BAB 11

Romance Completed 64749

Petang itu juga Shuhaimi pergi mencari rumah yang tertera alamatnya di kad pengenalan Suha. Gambar dan kad pengenalan Suha dibawanya bersama. Mungkin sebagai bukti Suha ada bersama mereka. Itu yang Shuhaimi fikir tapi dalam masa yang sama Shuhaimi juga rasa gementar andai Suha sudah bersuami dan dituduh yang bukan-bukan. Dia akui semuanya salah dirinya kerana asyik berbual di telefon ketika itu walau sudah diingatkan oleh mak long Munirah.Namun,.bila Suha itu adalah adik kandungnya Shuhaimi rasa lega bila memikirkan bahawa semua kejadian ini adalah takdir untuk mempertemukan mereka semula.

Shuhaimi membelok masuk ke sebuah taman perumahan dan mengamati nombor setiap rumah. Dia memberhentikan keretanya bila tiba di sebuah rumah sederhana besar. Ada dua buah kereta di dalamnya. Shuhaimi berhenti di luar pagar dan keluar dari kereta. Dia menuju ke pintu pagar dan membunyikan loceng.

“Encik!,.tumpang tanya! Ini rumah cik Suha ke?’’ Shuhaimi inginkan kepastian. Bila melihat seorang lelaki munculkan diri di depan rumah dia melaung kuat pada lelaki itu. Lelaki itu segera keluar dan menuju ke arahnya.

“Kau siapa?’’ lelaki yang keluar itu menyoal garang. Mindanya sudah merusuh dengan perbagai persoalan.

“Cik Suha kemalangan! Dia macam alami trauma dan tak mahu bercakap. Ni kad pengenalannya!’’ Shuhaimi memberi kad pengenalan Suha pada lelaki di depannya. Wajahnya boleh tahan. Ada rupa tapi sikap dia tu yang tak boleh tahan. Dingin dan langsung tiada senyuman yang diukirkan. Itu yang Shuhaimi fikir di dalam hatinya.

“Isteri saya sekarang di mana encik?’’ lembut sikit suara Ajib kali ini. Baru terbit rasa risaunya terhadap Suha.

“Oh! Encik suami dia ke?’’ Shuhaimi bertanya dalam riak terkejut kerana tidak menyangka Suha sudah berkahwin.

“Boleh saya berjumpa dengan mak Puan Suha?’’ Shuhaimi bertanya ragu-ragu sambil menjengok ke dalam pintu pagar. Ajib masih dengan sikap brutalnya itu. Pintu pagar langsung tidak dibukanya dan Shuhaimi tidak dipelawa masuk pun.

“Saya nak berjumpa dengan isteri saya! Di mana dia? Bawa saya ke sana!’’ soalan Shuhaimi tidak terjawab malahan,.soalan dan arahan pula yang Ajib beri.

“Ada di rumah kami encik. Kami dah bawa ke klinik tapi doktor cakap dia tak ada apa-apa. Kami bawa dia pulang ke rumah dulu sebab dia macam terkejut sikit.’’ Shuhaimi bercerita jujur, sebaliknya Ajib sudah menyingga mendengarnya.

“Kau dah tahu rumah kami di manakan? Kenapa tak bawa dia balik aje?’’ sekali lagi suara Ajib berubah nada. Shuhaimi mengelengkan kepalanya tanpa sedar.

“Dia dah tidur encik masa saya datang tadi. Biarlah dia berehat dulu. Kalau encik nak, boleh pergi ambil sendiri. Dia isteri encikkan?’’ Shuhaimi yang turut terasa hati dihendik menjawab semberono saja. Geram juga dia bila niat baik dia disalah ertikan dan diherdik begitu.

“Huh!’’ Ajib mendengus kuat dan berlalu masuk ke dalam rumah. Hanya beberapa langkah dia berpusing semula.

“Tunggu di situ! Aku nak panggil mak aku!’’ suara yang masih kasar itu berbunyi lagi. Shuhaimi menjatuhkan kepalanya perlahan. Dalam hati, dia kecil hati dengan gelagat Ajib. Langsung tiada adab sopan. Macam ni ke perangai adik ipar aku? Shuhaimi berbisik di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience