BAB 23

Romance Completed 64749

“Ohh,..macam tu ceritanya. Kau tahu tak Suha?,.dulukan aku pernah minta izin kat Ajib nak ambil kau buat awek. Kau tahu apa dia cakap?’’ Ezri yang sudah diterangkan kejadian sebenar mula bersuara.

“Dia kata kat aku macam ni tau,. Kalau kau nak dia, buat awek ke,.buat bini ke, ambillah tapi pastikan kau langkah mayat aku dulu! Lepas tu aku balaslah balik. Kalau kau dah mati siapa nak jadi wali dia? Kaukan abang kandung dia?’’ Ezri ketawa dengan ceritanya sendiri.

“Kenapa kau cakap dia abang kandung aku? Aku tak pernah cerita pun hal keluarga aku pada kau?!’’ Suha bertanya ragu.

“Manalah aku tahu! Aku selalu tengok kau keluar masuk rumah yang sama dengan Ajib, aku ingat korang ni dua beradiklah. Tapi bila mereka bercerita dalam group whatssap kau kahwin dengan Ajib. Aku jadi blank!’’ Ezri bercerita lagi. Suha hanya tersenyum hambar. Dia memang tak pernah bercerita ibunya hanya pembantu rumah. Kadang-kadang dia takut diri dia akan disisihkan.

“Aku tak pernah nampak nama kau naik pun dalam group whatssap tu? Kau tak pernah baca ke atau kau tak berminat dengan topik-topik mereka?’’Suha terus berbual dengan Ezri. Shuhaimi mula menguap. Bila mereka langsung tak sedar dengan kewujudannya lagi.

“Abang nak pergi toilet kejap! Korang ni berbual tak hengat dunia. Abang di sebelah pun macam tak wujud dah!’’ Shuhaimi bersuara rajuk dan bangun. Kedua orang adiknya itu langsung tak bersahut. Mereka terus rancak berbual.

“Bohsan aku! Merapu ja lebih,.lebih-lebih lagi kaum perempuan. Entah apa-apa topik yang mereka chat. Kadang-kadang aku macam nak keluar ja dari group tu. Selalunya aku padam ja tanpa baca sikit pun.’’ Ezri mencebikkan wajahnya sambil bercerita.

“Macam mana kau tau aku dah kahwin, kalau kau tak baca pun?’’ Suha bertanya lagi. Ezri tersenyum.

“Mereka upload gambar kau bersanding dengan Ajib. Sebab tu aku blurr,.kenapa kau berkahwin dengan abang kau! Eh! Tak sangkakan? Macam mana kita boleh jadi adik beradik pulak? Nasib baik kau reject cinta aku dulu! Kalau tak mesti kita dah buat sumbang mahramkan?’’ Ezri berkata lagi. Tangannya menongkat dagu, cuba membayangkan situasi mereka berdua andai mereka sedang bercinta dan kenyataan mereka adalah adik beradik tiba-tiba terbongkar. Ezri mengelengkan kepalanya berkali-kali.

“Manyak ar kau punya sumbang mahram!’’ Suha membalas sambil tersenyum. Dalam rancak mereka berbual, tanpa diduga ada mata yang sedang memerhati dan pemilik mata itu sudah mengepal penumbuknya.

“Kita snap gambar nak? Lepas tu kita upload masuk dalam group whatssap. Biar kasi berasap group tu!’’ sambil bercakap Ezri sudah bersedia dengan telefon bimbitnya. Mereka berselfie sambil Ezri memeluk bahu Suha.

Ezri terus muat naik gambar mereka dalam group whatssap teman-teman sekolah mereka dan menunggu respon kawan-kawan yang lain.

Idah : Fuyooo!!,. ö

Mira : Aku kompius tahap gaban dah ni? Korang buat apa ni? Abang Ajib ko tak jeles ke Suha????????

Imah : Daebak!!! Aku tabikk arrrrrrr,..

Amri : Phewitttttttttttttttt,.. LOL!

Dan macam-macam lagi komen yang keluar. Suha dan Ezri langsung tak membalas. Mereka hanya membaca dalam telefon masing-masing sambil bibir tak henti-henti tersenyum.

“Ini kerja korang ya? Konon nak keluar dengan abang kandung?!’’ si pengintip sudah datang mendekat. Suha dan Ezri tercenggang-cenggang.

“Ambik kau!!’’ kolar baju Azri dicekak dan sebiji penumbuk dilayangkan ke muka Ezri. Terlalu pantas perkara itu terjadi dan Suha masih kaku. Seketika kemudian barulah Suha bangun dan mendapatkan Ezri dan Ajib yang sudah macam orang kerasukan.

“Abang!! “Suha cuba menarik Ajib dari terus memukul Ezri.

“Relax ar bro! Jangan mengamuk dulu boleh tak?’’ Ezri pula bersuara dan mengelak dari terus dipukul. Suha mencuba sedaya upaya menarik Ajib dari menghampiri Ezri.

“Suha! Ajib! Ezri! Kenapa ni? Abang tinggalkan korang sekejap ja. Dah jadi macam ni? Tak malu ke orang tengok? Haa,..Ajib! cemburu buta lagi la ni?’’ Shuhaimi datang menyelamatkan keadaan. Ezri ditolak agar menjauh dari Ajib. Shuhaimi berdiri di tengah-tengah antara keduanya.

“Cemburu buta apanya? Yang tak malu mereka berdua ni ha! Tengah khalayak ramai pun nak berpeluk-peluk ke?’’ Ajib menuding ke arah Ezri dan Suha. Tanpa sedar bahu Ajib Suha tampar.

“Bila masa pulak kami berpeluk? Abang tu yang entah apa-apa! Tak ada angin, tak ada ribut nak mengamuk? Kesalahan abang yang hari tu pun Suha tak maafkan lagi! Jangan sampai Suha lari rumah mak long lagi!!’’ Suha mengugut Ajib, sekadar nak menguji hati Ajib ni. Kalau betul dia ikhlas sayangkan Suha tentu dia akan tenang kembali.

“Dah! Dah!! Suha,.Ajib,..jangan panjangkan lagi hal ni! Abang ingat mungkin semua ini hanya salah faham saja. Ni abang kenalkan adik lang kami. Suha dengan Ezri ni dua beradik. Kalau abang dengan papa tak ada Ezri ni boleh jadi wali Suha tau!’’ Shuhaimi kenalkan Ezri pada Ajib. Ezri hulurkan tangan ingin bersalaman tapi Ajib tak memberi respon pun. Suha pegang tangan Ajib dan satukan tangannya dengan tangan Ezri.

“Kenapa masa kami nikah hari tu sorang wali pun tak muncul? Sekarang ni banyak pulak wali yang muncul ya??’’ Ajib masih kurang percaya dengan kata-kata Shuhaimi. Dia masih was-was dengan perhubungan mereka. Dia ingat lagi wajah Ezri yang pernah datang padanya meminta izin untuk berkawan dan sekaligus bercinta dengan Suha.

“Abang dah lama cari Suha dan ibu tapi takdir hanya mempertemukan kami selepas Suha ada suami. Nak buat macam mana? Takkan kita nak tolak kehendak takdir?!’’ Shuhaimi mula geram dengan kerenah Ajib yang cepat baran. Suha sudah muncungkan bibir. Dia berkira-kira kalau Ajib terus nak mengamuk di situ dia akan blah dan merajuk lagi. Amekaw!!

“Ajib!’’ suara seorang lelaki memanggil Ajib. Semua orang menoleh serentak. Suha memegang tangan Ajib erat. Dia kenal orang ini. Orang yang mereka jumpa tadi. Dua lelaki dan dua wanita anggun tadi mengekori mereka ke sini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience