BAB 21

Romance Completed 64749

Shuhaimi : Dik! Esok kita keluar? Abang nak bawa Suha jumpa seseorang!

Suha membuka whatssap dan menerima mesej dari Shuhaimi. Sekarang ni Suha sudah memberi izin untuk kawan-kawannya masukkan dia dalam group whatssap. Bertalu-talu masuk mesej dari semua group tu dalam telefon bimbitnya. Suha hanya scroll dan baca saja semua mesej yang masuk. Malas pula Suha nak mencelah perbualan kawan-kawannya,

Suha: Nak ke mana abang Mie? Suha nak kena minta izin abang Ajib la kalau macam tu?!

Suha membalas mesej dari Shuhaimi. Hatinya masih ragu-ragu, sama ada nak meneruskan lakonan mereka atau sebaliknya. Kalau ikutkan hatinya sudah cair pun, bahkan dah melimpah ruah dengan perubahan Ajib terhadapnya.

Shuhaimi : minta izin ja!

Suha membaca mesej dari Shuhaimi pula. Dia berfikir sejenak. Ajib belum tahu lagi bahawa Shuhaimi tu abang kandung dia. Adakah Ajib akan benarkan?

Suha: Alaa,.macam mana ni? Suha tak bagitau lagi pun abang ni,.abang kandung Suha,.tentu dia tak kasi Suha keluar dengan abang!?

Shuhaimi: Suha nak teruskan ke perang dingin Suha dengan dia? Cukuplah! Nanti Suha jugak yang makan hati.

Suha: Belum makan hati lagi,..baru mengunyah,.tak hancur2 lagi pun L

Shuhaimi : Tukan? Dahlah,.adik berbaiklah dengan dia balik. Nanti kita ajak dia pergi sekali!

Suha : Suha try okey!

Shuhaimi: Tak payah try! Buat terus!

Suha : Wokey!

Suha cari pula nama Ajib dan menghantar mesej pada Ajib. Tentu Ajib belum tidur?! Suha meneka-neka dalam hati.

Suha : Esok abang Mie ajak Suha keluar. Boleh tak??

Suha sabar menunggu mesejnya berbalas. Lima minit berlalu Suha memeriksa whatssapnya. Yang ada hanya mesej-mesej dalam group. Tunggu lagi! Dua puluh minit berlalu. Periksa lagi!

Ajib: Buka pintu sekarang!

Suha sudah tersenyum lebar. Dia bangun dan menuju ke pintu biliknya. Dia lakukan apa yang Ajib suruh tapi bukan bukakan pintu selebarnya. Suha cuma biarkan pintu tak berkunci.

Suha : Bukalah sendiri! Suha bukannya kunci pun!

Seketika kemudian pintu bilik sudah dikuak dari luar. Suha yang sedang membaca mesej dari kawan-kawannya mendonggak seketika, kemudian kembali beriak biasa. Dalam hati jangan cakaplah. Jantung dia macam nak lompat keluar dah!!

“Kenapa Suha baik sangat dengan jantan tu? Apa yang istimewa sangat dengan dia berbanding abang? Suha kenal abang sejak kecil lagi, tapi jantan tu Suha baru kenal beberapa minggu ja!’’ mukadimah Ajib sebaik mendarat duduk di tepi Suha di atas katil.

“Tentulah dia lebih istimewa dari abang! Takkan dengan dia pun abang nak jeles kot?!’’ Suha menjawab dan bertanya serentak. Ajib mendengus kuat.

“Dayuslah abang kalau tak reti nak cemburu. Suha tu isteri abang! Sepatutnya Suha layan abang, bukan layan jantan tu lebih dari abang!’’ hati Ajib sudah berbahang. Suaranya terkuat sikit.

“Kenapa pulak? Dari mana abang belajar adik tak boleh layan abang kandungnya sendiri? Ustaz mana yang beritahu abang?’’ Suha masih beriak tenang. Dia menoleh sekilas lalu ke arah Ajib untuk melihat riak wajah Ajib.

“Apa Suha cakap tadi? Ulang sekali lagi!’’ Ajib blurr dengan kenyataan Suha.

“Tak tahu pulak Suha, dari bisu abang dah jadi pekak pulak!’’ Suha menjadi dingin lagi. Sengaja betul nak mencari pasal. Ajib hanya mampu kebam bibir mendengar jawapan Suha.

“Sejak bila Suha ada abang kandung ni? Abang tak tahu pun?!’’ soalan Ajib buat bibir Suha spontan tersenyum. Dengar pun! Saja buat-buat tak dengar!

“Sejak Suha kenal dengan abang Mie dan mak long!’’ Suha menjawab sambil bangun dan menuju ke pintu. Dia membuka pintu seluasnya.

“Suha nak tidur! Abang keluarlah,.pergi tidur bilik abang. Lagi pun, abang yang buat undang-undang dalam rumah ni kan. Bilik abang di atas. Bilik Suha di bawah!’’ Suha pulangkan paku buah keras. Ajib terkebil-kebil di atas katil tapi seketika kemudian bibirnya mengukirkan senyuman.

“Tak apa! Berkuatkuasa mulai malam ni, undang-undang tu dah tarikh luput. Tak boleh guna dah! Abang buat undang-undang baru! Suha kena tidur dengan abang. Dan undang-undang baru ni WAJIB dipatuhi!!’’ Ajib berkata penuh semangat. Suha pula yang termanggu di muka pintu.

“Okey!’’ sepatah kata yang keluar dari bibir Suha dan pintu bilik ditutup kembali. Suha padamkan lampu dan kembali ke katil.

“Yess!’’ Ajib menjerit keriangan.

“Abang nak tidur,.tidur aje! Jangan kacau Suha sudah. Suha tengah sengugut ni! Sakit perut. Abang kacau pun Suha bukannya boleh layan!’’ Suha berkata perlahan. Dia rebahkan tubuhnya dan memejamkan mata.

“Ish,..ish,..ishh,..cobaann!!’’ Ajib pula bersuara sayu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience