BAB 18

Romance Completed 64749

Ajib memandu kereta dengan perasaan gembira. Hari ini hatinya ingin menerima Suha sepenuhnya sebagai suri hidupnya. Dia ingin menjalankan kewajipan sebagai suami yang sebenarnya. Ajib membuat keputusan itu selepas membaca nota Suha yang penuh dengan luahan hatinya. Selama ini dia menyangka Suha juga sama sepertinya yang hanya mengahwininya kerana terpaksa. Namun sangkaannya itu ternyata salah. Suha mencintainya!

Ajib dengan Nieta, walau mereka sudah lama berkawan tapi mereka belum melafazkan cinta terhadap satu sama lain. Masing-masing belum menaruh harapan terhadap hubungan mereka. Bila dia berkahwin dengan Suha adakalanya dia ingin menguji Suha dengan bermesra bersama Nieta. Suha sentiasa berlagak tenang di depannya. Ajib sendiri keliru dengan perasaan Suha. Hari ini dia yakin hati Suha miliknya seorang.

Ajib membelokkan keretanya masuk ke halaman rumah mak long Munirah dengan hati yang ceria. Dia bersiul riang dan mendendangkan lagu cinta. Tapi,.sebaik saja keretanya diparkirkan, hatinya terbakar menyaksikan Suha yang sedang berdua-duaan dengan lelaki kelmarin. Lelaki yang dipanggil dengan nama Mie itu. Mereka seolah pasangan yang sedang bercinta. Lelaki itu begitu rancak bercerita dan bibir Suha tidak pernah lekang dengan senyuman.

“Suha!’’ Ajib memanggil Suha dengan tenang. Riak wajahnya cuba diselindungkan. Panas hatinya cuba ditutup dengan senyuman. Sebaliknya pula Suha seakan takut bila memandang Ajib. Dia memegang erat tangan Shuhaimi dan menarik Shuhaimi masuk ke dalam rumah. Hati Ajib semakin terbakar melihatnya!

“Suha Fasihah!’’ Ajib melaung. Suha melepaskan tangan Shuhaimi dan berlari-lari anak masuk ke rumah seorang diri. Dalam hatinya memang teringin nak mengenakan Ajib semula, tapi dalam masa yang sama, dia juga takut Ajib akan mengamuk.

“Ehh,..kau tahu dia tu isteri akukan?’’ soalannya ditujukan untuk Shuhaimi yang masih berdiri tegak di depan pintu. Dia tak masuk mengikut Suha tadi. Sengaja dia ingin melihat reaksi dari Ajib.

“Tahu! Kenapa?’’ Shuhaimi pura-pura bertanya. Dia pura-pura tidak perasan dengan gelagat Ajib yang sudah mula menampakkan api kemarahannya.

“Jangan kacau! Dah tak ada perempuan lain dah kau nak goda?’’ Ajib menempelak Shuhaimi. Selamba saja Shuhaimi melebarkan senyumannya. Ajib benar-benar rasa tercabar.

“Kalau aku nak kacau jugak! Kalau aku nak goda jugak,.apa kau nak buat?’’ Shuhaimi sengaja menduga tanpa disedarinya Ajib sedang mengengam penumbuknya.

“Nah! Aku nak bagi ini!’’ terdorong Shuhaimi selangkah ke belakang bila Ajib dengan pantas melayangkan penumbuknya ke muka Shuhaimi. Pening seketika Shuhaimi. Dia meraba mulutnya yang mula mengeluarkan cecair merah.

“Ya Allah! Mie!,.’’ mak long Munirah menerpa keluar termasuk Suha dan Puan Ziela.

“Kenapa ni Ajib? Datang rumah orang, salam tak, apa pun tak. Nak mengamuk pulak?!’’ Puan Ziela cuba menenangkan Ajib. Ditarik Ajib agar menjauhi Shuhaimi.

“Dia kurang ajar mama! Biar Ajib ajar dia agar dia tahu hormat hak orang! Suha tu isteri Ajib ma,..’’ Ajib terus melepaskan amarahnya. Puan Ziela ingin tersenyum mendengar pengakuan Ajib namun dia sengaja menyembunyikan perasaannya itu.

Suha mendapatkan Shuhaimi dan menarik Shuhaimi masuk ke dalam rumah, kemudian Suha bergegas ke dapur untuk mendapatkan tuala bersih dan air suam. Dia datang semula ke ruang tamu dan duduk di tepi Shuhaimi. Bibir Shuhaimi dituam dengan tuala yang sudah dibasahkan dengan air suam tadi. Shuhaimi mengaduh kecil. Suha pula teragak-agak untuk terus menuam.

Seketika kemudian Ajib masuk ke dalam rumah bersama Puan Ziela dan menyaksikan kemesraan Suha dengan Shuhaimi itu. Semakin terbakarlah jiwanya!

“Huh! Konon baik sangat! Tak mahu berbual dan menyentuh yang bukan mahram?!’’ Ajib berkata sinis. Kata-katanya ditujukan untuk Suha.

Suha mengulum senyum. Dia semakin teruja untuk meneruskan lakonannya. Dilapnya bibir Shuhaimi dengan jemarinya pula. Matanya pula merenung wajah Shuhaimi dengan penuh simpati. Mereka bermain mata pula dengan wajah yang ceria. Bersinar-sinar mata keduanya seolah sedang dilambung ombak cinta.

“Sini!’’ Ajib tidak dapat mengawal perasaannya. Digapainya lengan Suha dan menarik Suha agar duduk di sebelahnya. Suha terus mengigil dan hanya tunduk merenung lantai. Air mata Suha sudah bergenang. Dia macam orang yang sedang menahan tangis.

“Sayang! Temankan abang pergi klinik boleh? Esok abang kena pergi kerja semula. Macam mana nak kerja dengan mulut yang pecah ni?!’’ Shuhaimi sengaja membakar lagi perasaan Ajib. Dipanggilnya Suha dengan panggilan sayang. Laju pulak Suha mengangguk dan terus bangun.

“Duduk sini! Nak pergi mana? Aku ni laki kau! Bukan dia!!’’ Ajib bersuara garang sambil meraih tangan Suha supaya terus duduk di sebelahnya. Shuhaimi sudah memandang ke arah lain sambil melebarkan senyuman. Puan Ziela dan mak long Munirah saling berpandangan. Suha sudah menunduk merenung lantai

“Mama! Kita balik sekarang!’’ Ajib mengarahkan mamanya pula. Puan Ziela membuntangkan matanya.

“Mama suruh Ajib bawa baju mama dengan baju Suha kelmarin, Ajib bawa tak?’’ Puan Ziela menyoal Ajib pula. Ajib mengeleng laju, padahal ada ja baju mamanya dan baju Suha di dalam bonet keretanya.

“Minta kunci kereta!’’ Puan Ziela menghulurkan tangannya pada Ajib.

“Mama nak buat apa? Kalau nak balik, biarlah Ajib yang memandu!’’ Ajib bertanya lurus.

“Ajib jangan banyak songeh! Mama nak kunci kereta. Bagi ajelah!’’ Puan Ziela bersuara tegas. Perlahan Ajib menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan kunci kereta yang diminta mamanya lalu dihulurkannya dengan teragak-agak. Puan Ziela merampas kasar. Terkebil-kebil mata Ajib melihatnya. Seketika kemudian Puan Ziela meraih pula lengan Suha dan menyuruh Suha bangun. Terus kelu lidah Ajib.

“Suha temankan abang ke klinik?’’ bila Suha bangun Shuhaimi terus bersuara dan mengikut Suha dan Puan Ziela keluar. Ajib kepanasan hati. Dia turut serta mengikut mereka dari belakang.

Shuhaimi yang perasan dengan gelagat Ajib terus menarik tangan Suha dan menuju ke arah keretanya. Cepat-cepat dia menekan alarm kereta dan membuka pintu kereta untuk Suha. Puan Ziela pula membuka bonet kereta Ajib dan mengeluarkan beg-beg pakaian mereka. Ajib pula sudah tercengang menyaksikan adegan di depan mata.

“Mama,.apa kena dengan menantu mama tu? Dengan Ajib ni dia buat tak kenal saja! Dengan lelaki yang dia baru kenal tu, dia ikut ke mana saja?!’’ Ajib menyoal mamanya penuh keraguan.

“Mama juga nak tanya Ajib. Sepanjang Ajib jadi suami Suha ni, macam mana Ajib layan Suha?’’ Puan Ziela tidak melayan soalan Ajib malahan Ajib pula yang disoal kembali. Terkumat-kamit bibir Ajib.

“Err,.nak layan macam mana lagi. Ajib layan macam suami layan isterilah!’’ tergagap-gagap Ajib mengungkapkannya.

“Okey! Kalau macam tu, jom kita ikut mereka ke klinik. Mak nak suruh doktor chek Suha tu sama. “ Puan Ziela bersuara tegas. Ajib blurr plus blank!

“Kenapa pulak mama? Suha sakit apa? Apa kaitannya?’’ Ajib bertanya resah.

“Mama nak suruh doktor chek Suha masih perawan atau tak?’’ Puan Ziela menjawab sambil tersenyum sinis.

“Eh! Tentulah tak mama! Kamikan dah sebulan lebih kahwin, takkan Ajib nak tengok saja Suha tu di depan mata?!’’ Ajib kawal suaranya agar tidak kedengaran dia sedang mengelabah. Sepanjang dia tinggal bersama Suha, tidur dengan Suha tu pun tak pernah. Apa tak mengelabahnya.

“Ajib tahu tak, orang tua macam mama ni, boleh tahu seseorang perempuan tu perawan atau tak? Lebih baik Ajib berterus terang dengan mama!’’ Puan Ziela sengaja menduga. Padahal manalah dia tahu semua tu!

“Ye ke mama? Err,..Ajib,.Ajib be,.be,..belum sentuh lagi Suha tu mama,.tapi Ajib janji lepas ni Ajib akan layan Suha seperti yang sepatutnya. Percayalah dengan Ajib mama, daripada mama biarkan Suha keluar dengan orang luar tu. Mama tak takut ke nanti mama yang kena fitnah? Ajib pun terkena tempias jugak!’’ Ajib mengaku akhirnya dan kemudian Ajib mengubah topik mereka pula. Puan Ziela mengelengkan kepalanya. Tahulah dia kenapa Suha berkelakuan begitu. Ada pasal rupanya?!

“Mama tak nak paksa Ajib lagi dan mama tak nak Suha tu terus menderita. Kalau Ajib tak suka Suha tu, Ajib lepaskanlah dia! Lepas tu Ajib buatlah hal sendiri!’’ Puan Ziela bersuara pasrah. Ajib terkesima. Dia sudah mula untuk sayangkan Suha tapi mamanya pula berkata begitu.

“Mama! Bagi Ajib peluang kedua! Ajib berjanji akan sayangkan Suha dan layan dia sebaiknya. Please mama!’’ Ajib berjanji sambil memegang tangan mamanya. Lega Puan Ziela mendengarnya tapi,.boleh ke percaya sebulat hati? Dia masih ragu-ragu dengan pengakuan Ajib.

“Ajib pujuk Suha balik ke rumah. Kalau Suha setuju, mama takkan menghalang. Kalau Suha tak setuju, Ajib izinkan saja Suha tinggal di sini buat sementara waktu. Ajib jangan nak bertegas sangat dengan Suha! Faham tu? Itu pun kalau Ajib nak mama beri Ajib peluang kedua!’’ Puan Ziela menguji Ajib lagi. Tanpa berfikir panjang Ajib terus mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience