagainya?

Ya Allah! Berikan aku ketabahan untuk berhadapan dengan suamiku nanti. Aku tahu, dia tak sudi memperisterikan aku dan aku tahu dia terpaksa menurut kehendak mama semata-mata.

Ya Allah! Hanya kau yang tahu,.sebenarnya dia sudah lama bersemadi dalam hati aku ni. Aku memang sayangkan dia sejak dulu. Aku cintakan dia sepenuh hati aku. Tapi apakan dayaku, dia dah ada kak Nieta tapi KAU tetap jodohkan aku dengan dia. Aku bersyukur Ya Allah! Cuma,.perasaan aku sekarang ni tidak tenteram. Aku tak tahu perasaannya bagaimana. Bantulah aku Ya Allah! Meleraikan kekusutan ini!

Suha terus-terusan berdialog di dalam hati. Air mata yang cuba ditahannya gugur jua ke pipinya. Pantas Suha mengelapnya dengan telapak tangan. Dia duduk tegak dan memusingkan wajahnya ke arah luar agar Ajib tidak terkesan dengan kehadiran air matanya itu.

Kereta Ajib membelok masuk ke sebuah rumah teres dua tingkat. Cantik rumahnya walau tak semewah mana. Suha sudah mula mengukirkan senyuman bila melihat laman rumah yang masih kosong. Yess! Selepas ni, bolehlah aku habiskan masa luangku dengan bercucuk tanam. Terima kasih abang! Suha masih terus berdialog di dalam hati.

Ajib parkirkan kereta selepas keretanya membolos masuk ke halaman rumah. Pintu pagar yang dibuka dengan remote control itu ditutupnya semula. Ajib bergegas ke pintu rumah tanpa menghiraukan Suha yang masih terkial-kial keluar dari kereta.

“Abang! Tunggulah Suha!’’ Suha memanggil Ajib namun tiada sahutan. Ajib yang melihat Suha sudah keluar dari kereta dan mengheret beg pakaiannya ke arah pintu mula menekan alarm kereta. Suha yang menjinjit beg yang berat langsung tiada keinginannya untuk dibantu.

“Kau ambil bilik bawah! Pilih saja mana yang kau suka. Bilik atas kau jangan gatal nak terjah!’’ sekian lama membisu, akhirnya Ajib bersuara juga. Namun suara yang berupa arahan dan ugutan.

“Takkan,..tapi Suha,..Suha,..’’ tergagap-gagap Suha nak meluahkan suara hatinya. Belum sempat fikirannya merangka ayat, Ajib sudah laju melangkah ke tingkat atas. Dada Suha sebak lagi.

Nasib kaulah Suha Fasihah! Suha bermonolog dalaman lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience