BAB 13

Romance Completed 64749

Selepas Ajib pulang dan keretanya hilang dari pandangan ,Suha terus menjadi tenang. Bibirnya terus tersenyum dalam diam. Dia memeluk ibu mertuanya pula namun masih tiada suara yang keluar dari kedua ulas bibirnya.

“Suha! Bagitau mama, sebenarnya Suha ni sakit ke tak?’’ Puan Ziela yang terpengaruh dengan kata-kata Ajib tadi mula menyoal Suha.

Suha mengeleng dan melebarkan senyuman. “Tak! Suha takut abang marah sebab pagi tadi abang bagi rm500 pada Suha dan Suha tak sengaja terhabiskan duit tu. Bila terjadi macam ni, tiba-tiba Suha dapat idea nak berlakon. Dan, bila Suha tahu Suha masih ada ibu saudara dan seorang abang, Suha ingat nak kenal mereka lebih lanjut lagi. Sebab tu Suha sengaja buat semua ni. Maaf ya mama!’’ panjang lebar Suha bercerita dan memeluk Puan Ziela lagi. Tergeleng-geleng kepala Puan Ziela mendengarnya.

“Bertuah punya menantu!’’ Puan Ziela bersuara dan membalas pelukan Suha. Mak long Munirah yang ada bersama mereka ketika ini sudah mula mengukirkan senyuman. Lega hatinya mendengar pengakuan Suha. Nakal rupanya anak saudaranya yang ini!

“Hmm,.anak jantan mama tu layan Suha teruk sangat ke sampai Suha takut sangat dengan dia?’’ Puan Ziela yang mula syak menyoal lagi. Terkumat-kamit bibir Suha hendak menjawab.

“Eh,.taklah teruk sangat mama, cuma,.mama tahulah dengan abang tu. Lagi pun abang dah bagi warning jangan habiskan duit tu. Pagi tadi Suha ke gerai menjual bunga di depan rumah kami tu. Suha beli bunga, tanah dan pasu bunga,..alamak!,..’’ Suha bercerita lagi. Seketika kemudian dia menepuk dahi sendiri.

“Matilah pokok bunga Suha. Kalau Suha tak balik siapa nak tanam dan siramkan pokok-pokok tu?’’ Suha mengeluh keras. Mak long Munirah dan Puan Ziela hanya mampu mengelengkan kepala.

“Hiesy!,..lagi sayang pokok bunga dia dari laki sendiri?! Berdosa tau Suha menipu suami!’’ mak long Munirah pula mencelah. Suha hanya tersenyum hambar. Lebih baik sayang pokok bunga dari sayang laki berhati kering tapi dingin macam ais tu. Huhu,..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience